CHECK IT OUT!

Tuesday, April 20, 2010

GARA2 DITIPU ZUL ARIFF

Komandan kem PLKN dibuang


KEM PLKN Cahaya Gemilang di Cherating, Pahang dilihat dari udara.


KUALA LUMPUR – Khidmat Komandan Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Cahaya Gemilang di Cherating, Pahang ditamatkan ekoran kecuaiannya sehingga seorang pelajar yang menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berjaya meloloskan diri ‘melawat’ kem berkenaan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan disiplin ke atas Leftenan Komander Azri Ideris itu dianggap wajar memandangkan kes yang sangat memalukan itu tidak sepatutnya berlaku.

Keputusan dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kecil bersama Pengarah PLKN Zon Pahang, Lt. Kol. Salleh Hassan. “Siasatan dalaman tersebut jelas membuktikan kecuaian pegawai tersebut. Justeru soal menuding jari kepada Abdul Hadi tidak seharusnya timbul memandangkan kejadian itu bukan kesilapan beliau"

WINDI'S NOTE: 
Finally... they found the black sheep. 

16 comments:

anisyazila said...

moral of the story..jgn cuai!.. ;-)

Captain said...

Elok ditamatkan perkhidmatan tentera sebab inilah punca Kes senjata yg diambil oleh Kumpulan Maunah dulu.

Askar sekarang dengar kerabat Raja! takut buat apa? Kerabat makan dan ke tandas mcm kita jugak.

Bodoh punya Komandan.

Rafi Harumin said...

malu..malu...

Rafi Harumin said...

malu..malu...

Nisa Kay said...

NEW URL HERE =)

windi said...

jojo: ya betul!

captain: ya betul!

ashrafi : ya betul!

nisa : ya betul..ehh..ok, nanti i jejak.

Hanna Pertiwi said...

salam sobat, trimakasih kunjungannya kemarin, salam kenal ya sobat, oya ruang follow nya dimana ya,saya pengen follow..hehe

Hanna Pertiwi said...

salam sobat, saya sudah follow ini blog, salam persahabatan, semoga dapat lebih mempererat persahabatan kita,amiin..

windi said...

Terima kasih hanna pertiwi. ya semoga kita sentiasa bersahabat selamanya.

Nieta said...
This comment has been removed by the author.
Nieta said...
This comment has been removed by the author.
Nieta said...
This comment has been removed by the author.
Nieta said...

To captain....
X tau citer sebenar jgn sesekali wat spekulasi...... siapa yg mangsa sebenarnya???? Gara2 kecuaian kelalaian org lain.... org lain kena tanggung...... try to get the true story baru la wat conclusion......

Nieta said...

Moral of the story here..... don't ever trust the reporter b'coz they don't tell the truth...... dah kena beli dek org2 berkuasa ke??? if all of u here have 'OTAK' fikirkan la secara logik wajarkah KEM KOMANDAN di persalahkan setelah beliau berjaya membuktikan si'Tuan Muda' adalah penipu??? Ini yg tidak disebut2 oleh press.....KENAPA??????? They twist n turn the real story.....

Nieta said...

Dlm kes Tuan Muda ini, rasanya surat utk kebenaran utk melawat kem2 itu diajukan terus ke KP JLKN. Lepas itu barulah JLKN mengarahkan kem2 yang berkenaan bersedia utk menyambut KP dan rombongannya termasuk Tuan Muda itu kan??? Betullah saperti yg dititahkan olih Tengku Puan Pahang itu, bahawa tugas dan tanggungjawab utk mendapat kepastian identiti Tuan Muda itu adalah ditangan pejabat JLKN, bukannya kem komandan…. Tapi kenapa yg dipersalahkan si kem komandan pulak??? Itulah bila org atasan tidak berasa bertanggung jawab maka akan berlarutanlah hal2 yg sebegini… Oh 1Malaysia ku.Berjaya meloloskan 3 kem tetapi kenapa hanya 1 kem komandan yg dikenakan tindakan???? Lu pikir la sendiri.....

windi said...

Wah.....jangan marah2 Nieta1977. Kalau tengok laporan akhbar, kita dapat mengagak ada unsur durian dan timun dalam hal ini.Perkataan "bukan pengarah yang bersalah" berulangkali di highligt seolah2 penulis mahu pembaca terhidu something fishy behind the story.

Related Posts with Thumbnails