CHECK IT OUT!

Thursday, May 27, 2010

KOSMETIK POPULAR BERACUN


KUALA LUMPUR: Enam produk kosmetik keluaran empat syarikat dikesan mengandungi racun berjadual tretinoin dan hydroquinone yang boleh membahayakan kesihatan, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A Rahman.

Beliau berkata, enam produk itu ialah Khazanah White Pembersih Wajah, Gloskin Krim Malam & Siang, Reena's Astringen Lanjutan, Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk, EETYE Whitening Cream dan O'Lynn Skin Lightening Cream.

Sebelum itu, produk Felisa Gentle Peeling Solution, Krim Malam Rahsia Rimba, Biocosmet Whitening Essence Cream, H2O + Waterwhite Brightening Night Cream, Magixpress Lightening Plus, A.Vant Cream, Eriesya Spa Beauty Cream, Natasya Krim Herba, Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya, Ratna Sari Whitening Night Cream dan Chantique Whitening Night Cream turut di batalkan pendaftaran atas sebab yang sama.
 
Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit menggelupas dan hipertensif kepada cahaya matahari.

Hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi yang mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit.

Windi's Note: Wahhh..ada yang saya pernah pakai lah..check2..lihat sapa yang kena!

5 comments:

Epul Azimi said...

nasib baik sy mandi buku....hahaha

Yatre Hayati said...

aiyoo...naseb x pakai

Unknown said...

Mak eh,nasib lepat tak pakai..bahaya tul produk kosmetik..erisya pun ada gak..

anisyazila said...

mujur tak ada guna...cuma baru2 adik ada bg cadangan nak guna natasya..dia ckp berkesan..seb baik tak terpengaruh..hehehe

windi said...

natasya mula2 best pastu sebulan dua muka jadi sensitif.

Related Posts with Thumbnails