CHECK IT OUT!

Thursday, May 20, 2010

Bung Mokhtar Radin di penjara


Bung Mokhtar dan Zizie Ezette berjalan keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur selepas didapati bersalah berkahwin tanpa kebenaran mahkamah semalam.


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam selepas berpoligami tanpa kebenaran mahkamah melalui perkahwinan kontroversi dengan aktres Zizie Ezette Abd. Samad hujung tahun lalu.

Selain itu, Bung Mokhtar juga didenda RM1,000 atau penjara enam bulan kerana kesalahan bersubahat dengan Zizie iaitu berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk. Zizie pula didenda masing-masing RM1,000 bagi dua pertuduhan iaitu kesalahan bernikah tanpa kebenaran pendaftar dan kesalahan bersubahat poligami dengan Bung Mokhtar.

Windi's Diary:

Mungkin ramai yang bertepuk tangan dengan hukuman yang dikenakan ke atas mereka. Sapa suruh kahwin tak minta kebenaran kan? Paling tidak pun ramai yang berasa gerun, insaf  dan berazam tidak akan berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran kerana takut nanti akan dipenjara seperti Bung Mokhtar.

Entah mengapa saya berasa simpati juga pada Bung kerana beliau dijatuhi hukuman disebabkan berkahwin. Berkahwin....hemmm..bukan berzina pun. Tapi setiap negeri ada peraturannya. Kenalah patuh kan...Oya, apa khabar  Rita dan Zafuan?

8 comments:

Anonymous said...

Adakah hukum islam yang mengatakan, jika hendak kahwin lebih dari satu, perlu minta izin dari isteri?
Apa pandangan ustazah Windi???
Have a nice day..

gadis borneo said...

oo kawin suda pula dorg..adeh..:) hehe

ROLLENS said...

kasian si Bung......heeee.... jelos pula sma si bung ni tau.... jan tingu tua2.....heee

Yatre Hayati said...

erm..kesian..tapi isteri pertama still ada hak kan..mana boleh abaikan..

windi said...

Dess : sorry, saya bukan ustazah.

gadis borneo: ya, sudah kawen.

Rollens : si Bung ada tirik molohing

yatree: betul tu. isteri tua tak boleh diabaikan.

tehr said...

terfikir juga nak kawin dua...

windi said...

tehr, make sure minta sain bini dulu ya..

Steward said...

Tirik apa lagi tu geng? heheh. Tu la.. mau kahwin pun, minta la kebenaran dari isteri pertama dulu.. Ini kahwin tapuk2 kali ni.

Related Posts with Thumbnails