CHECK IT OUT!

Friday, May 21, 2010

JAGA KUBUR

Pagi tadi saya bersembang dengan seorang rakan guru yang baru kehilangan ibu mertuanya. Saya memberi ruang padanya untuk meluahkan kesedihan. That's what friends for, kan..Semasa arwah terlantar di hospital dan di rumah, rakan tadi telah mencurahkan seluruh tenaganya untuk menjaga arwah. Bukan senang untuk melihat seorang menantu bertungkus lumus sebegitu rupa. Sampai pucat lesi bila sampai ke sekolah dek berjaga sehingga lewat malam. Namun, beliau melakukannya dengan rela hati kerana menganggap ibu mertuanya itu seperti ibu sendiri (yang juga telah meninggal dunia).

Apa yang mencuit perasaan saya, rakan tadi sempat menceritakan kisah anak bujangnya (lelaki) yang ditugaskan menemani beberapa orang lelaki dewasa lain untuk menjaga kubur neneknya. Menurut adat bangsa Bajau di Kota Belud ( bagi keluarga berada) kubur simati harus di jaga selama 7 hari 7 malam bagi mengelakkan kejadian curi mayat. Pencuri mayat ini mungkin diupah oleh bomoh ilmu hitam. Walaupun kes curi mayat sudah jarang berlaku namun adat ini tetap di amalkan sebagai tanda penghormatan.

Suatu waktu dahulu penjaga kubur akan menghabiskan sepanjang malam dengan bermain daun terup atau berbual dan juga sudah tentu membaca surah2 terpilih. Yang penting mereka tidak tertidur walaupun sekejap. Berbalik kepada rakan saya tadi, kini terdapat aktiviti terkini bagi mengelakkan si penjaga kubur mengantuk. Nak tahu apa? Anak rakan saya tadi mengangkat Laptop dan broadband ke kubur neneknya dan membuka Facebook. Maka, bersembang2lah dia dengan sepupunya yang berada di rumah (rumah arwah) untuk mengetahui perkembangan masing2. Akhirnya, semalaman pun berlalu tanpa disedari. 

Saya tergelak dengan cerita rakan tadi. Sekurang2nya dalam kesedihan, ada juga perkara yang menceriakan hari mereka. Nampaknya pengaruh teknologi sudah merentas adat resam masyarakat tempatan.

11 comments:

tricksrex said...

wah sangat moden la camni

windi said...

anak2 muda yang terdedah pada teknolgi ict

tehr said...

dulu2 ...
ada juga jaga kubur ni
tapi bukan kerana kes curi mayat tapi temankan jenazah

entah le...

ROLLENS said...

waaa.. moden ooo jaga kubur bwa laptop...heee.... lau d KB tu kebiasaan tu jaga kubur kan.. mcm jadi tradisi da tu...

qamarguyz said...

salam ziarah..
huhu, maklumat baru nie..
menarik sekali apabila adat budaya dah direntas oleh tekn0logi ict..m0ga ada manfaatnya kan =)

windi said...

rollens : betul tu rollens. macam da jadi tradisi.

azrai: itulah kerenah anak2 zaman moden.

Mrs Nurul said...

pakai fb? wahh hebat..

Unknown said...

Salam

Memanafaatkan teknogi adalah jauh lebih baik dari bermain terup atau bersembang kosong.

Lagi pun menghadap laptop, masa berlalu tanpa disedari.

AYU said...

emmm...mcm2. 1st time dgr org jaga kubur sambil layan laptop.

windi said...

pelik kan..tapi benar.

Steward said...

Ba, tiada apa2 mau buat kan. Tu la kali dia bawa laptop tu.

Related Posts with Thumbnails