Kacau bilau yang berlaku di Thailand sekarang ini semakin menjadi-jadi. Walaupun saya bukan orang Thailand dan tidak ada kaitan langsung dengan sesiapa dari Thailand namun setiap hari di sogok dengan berita tentang huru hara di Thailand membuatkan saya terfikir:
a) Abhisit kena belajar dari kerajaan Malaysia bagaimana untuk menangani perhimpunan haram. Sejak hari pertama baju merah berDEMO di jalan raya, sepatutnya pemerintah Thailand bertidak lebih tegas dan menangkap 'master mind' perhimpunan ini.
b) Ketika peserta Baju Merah di gempur tentera di manakah bekas perdana menteri mereka yang tersayang? Mungkin sedang bershopping sakan di timur tengah. Billionaire lah katakan.
c) Jika Thanksin betul2 sayang negaranya, perlukan dia mengapi-apikan mereka untuk membuat kacau di Bangkok? Dia tidak kisah pun kerosakan, kerugian dan kehilangan nyawa yang terjadi. Yang penting dendam kesumatnya terbalas. Baginya, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kamu gulingkan saya, nah sekarang kamu terguling2. Rasain Loh!
d) Amat menyedihkan kerana orang Thai berbunuhan sesama sendiri. Dalam hal ini saya tabik dengan rakyat Malaysia. Walaupun nampak begitu taksub dengan politik, belum ada kes berbunuhan sesama sendiri. Baling2 selipar ke, botol mineral ke, biasalah tu...senaman tangan.
d) Ada khabar-khabar angin mengatakan bahawa kebanyakan peserta Baju Merah adalah orang-orang kampung yang dibayar 500 baht. Oleh itu mereka merasakan Thaksin ini adalah penyelamat ekonomi mereka. Kesian...
e) Kalau tak silap, Tragedi Tak Bai terjadi semasa pemerintahan Thaksin. Pembunuhan ramai orang muslim di selatan Thai adalah pada zaman pemerintahan Thaksin.
f) Apa yang Baju Merah mahu sebenarnya? wang? demokrasi? Thaksin? Perubahan angin politik? Siapa sponsor baju merah mereka itu agaknya ya? Kedai baju mana yang beruntung dapat kontrak membekal t shirt merah tu?
g) Lebih baik Abhisit call Najib malam ni dan minta tips menangani perusuh. Malu bertanya sesat jalan. Ramai otai di Malaysia ni.
h) Last but not least, saya bangga jadi Rakyat MALAYSIA.
2 comments:
sukakan keamanan
...walaupun sukar untuk menikmatinya
tepat sekali
Post a Comment