CHECK IT OUT!

Thursday, March 18, 2010

Datuk Seri Zahrain dedah rahsia

Kami diperdayakan: ZahrainANWAR  dikerumuni  pemberita di lobi Parlimen  berikutan 
penjelasan  Zahrain  pada  hari ketiga sidang Dewan Rakyat, di Kuala 
Lumpur,  semalam.


Ahli Parlimen Bayan Baru dedah usaha ambil alih kerajaan 16 September

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, semalam mendedahkan rancangan ‘16 September’ Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan, termasuk meyakinkan Ahli Parlimen pembangkang bahawa Yang di-Pertuan Agong merestui beliau sebagai Perdana Menteri. Zahrain yang kini wakil rakyat Bebas berkata, dalam rancangan 2008 itu, Anwar memperalat, mempermainkan dan membohongi Ahli Parlimen pembangkang kononnya jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti sudah mencukupi untuk membolehkan Pakatan Rakyat (PR) membentuk kerajaan. “Kami diperdayakan dengan cerita Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di istana untuk mendapat pengesahan jumlah Ahli Parlimen yang akan melompat. Anwar juga mendakwa baginda merestuinya menjadi Perdana Menteri.

“Kami juga disogok bahawa Panglima Angkatan Tentera (ATM) turut memberi sokongan kepada pakatan pembangkang. Kami turut dibohongi yang salah seorang Timbalan Speaker akan mempengerusikan usul undi tidak percaya dan akan menyokong Pakatan Rakyat ambil alih kerajaan,” katanya ketika membahas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin pada Sidang Dewan Rakyat yang bermula kelmarin.

Pada peringkat itu, suasana menjadi kecoh apabila Anwar meminta dirinya tidak dikaitkan dengan perkara itu dan berjalan keluar Dewan."Kami diperdayakan dengan cerita Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di istana untuk mendapat pengesahan jumlah Ahli Parlimen yang akan melompat. Anwar juga mendakwa baginda merestuinya menjadi Perdana Menteri"

Zahrain Mohamed Hashim
Ahli Parlimen Bayan Baru

Zahrain yang menyambung perbahasan berkata, ketika itu beliau benar-benar kecewa dengan Anwar dan bermula daripada episod itulah beliau mula mencurigai kepemimpinannya. Beliau juga menganggap Anwar sebagai manusia yang memakai pelbagai topeng bagi menunjukkan beliau adalah juara memperjuangkan Islam dan keadilan.  Anwar katanya, mempunyai topeng raksasa sehingga mampu memperdayakan ahlinya supaya melupai bahawa ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau pernah menggelar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai ulama terompah dan menyokong pemecatan bekas Mufti Selangor, Allahyarham Datuk Ishak Baharom.

Beliau berkata, Anwar dalam mencapai cita-citanya untuk mengejar impian ke Putrajaya sanggup melakukan apa saja.  “Cita-cita ke Putrajaya itu akan menjadi mimpi ngeri kepada Anwar,” katanya yang akan menyambung perbahasannya hari ini.

windi's note:
Politik itu kotor. Sekejap kawan sekejap musuh. Rakan sejak zaman sekolah boleh jadi musuh sekelip mata. Namun rakyat tidak harus emosional kerana....golongan Socialite yang bergiat dalam politik ini bijak. Mereka tahu membezakan urusan politik dan peribadi. Nampak seolah mereka akan bermusuh sampai mati. Tapi  bila OFF saja hal politik, mereka akan kembali normal, bergaul seperti biasa seolah tiada apa-apa yang berlaku.  Rakyat saja yang bergaduh bagai nak rak untuk menegakkan ideologi politik masing2.

No comments:

Related Posts with Thumbnails