CHECK IT OUT!

Tuesday, March 16, 2010

Petua memasak siri 1

Petua ini hanya untuk 'BEGINNER COOK' dengan kebolehan tahap 'AVERAGE'. Bagi 'SLOW LEARNER' yang bercita-cita tinggi, anda dialu-alukan untuk mencuba.

Kepada 'ADVANCE COOK' yang menyampah dengan tips di bawah tolong jangan 'Report Abuse' kan page ini. Sila bersimpati. Tengkiu.


Puan-puan, Tips kita pada hari ini ialah teknik menyediakan nasi lemak yang harum.

Langkah1 - Sediakan Beras dengan penuh keinsafan..

Langkah2 - Suruh suami beli kelapa parut segar kat pasar (dengan penuh kasih sayang)

Langkah3 - Bagi duit kopi kat suami (dengan murah hati).

Langkah4 - Ok. Serius ni..Perah air santan dan gunakan untuk menanak nasi lemak. Jangan lupa bubuh halia dan pandan sikit dan garam.

Langkah5 - Pasang api sederhana. Tunggu hingga masak. Don't leave it alone. 

Langkah6 - Bawa laptop ke dapur. Sambil tunggu nasi masak, buka FaceBook.

Langkah7 - Tutup api.

Sambalnya nak buat macamana? Yang tu boleh tanya opah, mak. kawan atau sape2 je yang sudi. Saya memfokus kepada nasik je..kerana menurut Tok guru memasak saya, rahsia kesedapan, keenakan dan kekaw-kaw an sebungkus nasi lemak adalah nasinya yang lembut dan harum. Got it? Jangan lupa bungkus dengan daun pisang ye...Suami dan anak2 makan mesti selera punyalah! Selamat mencoba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails