CHECK IT OUT!

Wednesday, March 3, 2010

Ikan Mejik you...


GAMBAR yang dirakamkan oleh Christine Balmer dan disiarkan oleh sebuah akhbar menunjukkan sejumlah ikan yang gugur dari langit di Lajamanu, Australia.


LAJAMANU, Australia - Seramai 650 penduduk di sebuah kawasan pedalaman Australia, Lajamanu terkejut beruk apabila beratus-ratus ekor ikan jenis spangled perch gugur dari langit.

"Beratus-ratus ekor ikan jatuh di merata-rata tempat. Penduduk berlari pecut ke sana sini  mengalahkan Usain Bolt untuk mengutipnya. Semua ikan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan semasa jatuh ke tanah". 

"Justeru, ia semestinya masih hidup sewaktu 'terbang' di udara. Apa yang boleh saya perkatakan ialah saya bersyukur tidak dihujani dengan buaya!," kata Balmer, salah seorang saksi yang mengalami kejutan tahap cipan. 

Seorang ahli meteorologi yang gemar makan ikan sadin berkata, insiden itu mungkin disebabkan oleh puting beliung. Bukan sesuatu yang aneh bagi puting beliung untuk menyedut air dan ikan dari sungai sebelum menjatuhkannya pada jarak ratusan kilometer jauhnya. 

"Sebaik sahaja ikan-ikan itu masuk ke dalam sistem cuaca, ia mungkin beku. Selepas beberapa tempoh, ikan-ikan tersebut 'dilepaskan'," kata Mark Kersemakers yang masih solo, dari Biro Meteorologi Australia.

No comments:

Related Posts with Thumbnails