CHECK IT OUT!

Sunday, April 25, 2010

Gara-gara Berbohong - Kisah seorang teman.


Beberapa bulan yang lalu saya mengikuti kursus anjuran British council. Semasa waktu rehat, saya berbual-bual dengan seorang rakan bernama 'Cikgu K' ( wanita, bukan nama sebenar). Dia menceritakan kepada saya pengalamannya beberapa tahun yang lampau.

Alkisahnya begini. Ketika itu Cikgu K sedang belajar di Universiti Malaysia Sabah  kampus Sandakan. Setiap Sabtu dia akan menaiki flight ke sandakan  untuk menghadiri kuliah dan terbang semula ke Kota Kinabalu pada hari Ahad. Begitulah rutinnya selama beberapa tahun demi segulung ijazah.


Pada suatu hari, dia menaiki flight balik KK. Tapi kali ni terdapat seorang wanita pertengahan usia yang sedang 'landing' baiiikk punya di kerusi Cikgu K. Dia lantas memberitahu wanita itu, 'kak, ini kerusi saya'. Wanita itu terkejut dan beralih ke sebelah. Cikgu K pun duduk. Keadaan hening seketika. Cikgu K menjeling wanita itu. Segak bergaya orangnya. Beg pun jenama mahal.

Tiba2 wanita itu menegurnya.
Wanita: Adik balik mana?
Cikgu K : saya balik KK
Wanita : Adik buat apa di Sandakan?
Cikgu K : Cari kerja.Lama sudah saya di sandakan. Keluarga suruh pulang sekejap.

Alamak!! Terbohonglah pulak! Sebenarnya Cikgu K tidak mahu memberitahu perkara sebenar kerana penampilannya ketika itu sangat simple dan selekeh. Takut nanti dianggap berbohong jika mengaku sedang belajar.  Lagipun Cikgu K tidak bersedia mendedahkan identitinya ketika itu. Dia ingatkan perbualan mereka akan tamat disitu. Rupanya wanita itu agak peramah orangnya.

"Mana kampung adik?" tanya wanita itu. "Kampung Dudar, Kota Belud" jawab cikgu K. "Oh, Saya pernah round kawasan tu dulu dengan helikopter" jawab wanita itu selamba raya..

Tergamam Cikgu K seketika. Siapakah gerangan wanita ini? Datang seorang pramugari  "Datuk nak minum apa?" . Betulkah pramugari tadi menyebut 'datuk?' bisik hati Cikgu K.  "Bagi saya fresh orange. Bagi satu lagi untuk dia ni" kata wanita itu sambil menunjuk kearah Cikgu K. "Saya ni mau pergi Sutera harbour. Mau rasmi majlis tapi helikopter ada masalah teknikal. Tepaksa naik fokker ni, mau kejar masa" Kata wanita itu lagi.


"Kalau kau mau cari kerja, macam ni lah, kau ikut saya, nanti saya tolong. Untuk permulaan, kau tolong saya angkat beg saya ni" kata wanita itu ketika mereka sudah hampir keluar dari flight.  Cikgu K  panik. Maklumlah, tetiba disuruh angkat beg. Tapi salah Cikgu K juga sebab berbohong. Mahu tidak mahu terpaksa Cikgu K mengangkat beg dan membontoti wanita itu.

Permaidani merah terhampar dilaluan masuk kebilik Vip. Wanita itu melangkah ke atas permaidani itu. Cikgu K berkata "Datuk, laluan masuk di sini" Kata Cikgu K kearah laluan yang sering diikutinya .Wanita itu tersenyum "tak apa, kita ikut saja di sini" katanya menunjukkan permaidani merah itu.

Tiba-tiba telinganya terdengar tepukan gemuruh. Flash kamera memancar-mancar hingga menyilaukan matanya. Terdengar pengumuman tentang ketibaan seseorang. Suasana hingar bingar. Cikgu K bingung. Tapi dia nekad minta izin  pulang.

"Tidak apalah kalau begitu. Ini kad saya kalau ada apa-apa kol saja ok. Nah ini upah sebab tolong angkat beg" Kata Wanita itu. "Tak apalah datuk saya ikhlas. Saya pulang dulu" balas Cikgu K ."Macam ni lah, kau ikut saja pemandu saya nanti dia hantar kau pegi stesen bas" kata wanita itu lagi sambil bersalam-salaman dengan para penyambutnya. "Bah. Terima Kasih Datuk" Kata Cikgu K girang kerana dapat melepaskan diri akhirnya.

Cikgu K mngikuti pemandu itu ke kereta. Arakian kereta yang bakal dinaiki itu ialah sebijik Mercedez Benz dengan lambang negeri Sabah.  Dalam perjalanan Cikgu K nekad bertanya pada pemandu "Bang, siapa perempuan tadi tu?"

"Ahhh Kau tidak tau siapa tadi tu?" Pemandu tadi terbelalak matanya tidak percaya. "Itulah Datuk Norjan Khan Bahadar"  Cikgu K sebenarnya tidak kenal pun siapa Datuk Norjan Khan! (Sampai ketahap ini saya tidak dapat menahan diri dari berkata "Takkan datuk Norjan pun kau tidak kenal?")

Alasannya, dia sangat fokus dengan pengajian sampai tidak menghiraukan  hal2 politik Sabah. Berbalik pada cerita tadi,  kereta Mercedes Benz tadi perlahan-lahan memasuki kawasan stesen bas. Beberapa orang polis yang kebetulan berada di kawasan itu tiba-tiba memberi tabik hormat.

Orang ramai memberi laluan. Tercangak2 para pemandu bas melihat siapa gerangan orang besar yang bakal muncul dari kereta itu dan mengapa gerangan kereta itu sudi mampir di bus stop Kota Belud. Perlahan2 pintu Mercedes Benz terkuak. Pemandu bas mulai tidak keruan dan tidak kesabaran untuk menoktahkan sisa2 ke'saspen'an mereka.

Tersebutlah sejenis senyuman yang diberi nama senyuman kerang busuk. Adapun senyuman itu jugalah yang terbit dari bibir Cikgu K ketika dia keluar dari kereta itu. Para pemandu bas menjerit "Ya rabbi! kau pula K! Apa kau buat sana?!!" Kata mereka dan Cikgu K pun menerangkan segala-galanya..

Windi's Note: Kusedekahkan Al fatihah buat Allayarham Datuk Norjan Khan. Semoga rohnya dicucuri rahmat.Amiiinnn.

6 comments:

Unknown said...

omg. siapakah norjan khan? *terry pon kebingungan jap.

wah..cikgu K goes on a wild adventure sbb berbohong yerr..
takper2..nanti terry try buat camtu gak..tengok datuk/datin mana yang terry akan jumpa..ngee~!

*mimpi di siang hari jap.

Yatre Hayati said...

wah..baiknya dia..dan apakah kategori bohong cikgu K itu??

windi said...

Terry; of kos terry tak kenal. dia YB kat sabah je tapi dah lama RIP.

yatre: Bohong tak sengaja kut. hehe.

Eyqa Zaque said...

Al Fatihah.

~ dalam kesibukan masa, kekadang kita tak sedar siapa di sekeliling kita. :)

Anonymous said...

fuh... dasat jgk penangan dia.. huhu

windi said...

Eqah : betul tu.

macy: dasatke?

Related Posts with Thumbnails