CHECK IT OUT!

Sunday, May 30, 2010

DEMAM KAWEN DICUTI SEKOLAH

Masa korang kecik2 dulu pernah tak korang main kawen2. Masa bersanding olok2 tu rambut penuh dengan bunga2 hutan. Lepas tu 'mak andam' tenyeh bunga raya kat bibir korang kasi merah ala2 lipstik. Yang lelaki pulak, sebagai ganti tengkolok, buat gelung dari pokok lilit, pastu tempek atas kepala, ala2 orang Rom. Kahwin 10 minit, kipas2 kejap pastu bercerai sebab emak suruh pulang makan tengahari.

Tanyalah budak2 sekarang, ada lagi kah yang main kahwin2. Mesti diorang gelak guling2. Budak sekarang main PS2. Paling tidak pun main video game kat komputer. Kecuali yang tinggal betul2 di kampung, ada harapan lagi diorang merasa main kejar2 atau polis sentri.

Kenapa saya tiba2 tulis pasal kahwin ni? Well, setiap kali menjelang cuti sekolah ada saja jemputan kahwin yang diterima. Dari jauh, dari dekat. Kawan lama, kawan baru, kawan kepada kawan dan macam2 kategori lagi. Setakat ini sudah 5 jemputan yang saya terima. Belum lagi suami saya.  Bersyukurlah orang masih ingat kita kan. Kalau orang lain sibuk kumpul kad jemputan kita pula selalu jadi mangsa kehabisan stok, nampaknya kenalah muhasabah diri. Bagaimana kita layan orang lain atau adakah selama ini kita pernah datang kalau orang jemput?
 
Hari ini saya menghadiri majlis perkahwinan seorang teman sekerja yang saya anggap seperti adik saya sendiri kerana pembawaannya yang tidak jauh berbeza dengan adik2 lelaki saya. Selamat pengantin baru buat RAMIZU ABDUL WAHID dan Pasangannya MARTENEY HJ UYUN. Semoga perkahwinan kamu sentiasa dilimpahi cahaya cinta dan kekal sehingga ke akhir hayat.

4 comments:

anisyazila said...

dah terbau2 nasi minyak dah neh..sepupu sepapat pun banyak kawin cuti neh!..;-)

AYU said...

memenuhi jemputan tu wajib...melainkan atas sebab tertentu je..cuti2 sekolah ni memang byk majlis walimatulurus...

windi said...

jom bedal nasi minyak. hehe

tehr said...

hari sabtu nanti ada satu jemputan
jauhnya nak drive dari k bharu ke k lumpur [biasanya saya perlukan 6 atau 7 jam]

selamat pengantin baru kepada semua pembaca yang akan kahwin cuti nanti

Related Posts with Thumbnails