Tiba-tiba takbir berkumandang...Si bapa berhenti berjalan dan turut sama mengalunkan takbir. Si gadis cilik bertenggek di sebelah bapanya dan memandang sekeliling. Angin sepoi2 bahasa. Rupanya mereka sudah sampai di puncak Bukit Bendera. Subhanallah..indahnya alam ciptaan tuhan...Seluruh pekan Kota Belud jelas kelihatan dari puncak bukit itu.
Si bapa bersuara "mari kita pulang". Terpinga-pinga si cilik. Dalam hatinya berkata "Aik? Belum dapat pelanduk pon.." Seolah mengerti apa yang tersirat di hati si kecil, si bapa berkata "Lain kali kita pergi lagi...Kita pulanglah..Esok Hari Raya.."
Sampai kat rumah baru budak tu perasan, lampu suluhnya takda bateri pun..Jangankan bateri, mentol pun takda...Jadi camna boleh ON masa kat hutan tadi? Terang pulak tu..
Abisssss...setakat itu je..takda adegan tembak2 pelanduk pun...Takda rezeki..Sapa budak tu ah? Akulah....
No comments:
Post a Comment