CHECK IT OUT!

Thursday, April 15, 2010

Pelajar menyamar anak angkat Tengku Mahkota Pahang?

ZULKIFLI menunjukkan seragam PLKN yang tertera nama dan gelaran 
Tuan Muda yang menyamar  pada sidang media di Kuantan, semalam.
ZULKIFLI menunjukkan seragam PLKN yang tertera nama dan gelaran Tuan Muda yang menyamar pada sidang media di Kuantan, semalam.
 
KUANTAN: Seorang pelajar pintar @ temberang ? ditahan polis kelmarin selepas menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan gelaran ‘Tuan Muda’ sehingga berjaya memperdayakan seorang Exco Kerajaan Negeri ini serta pegawai tinggi Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Ketika menyertai lawatan rasmi ke Kem PLKN Cahaya Gemilang, remaja itu turut menyempurnakan majlis menyematkan lencana kepada pelatih kem berkenaan. Helah remaja berasal dari Bera itu tambah meyakinkan apabila turut memakai pakaian PLKN yang bersulam namanya sebagai Tuan Muda dalam lawatan berkenaan.

Difahamkan, suspek yang juga bekas pelajar aliran sains di sebuah sekolah menengah di Bera tinggal bersama sepasang suami isteri yang bekerja sebagai pembantu perubatan sejak kecil.  Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata suspek diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang ketika berehat di rumah saudaranya di Tanah Putih Baru I di Pekan, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

“Kita masih menyiasat identiti sebenar remaja itu, selain berusaha mengesan ayah kandungnya kerana dia dipelihara keluarga angkat sejak kecil," katanya, di sini semalam.
 
Windi's Note:
 
* Teringat pula cerita 'catch me if u can' lakonan Leonardo de kaparenyo.
 
* Pintarnya dia memperbodohkan beberapa orang tu. Adalah nanti orang2 yang tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang, berak tak lawas nih...
 
* Bagaimana jika ada ramai lagi orang2 yang buat penyamaran macam ini. Apatah lagi jika orang menyamar itu sebenarnya perisik negara luar.
 
* Harap2 pelajar ini tidak digelapkan masa depannya kerana aset kepintaran dan kelicikannya boleh diguna pakai untuk membanteras penipuan atau memikirkan perkara2 yang orang dewasa tak terfikir.
 
* Mungkin dia kepingin merasa layanan VVIP kut..I pun pernah juga terfikir bagaimana rasanya duduk dalam kereta dengan iringan polis trafik dan menerima lambaian peminat. hahahaha!
 
* Kenapa Pegawai kem PLKN tak semak dulu dengan pegawai istana? 

* Tahniah pada budak itu dan kesian pada yang kena tipu.hehehe
 
* Masyarakat kita terlalu melihat darjat dan pangkat sehingga lupa kita hanya insan Allah yang kerdil.. 

* Apa motif sebenar budak ini nekad menipu, menyamar dan last2 memalukan diri sendiri selepas tertangkap?

5 comments:

Unknown said...

HUHU! teringat citer kancil...

sepandai-pandai kancil melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugak.. ek..
rasa cam silap jer pepatah ni.. hua3..

anyway..
betul ckp windi..
WHAT IF ADA PERISIK DARI NEGARA LUAR MACMA NIH!?? *takut.

windi said...

haha..pepatah diterima.

Anyway, thanks to be the first to comment.Orang tua cakap pembawa rezeki.

Seri Bahasa said...

mungkin kerana tak pernah mendapat kasih sayang dari keluarga sejati maka dia jadi begitu. semoga pihak2 tertentu mengambil iktibar dari kejadian (penyamaran) ini agar tidak berulang lagi, apa lagi kalau ia melibatkan keselamatan negara.

anisyazila said...

pelajar sekarang makin pintar dan berani..tapi di sepatotnya gunakan kelebihan tu untuk sesuatu yg berguna bukan dgn menipu..apapun, he's smart...i like..hehehe... yg ditipu tu, kesian...

windi said...

seri bahasa : ya. mungkin ada pengaruh psikologi sbg anak angkat.

Jojoe: budak sekarang mmg pintar2 dan berani. you like, i like..hehe.

Related Posts with Thumbnails