CHECK IT OUT!

Showing posts with label kisah semasa. Show all posts
Showing posts with label kisah semasa. Show all posts

Sunday, July 11, 2010

Siapa menang perlawanan akhir Bola Sepak dunia?

Sotong kurita pilih Sepanyol. Najib safe play, sapa2 menang dia happy yang penting pasukan yang menang itu is the best. Muhyiddin terus terang pilih Sepanyol sebab Spain dah belasah pasukan favouritenya, German. Menteri2 lain pun buat choice juga. Nasib baik tiada yang memilih Argentina atau Brazil. Kalau tak, nampak sangat tak mengikuti perkembangan semasa.

Suami saya pilih Sepanyol sejak awal lagi. Dia sanggup belikan anak kami sebiji bola dengan bendera sepanyol walaupun pada masa itu Sepanyol baru kalah dengan Switzerland. Teringat pula seorang rakan, dia cuba2 tanya siapa masuk separuh akhir (dia memang kaki bangku). Seorang kawan bergurau dan menjawab, Malaysia. Ingatkan dia tergelak. Tak kusangka, kepalanya terhangguk2 dan berkata, 'hebat jugak Malaysia ya...'

Kakak ipar saya menceritakan sebuah kisah benar tentang 3 orang rakan suaminya. Mereka sedang menonton perlawanan Bola Sepak. Tak semena2 seorang dari mereka mengajak bertaruh pemenang bagi game yang sedang mereka tonton. Bukan sikit, RM800 keseluruhannya. Dua orang pilih pasukan A dan seorang lagi tu pilih pasukan B yang dah mendahului sebiji gol. Entah macamana, Pasukan A menang juga dan dua orang yang memilih pasukan A pun mendapat habuan masing2....Tapi ada rahsia di sebalik kemenangan itu..Sebenarnya game yang mereka tonton tu, SIARAN ULANGAN!!! Diorang dah tonton 2-3 hari yang lalu. Si kawan yang pilih pasukan B ni tak ikut sangat Bola Sepak ni tapi saja2 nak show off yang dia pun mengikuti perkembangan semasa. Tak adalah nanti orang cakap dia ni 'nerd' ka, kaki bangku ka..Tapi kesiannnn...terkena pula.

Apa2 pun, Selamat menonton PERLAWANAN AKHIR BOLA SEPAK DUNIA 2010. Saya pilih Sepanyol jugak sebab suami pilih Spain..Isteri mithali lah katakan...merapu lagi...(terus terang jelah kalau ko ni sespesies dengan kawan yang pilih pasukan B tu...hehe)

Tuesday, June 29, 2010

Kempen Hari tanpa Plastik yang 'plastik'


Saya sangat gembira kerana akhirnya kerajaan  mengambil berat isu kebersihan . Banyak laut yang tercemar akibat timbunan plastik. Taman perumahan pun di banjiri hamparan plastik sampah yang berwarna warni. Akhirnya hari Isnin diistiharkan sebagai hari tanpa plastik dan gedung membeli belah mula menyahut langkah kerajaan dengan tidak membekalkan beg plastik pada hari Isnin. Syabas! 

Oleh itu sesiapa yang degil juga nak guna plastik pada hari Isnin, kenalah membayar 20 sen. Disinilah 'keplastikan' nya bermula. Takkan orang nak dukung semua barang2 yang dibeli? Setakat 50 sen semua orang sanggup bayar. Inikan pula 20 sen? Nampaknya ada kegiatan mengambil untung di sini. Sudahlah syarikat berjimat kos membekalkan plastik, malahan dapat pula menjual plastik yang di HALALkan atas nama KEMPEN HARI TANPA PLASTIK. Pengguna juga yang rugi...Pemegang saham syarikat juga yang untung.

Teringat zaman kanak2 saya dahulu. Plastik beg ini belum wujud. Yang ada cuma bakul kertas macam yang selalu kita lihat di filem barat. Selepas itu diinovasikan dengan pemegang dan tanpa disedari mak dan bapa mula membawa pulang barangan dalam bakul plastik. Apa kata pusat membeli belah bekalkan pengguna dengan bakul kertas macam dulu2? Mestilah kertas kitar semula agar tidak banyak pokok2 yang di tebang.

Selain itu bukankah sudah ada plastik mesra alam? Yang boleh terurai sendiri dalam tempoh 2 minggu sahaja. Malahan saya sendiri selalu membeli plastik sampah mesra alam kerana prihatin dengan alam sekitar kita yang semakin tercemar. Pernah juga plastik mesra alam itu tertinggal di luar rumah selama seminggu dan bila saya ingin melipatnya,  ianya reput dan hancur sendiri.

