CHECK IT OUT!

Wednesday, April 28, 2010

Persidangan Parlimen bertaraf dunia?



Parlimen Ukraine kecoh


KIEV 27 April - Parlimen Ukraine menjadi kecoh hari ini apabila anggota Parlimen bergaduh dan melontar bom asap ketika berlaku perbahasan hangat mengenai tempoh melanjutkan kehadiran sebuah pangkalan tentera laut Rusia di negara ini.

Di sebalik kejadian luar biasa yang menyaksikan dewan persidangan dipenuhi asap, Parlimen meluluskan usul untuk melanjutkan tempoh armada Laut Hitam Rusia di Crimea sehingga 2042, yang disifatkan oleh pembangkang sebagai 'menggadai' Ukraine. Walaupun keadaan kecoh, terdapat ahli Parlimen meneruskan ucapan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.


windi's note:
Gagah perkasa sungguh ahli parlimen Ukraine ini ya..Segeram-geram  ahli parlimen kita sekurang-kurangnya mereka keluar dewan sahaja. Kalau bertarung macam ni, rasanya siapa yang menang, siapa yang penyet?

No comments:

Related Posts with Thumbnails