Punca kematian Din Beramboi adalah kerana seekor NYAMUK AEDES@Nyamuk Setan.
KUALA LUMPUR 2 April – Pelawak dan penyampai radio terkenal, Din Beramboi, atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, yang meninggal dunia awal pagi ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong dekat sini pada pukul 11 pagi ini. Lebih 500 hadir bagi memberi penghormatan terakhir mereka, termasuk ahli keluarga, rakan-rakan dan para peminat.
Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi. Din Beramboi meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masing-masing berumur antara 18, 16 dan enam tahun.
Beliau dimasukkan ke ICU Hospital Selayang sejak Selasa lalu setelah kritikal akibat mengalami demam denggi berdarah. Allahyarham adalah anak ketiga daripada empat beradik dan merupakan anak lelaki tunggal.
Din Beramboi terkenal kerana gandingannya bersama Aznil Nawawi dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era.
windi's note: Seisi keluarga meminati allahyarham. Saya dan suami meminatinya kerana kerenah kelakarnya sebagai juri raja lawak. Anak2 sangat meminatinya kerana drama Afi dan abah dan Tom2 Bak. Bila anak-anak terlihat imejnya di TV, mesti mereka menjerit, "Pakcik Rahim!" iaitu wataknya dalam Afi dan Abah. Bersemadilah dengan tenang.....
Kacak juga semasa zaman muda (berkopiah putih)
windi's note: Seisi keluarga meminati allahyarham. Saya dan suami meminatinya kerana kerenah kelakarnya sebagai juri raja lawak. Anak2 sangat meminatinya kerana drama Afi dan abah dan Tom2 Bak. Bila anak-anak terlihat imejnya di TV, mesti mereka menjerit, "Pakcik Rahim!" iaitu wataknya dalam Afi dan Abah. Bersemadilah dengan tenang.....
1 comment:
Al Fatihah......
Post a Comment