CHECK IT OUT!

Saturday, February 27, 2010

Siapa Sangka Siapa menduga..

Manis sungguh senyuman gadis dalam gambar di atas. Walaupun dalam cuaca sejuk dan keletihan melampau, namun dia masih lagi mampu memberikan pose menawan. Gambarnya dengan senyuman yang lebih manis dan ceria juga pernah saya lihat dalam koleksi gambar rakan2 sepengajian adik lelaki saya. Memanglah mereka saling berkenalan kerana menuntut ilmu di gedung yang sama iaitu UMS.

Takdir menentukan gadis manis ini dijatuhi hukuman mati kerana mengedar dadah di Shantou (China) pada tahun 2007 (teraniaya oleh sindiket). Seluruh negara gempar apatah lagi saudara mara dan rakan taulan. Saya juga terkejut kerana tidak menyangka perkara ini boleh terjadi kepada seorang yang kami kenali (adik saya rajin menunjukkan koleksi gambar teman2 sepengajiannya). Malang bertimpa-timpa apabila ibu gadis ini pula meninggal dunia akibat kanser.

Syukurlah hayat beliau tidak berakhir di tali gantung dan cuma dikenakan penjara seumur hidup. Beliau juga sudah mahir menulis dan berbahasa mandarin. Baru-baru ini gadis ini diberitakan telah berpeluang menelefon keluarganya. Syukurlah kerana nampaknya keadaan semakin baik. 

Semoga gadis2 di luar sana lebih berhati2 dalam memilih kerjaya kerana silap perhitungan , padahnya akan menimpa diri sendiri seperti apa yang menimpa Umi Azlim Mohamad Lazim..

3 comments:

Kak Imun said...

Ya, berhati-hatilah wahai anak2 gadis semua...

Epul Azimi said...

Sedih gk kt gadis nie abis hancur mase depan dier....ish3

windi said...

betul tu epul...sia2 otak genius tu dikurung dlm penjara.

Related Posts with Thumbnails