Dua belas rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel. Mereka termasuk dua wartawan ASTRO AWANI di Malaysia.
Mereka adalah sebahagian daripada misi 11 anggota yang dinamakan Lifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza. Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.
Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.
WINDI'S NOTE:
Israel memang kejam dan gila. Orang tidak bersenjata pun dibunuh. Alasan, kapal itu bawa senjata?! Alasan lapuk seperti yang digunakan untuk menyerang Iraq. Terserlah sikap Israel yang sebenar dan inilah yang berlaku juga kepada rakyat Palestin.
8 comments:
tu pun belum ada tindakan..amerika cakap tak suka pengganas..kira israel tu pun pengganas la kan windi????
Israel memang kejam.........jom boikot brg israel
jojoe:memang pun israel tu pengganas.
ayu : jom!
amerika sekutu kuat israel, israel banyak tabur jasa dekat amerika tu yang israel berani bertindak sesuka hati
kuasa ekonomi amerika dipegang org yahudi.
Syukur Alhamdulillah, sukarelawan Malaysia sudah dibebaskan. Kita doakan supaya Israel Laknat binasa...
ya..semoga Rachel Corrie pun akan selamat juga..
It's actually very complicated in this active life to listen news on Television, so I only use world wide web for that reason, and get the most recent information.
Here is my page experience clear skin
Post a Comment