Klise tapi sangat bermakna, terimalah : SELAMAT HARI GURU. Tema hari guru pada tahun ini ialah GURU PEMBINA NEGARA BANGSA. Siapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang HARI GURU boleh KLIK SINI.
Ucapan Hari Guru telah saya panjangkan di dalam Facebook. Pening otak memikirkan point2 menarik untuk dipaparkan dalam blog ini. Kalau excited sangat nanti berjela2 pulak. Humble sangat kompom Boring. Mahu cerita apa ya?
Dulu saya tak pernah mimpi nak jadi guru. Tapi bila cikgu tanya "apa cita2 kamu?" dengan selamba menjawab "Guru". Cikgu tanya lagi "Kenapa nak jadi cikgu?" Dengan malu2 kucing saya menjawab "Malu mahu bagitahu cita2 sebenar..hehehe" Ish ish ish... Sebenarnya bukan malu beritahu cita2 sebenar. Memang tak ada cita-cita pun..Lagilah teruk! Masin mulut jadi cikgu juga akhirnya. Padan Muka.
Tanggal 17 Julai 2010 nanti genaplah 10 tahun saya bergelar guru. Sepanjang 10 tahun ini macam2 yang telah saya lalui (pengalaman saya tidak seberapa. Ramai rakan sekerja yang telah menjadi guru semenjak saya belum dilahirkan lagi). Disayang pelajar, dimaki hamun, difitnah di puji, disindir dan macam-macam lagi. Karenah pelajar juga pelbagai. Terberak, terkencing, terpengsan, terpandai, terlembam, tercantik, terhensem dan macam2 lagi 'ter'.
Apa yang pasti, mereka dan keluarga mereka ada ciri2 yang sama. Apa ciri2 itu? Zassss...
a) Pelajar yang suka cari gaduh selalu datang dari keluarga porak poranda, bapa kaki pukul, minum arak, emak suka mesyuarat tingkap, selalu tidak cukup duit.
b) Pelajar bijak selalu datang dari keluarga aman, ibubapa masih bersama, ekonomi stabil, kawasan petempatan berselerak dan setiap malam buat ulangkaji bersama ibu atau bapa.
c) Nampak nama bapa sudah tahu prestasi pelajar. Biasanya kalau kakak lembam, adik2 pun sama. Kalau kakak/abang bijak, adik2nya paling koman pun 5C UPSR.
d) Pelajar bermasalah Disiplin selalu di pertahankan sekeras2nya oleh ibu bapa. "Anak saya baik, kamu tak pandai tackle perasaan dia, kalau di rumah dia baik, keturunan kami orang baik2, mahkamah bla bla" dan macam-macam lagi helah bela diri.
e) Pelajar yang kurang masalah disiplin biasanya tidak di backing oleh keluarga "Cikgu buatlah apa yang patut. Jangan cedera sudahlah. Nanti saya nasihatkan dia, tegurlah dia, Bagaimana dia di sekolah?" dan macam2 pertanyaan yang berbaur ingin tahu.
f) Pelajar pandai belum tentu akan menegur cikgu jika terserempak di mana-mana. Pelajar sederhana prestasi biasanya lebih ramah dan gembira bertemu Ex guru. Walhal semasa di kelas selalu kena leter. Kenapa agaknya ya?
g) Jangan sangka pelajar slow akan gelap masa depannya bila dewasa kelak. We will never know the future. Ramai pelajar suami saya (he is a teacher too) telah berjaya make money. Jawatan pun mantap2. Siapa sangka kan?
h) Budak pompuan dan budak lelaki yang comot dan tak hensem masa sek rendah biasanya lebih cantik dan hensem bila dah naik sekolah menengah. Tak percaya? Tengok kat cermin. hehehe...
Oklah, setakat ini saja buat masa ini (teringat pula ending surat dulu-dulu). Berjela2 jugak akhirnya. Saya copy pastekan sebuah sajak yang berjaya memukau hati ini untuk menyertai bidang perguruan suatu waktu dahulu.
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
1979
6 comments:
Selamat Hari Guru Windi..... good job...... thum
selamat hari guru akak windi :)
selamat hari guru untuk awak [dan saya juga] hehe
saya juga perasan bahawa pelajar pintar jarang menegur guru setelah dewasa
...sampai sekarang masih hairan
THANKS Rollens, Tehr and Terry.
Tehr : selamat hari guru for u too...
woh,selamat hari guru,cikgu :)))
trima kasih jojie pojie...
Post a Comment