Saintis Britain minta bukti kukuh
LONDON - Seorang saintis Britain meminta satu kumpulan ekspedisi China-Turki menunjukkan lebih banyak bukti saintifik bahawa mereka telah menemui bahtera Nabi Nuh di Gunung Ararat, Turki, lapor sebuah akhbar semalam. Pada Isnin lepas, agensi berita AFP melaporkan sekumpulan 15 penjelajah dari Hong Kong dan Turki mendakwa menemui tujuh struktur berupa kandang kayu besar di dalam lereng curam bersalji pada ketinggian sekitar 4,000 meter berhampiran puncak Gunung Ararat di timur Turki.
Ujian penentuan tarikh karbon mendapati struktur yang ditemui di Gunung Ararat itu berusia 4,800 tahun. Seorang pakar arkeologi Britain, Mike Pitt berkata, buat masa ini, kumpulan ekspedisi itu masih belum mengemukakan bukti kukuh. "Jika berlaku banjir besar yang berupaya mengapungkan kapal hingga ketinggian 4,000 meter ke lereng sebuah gunung pada 4,800 tahun lalu, saya yakin terdapat bukti geologi mengenai banjir ini di seluruh dunia tetapi sehingga kini tiada bukti lagi," kata Pitt.
4 comments:
bukti kebesaran Allah akan ditemui satu persatu...
woww~ hmmm.. wallahuallamm..thats all i can sayy..
Memang itu yg tercatat dalam al-quran. Ermmm.. tp mat saleh ni mana la nak mengakui kebenaran Al-quran..
harap2 kebenaran akan diketahui juga.
Post a Comment