CHECK IT OUT!

Tuesday, May 11, 2010

DEBARAN PIALA THOMAS

Pada ketika ini Malaysia sedang dilanda demam Piala Thomas. Pada ketika saya menaip entry ini Pasangan bergu KKKiat dan TBHeong baru memenangi perlawanan menentang Jepun. Yang menariknya, pasangan bergu negara di latih oleh Rexy Mainaki dan pasangan bergu Jepun dilatih oleh adik Rexy. 

Malangnya pemain wanita Malaysia (Piala Uber) tidak begitu menyengat. Namun ramai pemain wanita Malaysia yang muda remaja telah muncul. Ada yang baru berusia 17 tahun. Harap-harap 5 tahun akan datang dia akan muncul sebagai juara dunia.

Teringat kali terakhir Malaysia merangkul Piala Thomas ialah pada tahun 1992. Ketika itu saya baru berusia 16 tahun. Gandingan pada masa itu ialah Rashid, Foo Kok Keong, Cheah Soon Kit dan Soo Beng Kiang. Rashid sangat handal dan tidak pernah kalah walau sekali pun. Foo Kok Keong dianggap kuda tua tapi sangat gigih berjuang. Sampai termuntah2 dia di tepi gelanggang dek terlalu penat. Akhirnya bergu Cheah Soon Kit dan Soo Beng Kiang yang memutlakkan penguasaan Malaysia. Mereka menewaskan Rexy Mainaki dan Ricky Subagja.

Saya, adik beradik dan sepupu menangis kegembiraan. Yang lucunya, setiap kali iklan, kami akan menutup TV bagi menjimatkan cas bateri (masa tu Kg kami belum ada bekalan elektrik). Malah sanggup mengecas bateri menggunakan kereta pikap bapa. Paling ekstrem, kami menghidupkan enjin kereta semasa menonton TV agar cas sentiasa reload. Masalahnya, paparan skrin akan bergegar. Tapi kami tak kisah yang penting TV terus ON.

Akhir kalam, semoga Malaysia berjaya merangkul Piala Thomas (walaupun nampaknya seperti sukar). Dengan aura Rosmah Mansor dan Siti Hasmah yang turun gelanggang, harap2 pemain Malaysia akan lebih bersemangat.Oya, kebanyakan kulit wajah pemain badminton wanita sangat halus dan bersih. Agaknya hari2 keluar peluh semasa berlatih tidak memberikan peluang kepada 'blackhead' untuk bertapak di liang roma mereka kan.

6 comments:

Bukan Eciz said...

pencapaian chon wei tadi membanggakan. ni hafiz tengah lawan. jauh ketinggalan. ada ke patut dia cakap jepun ni buat lauk je. pusingan pertama dah kalah! hattooii

NISECA suka merapu

windi said...

akhirnya hafiz kalah juga..huhuhu...

Bakharuddin said...

Mudah-mudahan Juara I dan II Thomas Cupnya Indonesia dan Malaysia ya...

anisyazila said...

semalam dah masuk semi final..harap2 dapat masuk final...kan windi kan kan kan??

windi said...

bakhruddin : insyallah teman.

jojoe: hahaha..aku gembira.

Yatre Hayati said...

wah..menarik nyer cara windi menonton tv dulu...ada ek tv mcm tuh

Related Posts with Thumbnails