My ex student. Clarynna Clemeus (Saja2 letak untuk hiasan) semasa Pertandingan Unduk Ngadau@ratu cantik khas buat gadis kadazanDusun sempena Pesta Menuai.
Hari ini sekolah kami merayakan Hari Guru peringkat sekolah. Sangat ringkas dan sederhana namun meriah namun sangat bererti buat kami warga pendidik. Antara acaranya ialah anugerah guru dalam pelbagai kategori. Guru paling berdisiplin, tegas, penyayang, baik hati, pemurah, fofular, lucu, cantik, kemas dan bergaya. Bukan serius sangat pun. Just for fun! Penerima anugerah dipilih berdasarkan undian para pelajar.
Maka al kisahnya, tiada angin tiada ribut, tetiba nama saya diumumkan sebagai guru paling cantik. Hah? mata budak2 ni dah rabun ke..atau mereka dapat merasai my innershine..hehe..perasan betul. Ada ramai lagi cikgu yang muda2 dan still in shape. Dengan malu2 kucing siam saya pun tersengih2 mengambil hadiah. Sempat lagi pulak melambai2 bak Miss World. Saja je buat lawak...
Sebenarnya ada rahsia di sebalik hadiah itu. Semasa mengisi borang undian, macam2 soalan yang ditanya oleh pelajar. Dek kerana jenuh menjawab, dengan niat bergurau senda, saya menjadikan diri sendiri sebagai contoh. "Kalau kamu rasa cikgu yang paling cantik, kamu tuliskan nama cikgu di dalam kategori itu" Para pelajar ketawa tersengih2. Seolah mereka faham gurauan saya. Tak sangka pulak budak2 ni lurus bendul.
Moral of the story, rajin2 pergi facial supaya tahun depan dapat anugerah lagi. Hahaha...
10 comments:
kami juga menyambut hari guru hari ini - macam berjanji pula - hehehe
saya tak menyertai sebarang acara kerana selamanya [dah beberapa tahun] dilantik sebagai jurugambar
'ambil gambar orang, gambar sendiri tak pernah masuk video'
hehe..itulah keburukannya jadi jurugambar. saya pun pernah juga. jadi pengacara lagi teruk. takleh g mana2. nasiblah klu org sudi amik gambar.
cantik juga ex student tu...heheh....
maya
http://coretanmayaku.blogspot.com/
keturunan budak ni semua lawa2. baru tingkatan 4.
yey,,dah dapat komen blog cikgu tercantik..penghargaan pelajar tu..cikgu windi paling cantik d mata diaorang... tahniahh.. ;-)
waaaa..... lawa pelajar ko windi....heeeeeee..... kirim salam kio....kekekeke.... best jg oo d skool pun ada acara gni......gud2
wiwit..guru paling chantek !! nak sign....hik hik
hehehehe... tahniah di atas anugerah itu.. budak2 selalunye x tipu~kikiki
The most important,must beauty with brain,kan kan?
jojoe : saya mengajar sekolah rendah. budak2 ni lurus bendul bah.
rollens : hahaha..nanti sa kasi tau.
yatre : hehe..kesilapan teknikal je.
nafira : ntahlah. tapi tak logik sgt.
norina omar: brain without beauty.
Post a Comment