CHECK IT OUT!

Tuesday, March 23, 2010

YANIE MENTOR TV3, MENINGGAL DUNIA

 Meninggal di pangkuan suami

IRFIN (kiri) sugul di pusara isterinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, Kota Kinabalu, semalam. 

KOTA KINABALU: Jenazah pemenang tempat ketiga musim pertama rancangan realiti Mentor terbitan TV3, Sitti Surianie Jul Karim atau lebih dikenali sebagai Yanie, 25, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

Suami Allahyarham, Irfin Abdul Manan, 30, ketika ditemui Berita Harian selepas majlis pengebumian berkata, Yanie menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 pagi semalam di Hospital Keningau, berikutan ketumbuhan dalam paru-paru yang dihidapi sejak November lalu. 

“Penyakitnya bertambah kronik sejak dua bulan lalu dan kerap menerima rawatan di Hospital Keningau. “Yanie meninggal di pangkuan saya. Anak kami, Iris Sofia, yang baru berusia dua tahun turut berada di sisi,” katanya semalam.

Irfin yang bertugas di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Sabah di sini berkata, isterinya sempat berpesan beberapa hari lalu supaya anak tunggal mereka dijaga dengan penuh kasih sayang.  Malah, katanya, Allahyarham tidak putus-putus mengingatkan Iris Sofia diberi didikan sempurna supaya menjadi insan berguna. “Insya-Allah, akan saya tunaikan wasiatnya itu. Saya terima ketentuan Ilahi kerana sudah tiba masanya untuk kami berpisah di dunia,” katanya.

Hadir sama ibu bapa Allahyarham, Jul Karim Maring, 49, dan Seriah Osman, 43, serta mentuanya, Abdul Manan Mohd Noor, 57, dan Manisah Abdullah, 52. Bagaimanapun, Iris Sofia tidak kelihatan di tanah perkuburan. Bacaan talkin disempurnakan Penolong Imam Masyid Kariah Kampung Sembulan, Kota Kinabalu, Mahmud Sana.

Allahyarham adalah anak sulung daripada lima beradik, menyertai Mentor pada 2005, selaku protege Ning Baizura. Yanie mendirikan rumah tangga dengan Irfin pada 23 November 2007

Windi's Note:
Takziah kepada keluarga Yanie..Innalillahiwainnaillahirojiun....Semoga rohnya ditempatkan bersama2 orang yang beriman..Amin.

2 comments:

KELI OH KELI said...

AL FATIHAH..

Anonymous said...

Sabda Rasulullah S.A.W. "apabila seorang insan itu mati, terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan ibu bapanya". (Riwayat Muslim)

@fb..riqueza shoppe STOKIS GE

Related Posts with Thumbnails