Kesimpulannya, berkesankah kempen hari tanpa plastik jika pengguna disuruh membeli plastik bernilai 20 sen? Atau ada agenda tersembunyi oleh pemegang2 saham yang mengharapkan 'keuntungan maksimum' dengan berselindung disebalik kempen HARI ISNIN TANPA PLASTIK?




Friday, June 4, 2010

Apa nasib Kapal Rachel Corrie?



Terkini, kapal Rachel Corrie sudah terputus hubungan dengan dunia luar. Semalam, Kapal ini berada 400 KM di perairan antarabangsa di mana Kapal Mavi Marmala di serang hendap oleh komando Israel dan membunuh 9 orang aktivis. Dipercayai situasi terputus hubungan ini merupakan angkara Israel yang tidak mahu sesiapa pun memasuki perairan Gaza dan memberi bantuan kepada Palestin. Buat masa ini tidak diketahui nasib Kapal ini dan Para aktivis. Marilah kita sama2 berdoa semoga mereka semua akan selamat.

Untuk pengetahuan semua, nama kapal ini di ambil sempena nama seorang aktivis keamanan wanita berusia 19 tahun, warganegara USA yang mati dilenyek bulldozer semasa protes keamanan di Gaza pada tahun 2003.

 RACHEL CORRIE  in memory (1979-2003)

Monday, May 31, 2010

KAPAL MAVI MARMARA DISERANG ISRAEL

Dua belas rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel. Mereka termasuk dua wartawan ASTRO AWANI di Malaysia.

Mereka adalah sebahagian daripada misi 11 anggota yang dinamakan Lifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza. Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007. 
 
WINDI'S NOTE: 
Israel memang kejam dan gila. Orang tidak bersenjata pun dibunuh. Alasan, kapal itu bawa senjata?! Alasan lapuk seperti yang digunakan untuk menyerang Iraq. Terserlah sikap Israel yang sebenar dan inilah yang berlaku juga kepada rakyat Palestin.

Sunday, May 30, 2010

DEMAM KAWEN DICUTI SEKOLAH

Masa korang kecik2 dulu pernah tak korang main kawen2. Masa bersanding olok2 tu rambut penuh dengan bunga2 hutan. Lepas tu 'mak andam' tenyeh bunga raya kat bibir korang kasi merah ala2 lipstik. Yang lelaki pulak, sebagai ganti tengkolok, buat gelung dari pokok lilit, pastu tempek atas kepala, ala2 orang Rom. Kahwin 10 minit, kipas2 kejap pastu bercerai sebab emak suruh pulang makan tengahari.

Tanyalah budak2 sekarang, ada lagi kah yang main kahwin2. Mesti diorang gelak guling2. Budak sekarang main PS2. Paling tidak pun main video game kat komputer. Kecuali yang tinggal betul2 di kampung, ada harapan lagi diorang merasa main kejar2 atau polis sentri.

Kenapa saya tiba2 tulis pasal kahwin ni? Well, setiap kali menjelang cuti sekolah ada saja jemputan kahwin yang diterima. Dari jauh, dari dekat. Kawan lama, kawan baru, kawan kepada kawan dan macam2 kategori lagi. Setakat ini sudah 5 jemputan yang saya terima. Belum lagi suami saya.  Bersyukurlah orang masih ingat kita kan. Kalau orang lain sibuk kumpul kad jemputan kita pula selalu jadi mangsa kehabisan stok, nampaknya kenalah muhasabah diri. Bagaimana kita layan orang lain atau adakah selama ini kita pernah datang kalau orang jemput?
 
Hari ini saya menghadiri majlis perkahwinan seorang teman sekerja yang saya anggap seperti adik saya sendiri kerana pembawaannya yang tidak jauh berbeza dengan adik2 lelaki saya. Selamat pengantin baru buat RAMIZU ABDUL WAHID dan Pasangannya MARTENEY HJ UYUN. Semoga perkahwinan kamu sentiasa dilimpahi cahaya cinta dan kekal sehingga ke akhir hayat.

Saturday, May 29, 2010

Millatfacebook (pakistan) VS Facebook (USA)

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini. Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu. Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Windi's Note:
Selepas membaca berita di atas, saya cuba2 membuka MillatFacebook.com dan mendaftar sebagai ahli. Saya ingin merasai pengalaman 'mensurf' laman web yang di cipta orang Pakistan dan meninjau setakat mana kehebatan produk mereka ini.

