KUALA LUMPUR 19 Mac – Lelaki Lombok akan digelar sebagai ‘pahlawan terhandal’ sekiranya berjaya membawa pulang wanita yang berasal dari luar daerah Lombok. Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia, Khairudin Harahap berkata, pegangan itu merupakan tradisi daripada nenek moyang Lombok yang menjadi keagungan masyarakat berkenaan.
‘‘Kerana itu, kita sering mendengar lelaki Lombok melarikan anak gadis orang, ia sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada orang kampung bahawa mereka adalah pahlawan. Kerana itu, ramai anak gadis mudah terpikat dengan jejaka dari Lombok ini ekoran mereka tahu dan pakar dalam menambat hati para gadis di negara ini termasuk keluarga si gadis. Mereka tidak mengamalkan ‘ubat guna-guna’, tidak wujud sentimen bomoh".
Adakah lelaki Lombok ini benar-benar ikhlas mengahwini wanita dari luar daerah Lombok atau hanya inginkan gelaran pahlawan ?
Jejaka Lombok sangat menyayangi wanita dan dakwaan wanita tempatan tersiksa adalah kerana tidak biasa dengan aktiviti harian masyarakat Lombok iaitu yang perlu bekerja keras setiap hari untuk bersaing sesama mereka semata-mata untuk mencari rezeki.
Khairudin menjelaskan, sebenarnya wanita yang berasal dari luar lebih disayangi oleh penduduk di sana berikutan ahli politik, ketua kampung dan masyarakat di sana akan mengenakan hukuman iaitu ‘hukum adat’ (halau keluar daerah) kepada lelaki Lombok sekiranya gagal menjaga isteri mereka dengan baik.
Ye ke? Macam Pro jejaka Lombok je...Mind set (bawa lari anak dara org bukti keperwiraan) yang menyusahkan orang lain.
4 comments:
apa apa yg diambil dengan cara 'lari' sebenarnya kerja orang orang penakut...
sipenakut dengan alasan keperwiraan. helah bela diri.
tau takpe.. silap silap windi pon akan dilarikan...hehe
haha..Mak Dara tak masuk list.
Post a Comment