CHECK IT OUT!

Monday, March 15, 2010

Halimah Jongang, The series


 Sicantik yang memegang watak Halimah Jongang

SELALU sangat diberi watak air mata kecewa cinta sehingga nama Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar (Sheera) bagaikan sinonim sebagai pelakon kategori sedemikian. Namun si cantik ini membuktikan bakat lakonannya melalui watak halimah dalam drama Halimah Jongang.


Menurut Produser drama ini iaitu A.Aida (janda Ameng Spring) " Mesej yang cuba saya selitkan di sini, jangan memandang hina atau mentertawakan manusia bergigi jongang kerana mereka juga makhluk Tuhan. Lagipun, setiap kejadian-Nya mempunyai keistimewaan sendiri"


          Saat bahagia Sheera dan Fendy   
  

 Akhirnya bertemu jodoh dengan Deja Moss...

windi's note:
Cerita drama ini agak menarik tapi tajuknya boleh menyentuh perasaan manusia bergigi jongang. Hanya si jongang saja yang tahu bagaimana peritnya memiliki gigi jongang. Isu timbul bukan kerana cerita tapi kerana tajuknya yang direct to the point. 


Kemudian muncul lagi satu drama iaitu 'Fatimah Juling'. Masa ni lah orang mula menyampah dengan tajuk yang tidak sensitif. Apa perasaan orang2 yang juling bila mendengar tajuk itu? 


Bagaimana agaknya jika sudahlah jongang, juling pulak tu? 


Sudah2lah tajuk macam tu. Ada yang mempertahankan dengan berkata 'cinta kolesterol' tak kontroversi pun. Itulah yang saya maksudkan. Tajuknya lebih lembut. Bayangkan jika tajuknya Erra Fazira  Gemuk???

2 comments:

Myfrin's story said...

Shaheera memang berbakat..i pun minat dengan dia.

windi said...

pelik betul posting i ni. teks tak keluar. sebenarnya ada missing text.

Related Posts with Thumbnails