Kesimpulannya, ianya produk baru yang masih banyak kekurangan dari segi aplikasi ICT. Saya sendiri pun serasa sesat dalam akaun sendiri. I don't know what is going on selepas menaip entry dan klik sharing dengan semua 24, 000 ahlinya. I felt lonely sebab semua rakan ada di Facebook. Ternyata pakar ICT mereka masih bertungkus lumus menyudahkan baby project ini.

Walaupun begitu saya rasa ini merupakan cara yang terbaik untuk mengajar si Zuckerberg cara menghormati sentimen manusia lain di dunia ini. Ianya sejuta kali lebih baik daripada perbuatan ganas seperti mengebom bunuh diri atau menumbuk orang Yahudi yang di jumpai di jalan raya (marahkan nyamuk kelambu di bakar). Biarlah genius lawan genius kan...Sebab jika tersilap langkah, sudah pasti USA akan mengambil peluang untuk campur tangan dan 'buat macam rumah sendiri' seperti di Iraq.

Bagi sesiapa yang berhajat untuk meronda2 website baru ini, silalah klik http://www.millatfacebook.com/windi/.

Sunday, May 2, 2010

Rashid, anak disahkan positif H1N1


KUALA LUMPUR 1 Mei - Jurulatih badminton perseorangan lelaki negara, Abdul Rashid Mohamed Sidek disahkan positif influenza A (H1N1). Pengarah Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz berkata, perkara itu disahkan oleh hospital swasta yang kini merawat Rashid dan seorang anak perempuannya yang juga disahkan positif jangkitan tersebut.

Rashid dan anak perempuannya yang berusia lima tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan petang tadi setelah menunjukkan simptom-simptom dijangkiti H1N1. Zolkples berkata, kemungkinan besar wabak H1N1 tidak akan berjangkit dengan pemain negara kerana Rashid dipercayai mendapat jangkitan itu di rumah.

Wednesday, April 14, 2010

ISA SAMAD DAN BIBI SHARLIZA BERNIKAH


KUALA LUMPUR, 14 April – Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang menduda sejak 2005, bernikah dengan bekas Setiausaha Puteri Umno, Bibi Sharliza Mohd. Khalid. “Tak perlulah diperbesar-besarkan. Saya perlu jaga hati ahli keluarga saya, anak-anak saya dan juga keluarga perempuan,” Kata Tan Sri Isa.

Mohd. Isa, 60, mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan Allahyarham Puan Sri Hazizah Tumin yang meninggal dunia pada 7 Dis 2005 akibat penyakit kanser. Sementara itu, Bibi Sharliza yang merupakan ibu tunggal dilahirkan pada 20 Nov 1970 dan memulakan karier politik sebagai Ketua Puteri Umno negeri dan Ketua Penerangan Puteri Umno dari tahun 2000 hingga 2003.


Friday, April 2, 2010

Ibu hampir pengsan terpaksa akur Halimaton mahu berkahwin

 HALIMATON   bertemu ibunya, Normah  selepas kedua-dua pihak 
bersetuju berkahwin.

HALIMATON bertemu ibunya, Normah selepas kedua-dua pihak bersetuju berkahwin (Lihat gambar ibunya merintih dan Halimahton memandang ibunya tanpa perasaan)

 Muka tak ada perasaan. Manusia apa yang boleh buat muka dingin macam tu sedangkan ibunya menangis merintih dan hampir pengsan ?

LANGKAWI: Perbincangan selama tiga setengah jam antara keluarga pelajar, Halimaton Abd Rashid, 15, dengan teman lelakinya, Mohamad Noor Abdullah, 19, di sini, yang berakhir awal pagi semalam, mencapai kata sepakat bersetuju pasangan itu berkahwin dalam tempoh terdekat.

“Perbincangan turut memutuskan supaya Halimaton meneruskan persekolahannya selepas berkahwin dan kedua-dua pihak bersetuju menarik balik laporan polis yang dibuat selain memberi komitmen tinggi untuk memastikan apa yang diputuskan menjadi kenyataan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Khairul berkata, beliau akan berbincang dengan bapa Halimaton selaku wali untuk menyelesaikan urusan permo-honan nikah kerana masih di bawah umur (15 tahun) .

Normah (ibu Halimahton) yang hampir pengsan dan terpaksa ditenangkan ahli keluarga berkata, “Mak cik pun dah tak tahu nak cakap apa. Mak cik tidak pernah terfikir keadaan ini,” katanya yang mengaku tertekan apabila Halimaton bertegas enggan pulang ke Baling selagi hasratnya berkahwin dengan Mohamad Noor tidak ditunaikan.
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can 
do today to go green!


