CHECK IT OUT!

Sunday, February 28, 2010

Kami nak juga mayat tu!

BERGELUT... kekecohan antara keluarga Syafia dengan keluarga suspek
 menggemparkan orang ramai di luar rumah mayat Hospital Kuala Kubu 
Bharu.



KUALA KUBU BHARU: Perkarangan bilik mayat di Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB), di sini, gempar apabila puluhan ahli keluarga teman lelaki kepada ibu mangsa dilihat menimbulkan kekecohan kerana mempertikaikan hak tuntutan jenazah kanak-kanak malang itu. 
 
Difahamkan, keluarga terbabit mendakwa kanak-kanak itu adalah anak kepada suspek dan merekalah bertanggungjawab untuk menguruskan pengebumian mangsa.

Berikutan itu, berlaku pertengkaran lebih 20 minit antara keluarga Syafia dan keluarga teman lelaki ibu mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, puluhan ahli keluarga teman lelaki mangsa dikatakan berkumpul di perkarangan bilik mayat hospital itu sejak jam 8 pagi. Mereka dikatakan bukan saja menanti keputusan bedah siasat, malah cuba mendapatkan hak menguruskan pengebumian Syafia sehingga tercetusnya kekecohan itu.

Windi's note: 
Ada juga manusia macam ni? Hek eleh..nak tunjuk baik lah tu...konon nak bertanggungjawab ke atas zuriat si Haruan tu..tak pahamlah! tengah2 org bersedih, diorang nak tunjuk hero konon nak bertanggungjawab. Terang2 belum nikah..ada hati nak bergasak berebut mayat...kalau betul mereka bertanggungjawab kenapa tak suruh  si Haruan dan si bini orang tu bernikah? Tak fikirkan langsung perasaan keluarga orang lain terutama suami si perempuan. Tak menjaga aib orang dan diri sendiri langsung!

2 comments:

Kak Imun said...

Entah apa benda yang masuk dalam fikiran diorang..

windi said...

bapa suspek pun ikut jg membelasah budak tu. mmg setan family.

Related Posts with Thumbnails