CHECK IT OUT!

Wednesday, April 28, 2010

TM diminta beri notis awal jika ada gangguan talian streamyx

April 17, 2010, Saturday

MIRI: Syarikat Telekom Malaysia (TM) Berhad, Miri digesa agar mengeluarkan notis pemberitahuan kepada pelanggan, khasnya pengguna talian streamyx sebagai peringatan awal sekiranya berdepan dengan sebarang masalah. Pemberitahuan awal kepada pengguna yang mengunakan talian streamyx adalah bagi membolehkan mereka mengetahui gangguan talian streamyx.

Sekiranya streamyx bermasalah, pihak TM seharusnya mengumumkan kepada pengguna agar pengguna bersedia menghadapi gangguan talian itu. Masalah utama streamyx ialah apabila talian memberi bertindak balas yang kurang memuaskan beberapa minggu lepas, terutamanya ketika cuaca kurang baik.

Mengulas pekara sama, jurutera perkhidmatan TM Miri, Zakinah Tuah memberitahu pihaknya akan memantau masalah yang dihadapi oleh pengguna memandangkan pengguna di Miri ramai.


2 comments:

Epul Azimi said...

line tm skunk semakin lembab lah...

windi said...

yalah...harap2 kjan cepat fix.

Related Posts with Thumbnails