CHECK IT OUT!

Monday, July 6, 2009

Lawakss....

Sebab-Sebab

Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu: Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salim: Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.
Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!
Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!
Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH!!

Dengan Penuh Senyuman

Seorang pemimpin sebuah persatuan sedang memberi ucapan dihadapan sekumpulan ahlinya berkenaan kewajiban membayar yuran persatuan dengan rela hati... "Adalah menjadi suatu penghormatan bagi kita jika dapat membayar yuran persatuan dengan senyuman" kata pemimpin. Tiba-tiba dari barisan belakang terdengar suara menjerit kegembiraan.. "Oh.. Syukur pada Tuhan.. saya sangkakan yuran mesti dibayar dengan wang..."

Jam Dinding

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut. Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya. Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya. "OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt....!!"

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC.
Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara, "Haa, camna sekarang ?" Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, "Ok gak ler". Kemudian suara tu bertanya lagi, "Kau nak gi mana ni??" Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas, "Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit" Lepas suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??". Aku selamba jer kata, "Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la". Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata "Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Nenek Oh Nenek

Abu (nama samaran) bagitau tunang dier Siti (juga nama samaran) teringin nak jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Sam kepada neneknya. Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk. Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, "Maaflah nek, abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi."

Dengan selamba ala salesman budak-budak pakai tie jual calculator, nenek Siti berkata, "Takpe, Siti memang suka sangat bawakan nenek coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya. Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu."

Dialog Antara Lembu Dan Ayam

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,Macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

Malu Sendiri

Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir bandar. Beliau telah membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak mendapat sambutan. Memandangkan hari telah menjelang tengahari, pemuda tersebut mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan datang untuk mendapatkan khidmatnya dalam bidang kaunseling.

Namun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh bergaya. Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik padanya. Lantas dia mencapai telefon dan bercakap dengan nada yang kuat "Hello Dato, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang, lagipun kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting ialah staff syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Ya....Ya....Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang, memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini."Jelasnya kagi dengan keyakinan yang tinggi. "Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin." Ujarnya pada akhir perbualan.

Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, dia menegur "Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?" "Saya datang nak pasang talian telefon" Ujarnya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna


Related Posts with Thumbnails