CHECK IT OUT!

Sunday, March 14, 2010

Benjy, anak Azean ditahan polis kes Dadah

AZEAN bersama  Benjy yang dilaporkan  ditahan reman  kerana disyaki mengedar  dadah, Khamis lalu. Gambar fail dirakam tahun lalu.
Azean Irdawaty tak sangka anak ditahan kes edar dadah

KUALA LUMPUR: Pelakon Azean Irdawaty yang cuba menemui anaknya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 31, atau Benjy yang ditahan reman di Balai Polis Bukit Jalil, di sini, sejak Khamis lalu bagi membantu siasatan dalam kes pengedaran dadah, mengakui hatinya luluh selepas mendengar berita penangkapan anak kesayangannya itu.


“Malam tadi (Jumaat) sewaktu terima berita Benjy ditahan kerana dadah, dunia Kak Yan berpusing macam taufan, kaki macam tidak pijak lantai dan jantung rasa macam meletup, tidak percaya, tak tahu apa nak fikir,” katanya.

Beliau juga bingung memikirkan bagaimana anaknya boleh terbabit dengan aktiviti itu.

“Seribu soalan menerpa di kepala...dadah? Kenapa? Macam mana? Sejak bila? Dari siapa? Di mana silap aku sebagai ibu yang sentiasa amat menyayanginya? Apa dan siapa yang mendorongnya dan sampai tahap mana?,” katanya.

“Tetapi Kak Yan reda dan tawakal, hidup mesti diteruskan. Semoga Allah mengadili Benjy seadanya,” katanya.
 
windi's note: simpati dengan musibah yang melanda dramatis favourite saya ini. Semoga dia tabah bertarung dengan kanser dan dugaan berita penangkapan ini. For Benjy......why???? I love your talent, man...huhuhu..

No comments:

Related Posts with Thumbnails