Beberapa individu telah menjadi jutawan kerana YouTube. Contohnya, penyanyi cilik Filipina iaitu Cherice Pempengco yang terkenal melalui YouTube yang kini menjadi anak didik Si Bilionaire Oprah Winfrey, celebriti wanita terkaya USA. Begitu juga seorang wanita (lupa nama) yang memperkenalkan kaedah merias wajah seperti artis. Terdapat juga pertandingan bakat YouTube yang memberi peluang kepada ramai manusia berbakat di seluruh dunia untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.
YouTube......jenama ini sangat popular. Malah saya sendiri pun banyak bergantung kepada youtube untuk hiburan. Terima kasih kepada insan2 yang rajin meng'upload' bahan ke arkib YouTube. Tidak kiralah samada YouTube ini memberi kesan negatif atau positif kepada masyarakat namun hakikatnya, impak yang di berikan kepada manusia di seluruh dunia sangatlah besar!
Siapa sangka YouTube baru berusia 5 tahun. Jika diibaratkan manusia, baru pandai membaca ABC. Diibaratkan jawatan guru, belum layak pun memohon DG32. Diibaratkan artis, belum tentu keluar album kedua...Domain YouTube di daftarkan pada 14 Febuary 2005. Ianya dibeli oleh Google pada 2006 dengan nilai 1.65 billion. Hakikatnya, YouTube menghidangkan kira-kira 1billion video setiap hari.
No comments:
Post a Comment