KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mati dibelasah dengan kayu besbol oleh jirannya sendiri hanya kerana marah dengan perbuatan lelaki itu yang menegur perbuatan jirannya yang membuang plastik mengandungi sampah di hadapan rumahnya di Flat Sri Sentul, Bandar Baru Sentul awal pagi ini.
Lelaki yang dikenali sebagai Chung Sin, 51, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas dihentak dengan kayu besbol dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu. Ia bermula dengan perbalahan Chung Sin dengan seorang jirannya yang memuncak sehingga jirannya yang bekerja sebagai pemandu lori itu masuk ke rumah dan mengambil kayu besbol.
Chung Sin yang dikatakan menggunakan sebatang besi untuk mempertahankan diri terus tersungkur dan mati di tempat kejadian sebaik sahaja kayu besbol itu mengenai kepalanya. Beliau berkata, berikutan kejadian itu polis menahan seorang suspek bersama anak lelakinya yang berumur 23 tahun di sebuah rumah di sini bagi membantu siasatan.
2 comments:
adeh...kejam jg...btul2 panas baran oo..
padamkan api kemarahan dengan berwuduk
Post a Comment