CHECK IT OUT!

Showing posts with label ada2 jak. Show all posts
Showing posts with label ada2 jak. Show all posts

Monday, December 26, 2011

LAYAN FACEBOOK DITEPI KUBUR

Teringat semasa  saya bersembang dengan seorang rakan  yang baru kehilangan ibu mertua. Saya memberi ruang padanya untuk meluahkan kesedihan. That's what friends for, kan..Semasa arwah mertuanya terlantar sakit,  rakan tadi telah mencurahkan seluruh tenaganya untuk menjaga arwah. Bukan senang untuk melihat seorang menantu bertungkus lumus sebegitu rupa. Beliau melakukannya dengan rela hati kerana menganggap ibu mertuanya itu seperti ibu sendiri (yang juga telah meninggal dunia).

Apa yang mencuit perasaan saya, rakan tadi sempat menceritakan kisah anak bujangnya (lelaki) yang ditugaskan menemani beberapa orang lelaki dewasa lain untuk menjaga pusara neneknya. Menurut adat bangsa Bajau di Kota Belud ( bagi keluarga berada) kubur simati harus di jaga selama 7 hari 7 malam bagi mengelakkan kejadian curi mayat. Pencuri mayat ini mungkin diupah oleh bomoh ilmu hitam. Walaupun kes curi mayat sudah jarang berlaku namun adat ini tetap di amalkan sebagai tanda penghormatan.

Suatu waktu dahulu penjaga kubur akan menghabiskan sepanjang malam dengan bermain daun terup atau berbual dan  membaca surah2 terpilih agar tidak terlelap  walaupun sesaat. Berbalik kepada anak lelaki rakan saya tadi, dia memilih untuk melayan facebook di sisi pusara  neneknya sebagai alternatif untuk kekal berjaga sehingga siang.

Nampaknya pengaruh teknologi sudah merentas adat resam masyarakat tempatan. Hebatkan!

Sunday, December 18, 2011

Pramugari Transeksual


PCAir (Thailand based) telah menggaji 4 orang pramugari transeksual. Idea ini timbul apabila ramai transeksual yang memohon untuk menjadi pramugari. Menurut pihak pengurusan, kelayakan mereka adalah sama dengan kelayakan pramugari tulin iaitu dari segi kelembutan dan daya penarik.

Reaksi berbeza2 di luahkan oleh orang ramai. Ada yang sangat bersetuju dengan alasan pramugari ini juga manusia biasa yang harus diberi peluang. Namun ada juga yang tidak setuju kerana risau ianya tidak sesuai di lihat  oleh kanak2 (dibimbangi mereka akan terpengaruh).

Windi's Note:  
Anda bagaimana?
Related Posts with Thumbnails