Saturday, March 20, 2010

RAHSIA KEJANTANAN JEJAKA LOMBOK

KUALA LUMPUR 19 Mac – Lelaki Lombok akan digelar sebagai ‘pahlawan terhandal’ sekiranya berjaya membawa pulang wanita yang berasal dari luar daerah Lombok. Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia, Khairudin Harahap berkata, pegangan itu merupakan tradisi daripada nenek moyang Lombok yang menjadi keagungan masyarakat berkenaan.

‘‘Kerana itu, kita sering mendengar lelaki Lombok melarikan anak gadis orang, ia sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada orang kampung bahawa mereka adalah pahlawan. Kerana itu, ramai anak gadis mudah terpikat dengan jejaka dari Lombok ini ekoran mereka tahu dan pakar dalam menambat hati para gadis di negara ini termasuk keluarga si gadis. Mereka tidak mengamalkan ‘ubat guna-guna’, tidak wujud sentimen bomoh".

Adakah lelaki Lombok ini benar-benar ikhlas mengahwini wanita dari luar daerah Lombok atau hanya inginkan gelaran pahlawan ?

Jejaka Lombok sangat menyayangi wanita dan dakwaan wanita tempatan tersiksa adalah kerana tidak biasa dengan aktiviti harian masyarakat Lombok iaitu yang perlu bekerja keras setiap hari untuk bersaing sesama mereka semata-mata untuk mencari rezeki.

Khairudin menjelaskan, sebenarnya wanita yang berasal dari luar lebih disayangi oleh penduduk di sana berikutan ahli politik, ketua kampung dan masyarakat di sana akan mengenakan hukuman iaitu ‘hukum adat’ (halau keluar daerah) kepada lelaki Lombok sekiranya gagal menjaga isteri mereka dengan baik.

windi's Note:
Ye ke? Macam Pro jejaka Lombok je...Mind set (bawa lari anak dara org bukti keperwiraan) yang menyusahkan orang lain.

Tuesday, March 9, 2010

AWAS DENGAN KULIT BABI


Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidaklah mahal mana harganya kalau dibandingkan dengan barangan dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana sebenarnya termasuklah di kompleks beli-belah.

Antara cara untuk kenal pasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah :



1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli je. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas.

2. Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.

3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.



4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kuilt babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

Haa anda bagaimana? Ada ke yang pernah terbeli barangan (kasut, handbag dll) yang diperbuat daripada kulit babi? Semoga kita dilindungi oleh Allah Taala. Saya harap kita semua akan lebih berhati-hati sebelum membeli sesuatu barangan.

Kupetik dari blog: PALING BERANI
PALING BERANI petik dari Blog : meja bulatku.

Saturday, February 27, 2010

Siapa Sangka Siapa menduga..

Manis sungguh senyuman gadis dalam gambar di atas. Walaupun dalam cuaca sejuk dan keletihan melampau, namun dia masih lagi mampu memberikan pose menawan. Gambarnya dengan senyuman yang lebih manis dan ceria juga pernah saya lihat dalam koleksi gambar rakan2 sepengajian adik lelaki saya. Memanglah mereka saling berkenalan kerana menuntut ilmu di gedung yang sama iaitu UMS.

Takdir menentukan gadis manis ini dijatuhi hukuman mati kerana mengedar dadah di Shantou (China) pada tahun 2007 (teraniaya oleh sindiket). Seluruh negara gempar apatah lagi saudara mara dan rakan taulan. Saya juga terkejut kerana tidak menyangka perkara ini boleh terjadi kepada seorang yang kami kenali (adik saya rajin menunjukkan koleksi gambar teman2 sepengajiannya). Malang bertimpa-timpa apabila ibu gadis ini pula meninggal dunia akibat kanser.

Syukurlah hayat beliau tidak berakhir di tali gantung dan cuma dikenakan penjara seumur hidup. Beliau juga sudah mahir menulis dan berbahasa mandarin. Baru-baru ini gadis ini diberitakan telah berpeluang menelefon keluarganya. Syukurlah kerana nampaknya keadaan semakin baik. 

Semoga gadis2 di luar sana lebih berhati2 dalam memilih kerjaya kerana silap perhitungan , padahnya akan menimpa diri sendiri seperti apa yang menimpa Umi Azlim Mohamad Lazim..
Related Posts with Thumbnails