Tan Sri Muhyiddin "Serious man for a very serious job"
1999 merupakan tahun yang sangat bersejarah buat saya. Why? Kerana pada tahun itu saya dan teman2 semaktab (belum IPG lagi) berpeluang mempersembahkan pantomin kami dihadapan semua pelajar Maktab Perguruan Keningau dan juga Pengetuanya Puan Aminah Musally. Selaku pelajar TESL, Kami membuat persembahan dalam Bahasa Inggeris.
Tajuk Pantomin kami ialah Snow White and Seven nenek Kebayan. Kelakar tak hingat you! Penonton berdekah2 ketawa kerana rakan2 saya memang pandai berlakon dan saya memang pandai menulis skrip (nguahaha! Angkat bakul pulak Halimah Jongang ni).
Tak sangka saya boleh buat skrip lawak sebab bila tengok dari luar serius n garang semacam..Bila scan kat dalam baru tau banyak soket on off...itulah orang putih bilang, 'dont judge the book by its cover'.
Demi menghargai peluh masin kami yang menitis di pentas, pengetua menghantar kami menghadiri persidangan belia di Hotel Berjaya palace. Ingatkan persidangan kecil-kecilan. Rupanya peserta terdiri dari belia2 yang terkenal dan perasminya ialah Tan Sri Muhyiddin yang ketika itu menjawat jawatan menteri belia dan sukan.
Walaupun dia terkenal dengan imej serius tapi senyumannya waduh...manis sekali. Excited punya pasal, semasa TPM beredar keluar dan kebetulan melintasi barisan kami yang sedang berdiri tersengih2, kawan saya menjerit kecil "besar lehernya eh.." (slang Tawau). Suasana hening seketika....
Langkah TPM terhenti ngam2 di hadapan kami, berpaling ke arah kami, riak wajahnya heran2 kucing..Saya tersengih dengan nafas tertahan...(saya tak pasti reaksi kawan sebelah..ketika itu saya cuma pentingkan diri sendiri)..TPM tersenyum dan beredar...ahhh..legaaaa...
No comments:
Post a Comment