CHECK IT OUT!

Wednesday, April 14, 2010

ISA SAMAD DAN BIBI SHARLIZA BERNIKAH


KUALA LUMPUR, 14 April – Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang menduda sejak 2005, bernikah dengan bekas Setiausaha Puteri Umno, Bibi Sharliza Mohd. Khalid. “Tak perlulah diperbesar-besarkan. Saya perlu jaga hati ahli keluarga saya, anak-anak saya dan juga keluarga perempuan,” Kata Tan Sri Isa.

Mohd. Isa, 60, mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan Allahyarham Puan Sri Hazizah Tumin yang meninggal dunia pada 7 Dis 2005 akibat penyakit kanser. Sementara itu, Bibi Sharliza yang merupakan ibu tunggal dilahirkan pada 20 Nov 1970 dan memulakan karier politik sebagai Ketua Puteri Umno negeri dan Ketua Penerangan Puteri Umno dari tahun 2000 hingga 2003.


5 comments:

Terry Verry Berry. said...

bagus bagus~
mendirikan rumah tangga dan berbahagia..

moga2 diorang kekal happy sampai bila2.. ngee~

911 said...

Tahniah kepada Tan Sri. Dah lama menduda tu baiklah kahwin, ada jugak orang yang temankan hari-hari tua...

windi said...

terry: ya. moga berkekalan selamanya..

911 : uda dan dara..

nourul said...

senyap2 je da kawen tan sri isa ni ye..
w'pon sy dok kuala pilah tp xde dgr cite pon..(cm katak bwh tmpurung lak)
huhuhuu..
btw selamat pengantin baru..

windi said...

seganlah tu kot sbb sama2 dah berusia.

Related Posts with Thumbnails