CHECK IT OUT!

Friday, April 9, 2010

Rahsia Pemakanan Ilmuwan Islam


  • 1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

  • 2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  • 3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

  • 4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.  Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

  • 5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

  • 6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

5 comments:

Rafi Harumin said...

gambar susu segar tu... agak agak laa... heheheh

Unknown said...

thanks for the info. :)
very informative. ngee~

windi said...

ashraf: improper ka? bah nanti i tukarlah. actually i dapat dr internet juga.
terry: thanks.

Kak Imun said...

Gempar jantung i nampak tu iklan susu..tapi tersungging juga bibir i ketawa, hihi...

windi said...

haha..i dah tukar. Mgkn inappropriate. Masa i upload tak terfikir juga sbb gambar ni da banyak di internet. Ingatkan org da biasa tengok.

Related Posts with Thumbnails