CHECK IT OUT!

Sunday, February 21, 2010

Selagi masih muda..


Selagi masih muda (Kelok-kelok Jalan Guru cemerlang).

Inilah tajuk buku yang baru saya beli di Kedai buku Harris, 1B.

Pada mulanya tidak ada niat langsung untuk membeli buku bacaan kerana  berlambak majalah yang boleh diulang baca di rumah. Begitu juga internet menyediakan peluang luas bagi saya untuk meluaskan pembacaan. Namun saya sengaja membawa anak2 berkunjung ke kedai buku untuk menanam sikap sukakan buku dan menyemai kecintaan terhadap ilmu. Saya membawa anak ke segenap ruang dan menunjukkan kulit buku yang pelbagai. Sebagai pelengkap saya membelikan mereka buku mewarna dan sedikit buku aktiviti.

Semasa membawa anak melewati rak novel, tiba2 mata saya terpandang buku hijau dengan gambar tangan seolah menadah air wuduk (macam juga cover novel Twilight). Tangan itu menadah tanah dengan sebatang tumbuhan baru tumbuh (macam tumbuhan dalam filem animasi Wall-E).

Belek punya belek terpikat pula kerana kandungannya ialah tentang jerih payah dan cabaran guru2 cemerlang Malaysia dalam melaksanakan tugas sebagai guru. Harap2 buku ini mampu menyuntik semangat saya untuk terus berjuang demi memajukan anak bangsa..chewaaahhh.

p/s: I beli di Kedai with the price of RM30.00 Baru tau tadi harga online is only RM25.20

No comments:

Related Posts with Thumbnails