Pagi tadi (masa rehat), saya lepak dalam kelas tahun 6 Bestari. Sambil2 tu saya periksa buku latihan mereka. Menyedapkan cerita, saya belanja budak2 tu makan kuih karipap. Saya memang suka duduk2 lepak dengan budak2 sambil sembang2 dengan mereka. Banyaklah kisah2 gosip mosip bebudak tu. Kadang2 ada juga mengadu nasib. Tapi ada peristiwa yang mencuit hati saya pagi tadi.
Alkisah seorang budak dalam kelas itu bernama Jafri. Hari ini dia membawa dua plastik kecil umang-umang yang dikutip di tepi pantai, kelmarin. Dengan rasa bangga dia menghadiahkan semua umang2 dalam plastik pertama kepada kawan2nya. Apalagi, kembang kempis hidungnya dihujani pujian. Selepas itu punyalah dia terkejut bila kawan2nya menjual pula Umang2 itu kepada pelajar kelas lain dengan harga maksimum RM1.00. Laku pulak tu. Terduduk dia di depan saya. Mungkin rasa rugi dan tidak dihargai.
Nak tau, lepas itu seorang budak perempuan yang agak gempal dari kelas tahun 3 tiba2 masuk dan berjumpa dengannya. Serius sangat rundingan diorang. Rupanya budak perempuan itu 'peraih' Umang2. Dia memajak semua umang2 yang ada dalam plastik kedua (tak tahu macamana dia tahu kewujudan plastik kedua) dengan harga 10 sen seekor. Senyum2 si Jafri dapat duit seringgit.
Jeng jeng jeng...Pastu kan, budak gempal itu bawa Umang2 tu ke kelas dan menjualnya pula dengan harga 30 sen seekor. Laku pulak! Very business minded kan! Saya menahan ketawa bila rakan sekelas Jaffri menyuarakan rasa simpati padanya sebab terlepas peluang mengaut untung!
8 comments:
pandai betul bebudak zaman skang ni..
pandai betul bebudak zaman skang ni..
hahaha..teringat adik lelaki sy..
masa dia sek. rendah dia suka meniaga..
yg herannya sapa yg ajar pun tak tau..
dia meniaga jual guli..siap cat2 kasi lawa..yg lawaknya laku lak tuu
dia jual lukisan kartun dia..tabik kt dia mmg kecik2 dia pandi lukis kartun..cantik lak tu..
tapi skrg adik ksygn sy tu dh besar nk masuk U dah..
hehehe
hmm..menarik citer umang-umang nie..ada pengajaran di sebalik cerita..penceritaan yg menarik windi!
adoiiiii..kesian nyerr Jafri :(
satu pelajaran kepada mereka yang berniaga. orang tengah memang selalu cekik darah. perasaan malu kadang tak membawa faedah tapi merugikan.
hahaha baguslah...mereka dah faham konsep berniaga...
my little sis pun macam tue...bisnes cekelat kat skolah...smp mum dok ngadu dia berbisnes...beliau takut..profit yang dikejar...study hilang tah kemana...
haish...budak2 skang nie..advance sungguh~
yatree : memang pon.
hot mama : dia budak bijak. pasal tu dia tepikir suma tu.
zoul imme: thanks.
terry: haha. monyok je die.
seribahasa: betul. orang tengah selalu cekik darah.
sir marcello; bisnes coklat. pintarnya.
Post a Comment