CHECK IT OUT!

Showing posts with label suka2 je... Show all posts
Showing posts with label suka2 je... Show all posts

Sunday, February 3, 2013

LELAKI ALAMI KONTRAKSI BERSALIN

Hola Comosta! Sudah acapkali kita mendengar kisah2 kesakitan bersalin yang diluahkan oleh para ibu. Namun hal ini mungkin masuk telinga kiri, keluar telinga kanan bagi pihak lelaki...maklumlah. mereka memang takkan merasa punya...Tapi bagaimana agaknya jika lelaki benar-benar merasai kontraksi kelahiran itu? Nah, videonya ada di bawah...take your time....and click!




Friday, December 14, 2012

Kecantikan Gadis KadazanDusun

Let me present, The beautiful faces of KadazanDusun women. They are none other than  my cousin, relatives and friend...so, let's begin the tour.

Pretty
Fair and lovely
exotic
Cute
Amazing
Beautiful
Elegant
Charming


So amacam? ok tak...sebenarnya ada ramai lagi tapi aku tak larat nak upload  banyak-banyak....
Next entry lah yea...Bye. 

Wednesday, July 14, 2010

Apabila anak kecil bertanya soalan 18SX.

Sebentar tadi seorang rakan meng'sms'  "Apa u akan jawab bila anak perempuan u tanya, mama are you having sex with dad?" untuk pengetahuan, anak perempuan si kawan baru berusia  8 tahun. Saya terkejut juga dan meng'sms' semula si kawan "so, apa u jawab? d mana agaknya dia dengar tu ah?" Manalah tahu dia dengar kat sekolah sebab budak2 sekarang ni sudah advance lebih dari yang kita sangkakan.

Si kawan membalas sms saya "Actually, she saw us ...malu saya..tapi i really tak perasan  she awake at that time" hahahaha....saya tergelak besar. Sebenarnya simpati juga dengan si kawan. Saya dapat bayangkan betapa malunya dia. Harap2 lah anak pingitannya itu tak story2 kisah tu kat sekolah..Kalau tak..lagilah double triple maluuuu...

Moral of the story (yang belum kawen tu pi main jauh2),   lu pikirlah sendiri....Hasta lavista...

Monday, May 3, 2010

Ada apa SEMASA TAHUN BARU CINA?

SEMASA TAHUN BARU CINA. Ada apa dengan tajuk ini? Semasa saya pertama kali published entry tu, tak ada seorang pun bagi respon. Maksudnya tak menariklah  kut. Sampai sekarang pun masih tak ada  yang  sudi komen. Tapi entry tu saya tulis bukan untuk tujuan komersil. Saja je untuk sharing my experience.

Hinggalah baru2 ini saya terperasan traffic saya lain macam je  anginnya. Rupanya  ramai orang  minta tolong Pakcik Google cari tajuk SEMASA TAHUN BARU CINA. Penjelasan terlogik setakat ini, mungkin ada cikgu2 bagi tugasan pada pelajar dan tajuknya berkaitan dengan perayaan di Malaysia. Bila saya try google, entry itu dalam senarai ke tiga.  Fatutlah orang senang reach. Makaseh Pakcik Google...


Sunday, May 2, 2010

Di mana ada Nuffang, disitu ada Blogwalking.

Today is the worst day for my blog. Sehingga jam 6 petang, visitors windi's diary cuma 18 orang. Malu nye nak sebut tapi thats the fact. Tak ada 'Ong' lah hari ni. Bagus tukar nama blog pegi windi's Dairy..Manatau ramai peminat susu yang tersesat masyuk. 

Rasain loh. Perasan diri tu fofular sangat ke? Malas blogwalking ni lah akibatnya. Dahlah entry pun main copy paste jer. Benda yang orang dah baca beratus kali kat paper itu juga di tempel balik kat blog awak. Sapa nak baca. Padan muka. Tau takpe. hahaha...(eh..senget ke?)

Pastu barulah krem-krem jari tu blogwalking sana sini. Hello2lah, ziarah petanglah, up trafficlah, follow u lah, nice bloglah..Takde maknanya. Awak takkan dapat kejar target 100 visitors sehari tu. Setakat jam 7.45 pm visitor baru 35 orang. Syukurlah nak..

Hekeleh..Awak tu bukannya apa, kepingin sangat nak merasa cek nuffnang. Betul tak? Betul tak? Apa ni smile-smile goat ni? Ngaku je lah...hehe. Oklah, sudah2 lah bermonolog tu. Cut the crap. Shoh!shoh! Pegi blogwalking. Jam 10 nanti stoplah. Baju belum iron lagi tu. Esok nak pegi kerja. Blackout karang, ada orang pakai baju keriting pegi kerja. 
Oklah, Asta lavista...



Tuesday, November 10, 2009

Dimana kawan2 nya??

Jari2ku sakit semua..kerna menaip tak henti2...nilah lagu yg sesuai buat saya skrg ini.
Tadi suami meminta tolong untuk membuatkan akaun FB kerana dia ingin mencari kawan2 lama di mana saja mereka berada. Dengan excitednya saya membuka akaun FB nya. Kemudian mulalah proses mencari rakan2 yg jauh di mata dekat di hati.

Dia menyebut begitu ramai nama kawan2nya untuk di search namun semuanya hampa. Setakat ini tiada seorang pun rakan2nya yang berkecimpung dalam dunia FB. Akhirnya suami menemui seorang rakan iaitu Mohd Aqsha Saubin. Walaupun gembira namun penemuan itu tidak akan membawanya kepada rakan2 lain kerana esok dia akan berjumpa dengan si Aqsha. Begitu juga lusa, tulat dan seterusnya...kerana mereka rakan sekerja di sekolah...emmm..nampaknya we  have to work harder...esok, lusa dan selamanya sehinggalah he sukses to find one...Chaiyo! Chaiyo!!


