CHECK IT OUT!

Saturday, April 17, 2010

DIKEJAR HANTU BAYI


Kisah ini bermula di study room asrama sekolah kami pada tahun 1993. Ramai pelajar yang bercerita tentang kemunculan suara bayi menangis di tengah malam. Suara itu datangnya dari makmal sekolah yang terletak sepelaung dari study room asrama. Sebenarnya di dalam bilik makmal itu terdapat sebiji balang berisi mayat bayi manusia yang diawet. Bayi itu dipercayai berusia 7 bulan semasa digugurkan. Namun usia sebenar bayi itu semenjak diawet dipercayai menjangkau 70 tahun. Ia digunakan di dalam kelas sains semenjak zaman British. Untuk pengetahuan, balang itu disimpan sebaris dengan binatang2 awet seperti ular, biawak dan tikus. 

Ramai juga pelajar asrama yang pernah terserempak dengan pontianak mendukung bayi semasa melintasi makmal itu. Ada juga yang ditegur oleh perempuan yang bertanyakan bayinya yang hilang. Last2, bila tengok bawah, kakinya terapung-apung. arrrgghhh...pengsan!

Dek kerana bosan dengan cerita ceriti yang entah betul entah tidak, saya, Asmah (bestfriend) dan Molly (sepupu) mengambil keputusan untuk mencabar kesahihannya. Maka pada tanggal (lupa dah) 1993, jam sepuluh malam, bila kawan2 semua dah masuk bilik, kami stay di study room dan menunggu jam doblas malam. Jam 11 malam angin sepoi2 bahasa bertiup2..Tiba2 Asmah sakit perut dan bergegas naik ke tingkat atas. Memang takkan turun balik. Oleh itu tinggal saya dan Molly sahaja.

Tik tok tik tok. Jam 11.45 malam. Kedengaran bunyi burung hantu..hut hut hut...betul2 di tepi bilik study, atas pokok. Kami masih poyo dan buat2 rilek. meoww..meow...Eh..tetiba je bunyi kucing. Eleh, kucing je. Nak takut ape? Mbeekkk..Mbeekk..bunyi kambinglah pulak. Kambing sapalah terlepas malam2 buta ni? Saya mula tak sedap hati. Tapi Molly cool je..Saya mula tengok kiri kanan.

Mbekk...mbekkk..hut hut..mbekk mbekk..hut hut..bunyi kambing dan burung hantu bertingkah2. Angin mula berdesir dengan kuat. Pohon2 disekeliling asrama mula bergoyang. Adrenalin kami mula merembes. Tangan sejuk. kaki sejuk. mata terbuka luas. Tiba2 terdengar bunyi kecil dari arah makmal. Uweekkk..Uweekk..Macam bunyi baby tapi slow sangatlah. Kami menunggu lagi. Uweekk..Uweekk..suara semakin jelas. Ya..kami hampir pasti itu bunyi bayi. Semakin lama semakin kuat dan dekat. Tanpa berlengah lagi kami berdiri dan mengemaskan meja..namun...bunyi itu lebih cepat sampai dari sangkaan kami. 

UWEEEKK!!! UWEEKK!!! Bunyi bayi menangis bersipongang di dalam bilik belajar. Kami tidak sempat lari lagi. Saya menutup telinga denga kedua belah tangan dan menjerit, "Tidak!Tidak!" dan hati melaungkan surah2 yang terlintas difikiran ketika itu. Molly juga sedaya upaya membaca apa sahaja surah yang terdaya. Sudahlah ketika itu dia baru saja memeluk agama Islam. Belum banyak surah yang dihafalnya. Kaki kami seolah terkunci sementara bunyi itu seolah ingin meresap ke dalam telinga kami.

Entah kekuatan mana yang datang, saya menjerit "Allahuakhbar!!" dan membuka langkah seribu (agak2nya ala2 Saiful Apek kut). Molly juga lari lintang pukang. Kami berlari sekuat hati menuju ke dorm. Kadang saya di depan. Kadang-kadang dia. Sampai di bilik, kami mengetuk pintu dengan ganasnya. Takut 'benda' tu mengejar di belakang. Pintu terkuak. Kami masuk ke dalam dorm dan terduduk longlai. Rakan sebilik memandang kami dengan cemas. Mata tidak berkedip. Rupanya mereka telah menyaksikan segala yang berlaku dari A ke Z..Esoknya, asrama sekolah riuh lagi dengan cerita hantu bayi.


Windi's note:
Mayat Bayi itu telah dikebumikan pada tahun 2005.

5 comments:

Rafi Harumin said...

gangguan syaitan

Unknown said...

tu qarin bayi/ibu bayi tu kot. selalunya qarin yang menyerupai hantu dan menyakat manusia.

dulu kat sekolah terry pon berhantu gak, semua toilet kat block C sekolah terry kena seal sebab ada hantu buat kacau. ada balang kecik disaluti warna kuning dlm salah satu tandas.. heee~ terry pernah tengok kawan-kawan girls terry kena rasuk sbb bercerita tentang hantu tu.

and satu lagi, kat makmal sekolah terry, dikhabarkan ada pocong...=( ..ngee

windi said...

Ashrafi: sememangnya keja syaitan.

Terry : heran kan. kenapa sekolah selalu ada 'pengacau'. ramai mangsa kut.

Unknown said...

Salam Windi.
Terdapat keterangan yang saya baca, katanya "berjalanlah pada waktu malam dengan berteman, kerana jika anda berjalan seorang diri, anda tidak akan kuat sekiranya anda melihat rupa mereka, jika seorang pasti ada yang datang menghampiri. Sebutlah kalimah Allah kala seorang diri"
Seram baca memori Win ni. Semua itu tidak mustahil..kerana manusia dan jin telah diciptakan Allah di Bumi nyata.
Syukurlah x apa2 kan.

windi said...

bapa pernah menyebut perkara yang sama di mana jika kita berseorangan ada masanya kita akan terasa seperti ada org lain menghampiri. Jangan risau dan kuatkan semangat.

ya. nasib tiada apa2. sapa suruh cari pasal. hehe.

Related Posts with Thumbnails