CHECK IT OUT!

Thursday, April 22, 2010

Bung Mokhtar dan Zizie kena dakwa


ZIZIE dan Bung Mokhtar ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Perkahwinan kontroversi aktres Zizie Ezette Abd. Samad dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin kembali hangat semalam apabila mereka didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini atas tuduhan berpoligami dan bernikah tanpa kebenaran pendaftar.
Zizie, 32, dan Bung Mokhtar, 51, masing-masing didakwa bagi kedua-dua pertuduhan.

Zizie didakwa kerana bernikah tanpa kebenaran pendaftar manakala Bung Mokhtar pula didakwa mengikut  kerana berpoligami tanpa kebenaran. Pasangan itu kemudian didakwa kerana bersubahat dengan pasangan masing-masing. Turut didakwa bersama pasangan itu ialah empat orang saksi pernikahan termasuk dua daripadanya adik-beradik Zizie. Mereka ialah Samzy Fuzette dan Shaheizy Sam serta dua rakan Bung Mohktar. Shaheizy Sam adalah pelakon filem Adnan Sempit.

WINDI'S NOTES:
Aikk..Ingatkan borang2 dah clear...Rupanya dengan saksi2nya sekali kena dakwa. Teringat pula satu lagu Omputih...Love is blind...la..la..la...

4 comments:

Seri Bahasa said...

seri tak heran undang2 kat m'sia, orang berpengaruh banyak duit mesti punya lepas dari hukum lain kalau tikus2 kecil.

Nisa A. said...

amboi dorg nih~ huhuuu~

windi said...

Paling2 pun 3 ratuih je..kata lelaki2 kat tempat kerja saya..

Steward said...

Ui geng.. hebat ni berita.. nah tu la juga....

Related Posts with Thumbnails