Tuesday, November 3, 2009

At last!!

Dengan ini adalah diisytiharkan...I dah hantar my full draf tesis to my pensyarah!! yahoo!! Donno how to explain my feeling. relief, mcm tekejut2 (tetiba teringat tesis blum siap pastu teringat lg, eh..sudah siap pulak), macam blank2 pun ada jg sbb all these semester, my mind is thinking abt tesis jak..makan tesis, tidur tesis, mandi tesis, mimpi tesis. and all of sudden..tetiba hantu tesis pun hilang...iskh..tak percaya lah..walaupun actually baru draft tapi..kalau buat pindaan pun mungkin taklah byk sgt..well..today i want to be a kutu rayau internet. I mau 'megimbalai' dulu. ok. chow..

Thursday, October 29, 2009

saja2 je...

Sakit kepala I sekarang ni menyiapkan thesis terakhir sbg syarat kelayakan mndpt ijazah. Kalau tak siap tak konvo lah I tahun depan. SPSS programme tu bukannya I mahir sangat tapi terpaksa juga belasah masukkan data. Apa nak jadi jadilah. Sapa suruh buat kerja last minitkan..Sampai husband I terpaksa surrender. Dialah yg jadi surirumah sekarang ni. Menyapu, lipat kain, urus budak2, jemur kain, kasi bikin I secawan Ganocafe..he he..Ketulahan lah I ni lama2. Palis2..Bukan I suruh ba. Dia juga kesian kat I. OK. I mo hilangkan tensen jak nih. I chow dulu kasi siap my last draf. C U soon...

eh..ada lagi pulak.. Sekali I ni memandai2 la install Kapersky original di laptop ni. Tau2 kena block suma program. Langsung X bleh buka lagi. Sket g I histeria.ha ha ha..sudahla tesis I under construction, deadline da hampir ke penghujung, komputer pulak buat hal! Ntah idea dari mana datang, I bw husband g KK n buy another PC. Full set lah. Dr CPU ke skrin. husband pun pasrah jak bila nampak I meroyan dgn laptop yg terblock tu. Ntah dari mana kami terkorek RM, I pun tak perasan lagi. Tau2 terbang jgk 1K lebih2.

Pastukan (eh ada lagi..), Si Fauzi kawan kami yg terer ICT tahap gaban ni ceklah laptop ni. Dengan sekali open jak trus ok ni laptop. x terblock pun! Dia cakap mmglah mula2 install  kapersky laptop need time to synchornize program dia. Pastu hilang pening laptop dia oklah balik...Iskh..iskh....Donno wat to say lah..

Thursday, April 2, 2009

Kempunan naik pentas

Pada hari ahad yang lalu saya dan suami ke one borneo pada jam 11.00 am. Sebenarnya pada waktu itu saya sepatutnya berkuliah untuk kursus perlakuan organisasi. Tunggu punya tunggu pensyarah tak muncul2 hingga menimbulkan syak di hati seorang kawan. Si kawan menelefon pensyarah itu dan ternyata dia terlupa bahawa hari ini dia sepatutnya menyampaikan kuliah. Sebaliknya dia mengikut seorang kawan untuk mengunjungi kenduri kahwin di papar. Nak buat macamana lagi? terpaksalah kami berinut..

Memandangkan saya dan suami cuma berdua (anak-anak di rumah dijaga ipar) kami mengambil kesempatan menonton wayang kategori 18PL. Tak rugi rasanya menonton Filem 'taken'. Aksinya padat dan cukup dengan segala rempah ratusnya untuk menjadi sebuah filem box office.

Selepas menonton wayang, kami menonton rakaman Titian Mesra yang dianjurkan oleh RTM Sabah bertempat di dewan mini one borneo (sebelah Rasa Mas restoran). Berduyun2 artis sabah membuat persembahan. Ramai juga yang berbakat besar dan menghiburkan. Mula2 kami berdiri ditingkat tiga. Pengacara menjemput penonton untuk turun ke bawah dan duduk di kerusi. Ramai yang enggan duduk dikerusi depan pentas. Mungkin kerana 'shy2 cat' atau takut kena panggil oleh pengacara untuk aktiviti bersama penonton. Saya tak kisah dipanggil ke atas pentas kerana semasa di sekolah dan maktab dulu selalu juga saya naik kepentas untuk menyanyi atau berlakon (aisehmen..minta puji ooo...). Semasa zaman "menanam anggur" dulu pun saya dan seorang sepupu telah beberapa kali memanjat bukit Studio RTM untuk uji bakat pengacara. Namun memang kami ditakdirkan menjadi guru kerana semasa ujibakat itu ramai sangat yang bagus2 dan kami yang amatur ni pun terpaksa blah..he he he..

Berbalik pada cerita one borneo tadi, saya pun duduklah di atas kerusi penonton didepan pentas. Namun suami saya enggan turut serta. Malu konon. Sanggup dia berdiri diluar dan bersandar didinding sampai sengal2 lutut. Semasa pengacara turun ke bawah mencari peserta untuk ditemuramah, suami menelefon saya berkali2. sampai 3 miss called. Bila saya angkat, kelam kabut dia suruh saya keluar dari situ. Tidak mahu mengeruhkan keadaan saya pun keluar dan bertanya kenapa. Ini jawabnya " Nanti u kena panggil. Saya tidak sanggup tengok u naik atas pentas. Tak biasa..janggal lah..mari kita pulang" ... dan kami pun pulang lah dan angan2 saya untuk naik kepentas yang disuluh spotlight sambil menjinjit hamper tajaan giant, tinggal angan2...he he..om..kuroyon poo...
Related Posts with Thumbnails