AKIBAT PENYAKIT DEMAM DENGGI BERDARAH!!!
Mari kita sama2 mengetahui bagaimana seekor nyamuk yang hodoh boleh membunuh tanpa mengira mangsa.
Apabila nyamuk aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada terdapat dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia.
Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.
Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi.
Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai ´Dengue Shock Syndrome´ (DSS). Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi.
windi's Note:
So, inilah yang terjadi kepada allahyarham Mior. Semoga allahyarham ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman. Amin.
windi's Note:
So, inilah yang terjadi kepada allahyarham Mior. Semoga allahyarham ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman. Amin.
No comments:
Post a Comment