CHECK IT OUT!

Wednesday, February 13, 2013

Perginya Blogger Mohd Isa Abd Razak

Tanggal 5 February 2013.....Muka buku saya dihujani dengan ucapan harijadi yang indah-indah. Hati ini gembira bukan kepalang kerana terasa diri ini dihargai...walaupun mungkin ianya hanya memenuhi tuntutan Facebook yang setia mengingatkan pengguna tentang harijadi seseorang atau mungkin kerana membalas jasa saya yang selalu ringan hati mengucapkan selamat harijadi kepada rakan FB yang lain, hakikatnya ia tetap berjaya menaikkan mood saya pada hari itu.



Saya terasa agak kehilangan....kerana beliau selalu berkongsi ilmu tentang pelbagai perkara terutama dalam bidang Bahasa. Beliau juga seringkali memberi nasihat, tunjuk ajar dan blog beliau juga sarat dengan tulisan yang sangat berfaedah untuk  sesiapa sahaja yang cintakan ilmu. Blog beliau boleh saya katakan sebagai tempat persinggahan kerana banyak khazanah berguna terkandung di dalamnya...selain coretan peribadi beliau tentang kehidupan lalu.


Berikut merupakan komen terakhir beliau di FB saya semasa saya mengeluh dengan pengalaman pertama mengajar di kelas tahun 1.



Untungnya, cikgu. Selepas berpengalaman, cikgu boleh menjadi orang penting dalam

rancangan celik huruf, berceramah, menulis buku dan sebagainya.

January 9 at 10:59pm · Unlike · 2



Semoga rohnya dicucuri limpahan rahmat dari Allah, dan digolongkan di kalangan orang-orang yang diredhai Allah... Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali........





Sunday, February 3, 2013

LELAKI ALAMI KONTRAKSI BERSALIN

Hola Comosta! Sudah acapkali kita mendengar kisah2 kesakitan bersalin yang diluahkan oleh para ibu. Namun hal ini mungkin masuk telinga kiri, keluar telinga kanan bagi pihak lelaki...maklumlah. mereka memang takkan merasa punya...Tapi bagaimana agaknya jika lelaki benar-benar merasai kontraksi kelahiran itu? Nah, videonya ada di bawah...take your time....and click!




Related Posts with Thumbnails