CHECK IT OUT!

Friday, March 5, 2010

Budak pemburu Pelanduk - siri 2


Sampai mana hari tu ah??? oya, mereka meneruskan perjalanan...

Gadis cilik itu berjalan dengan megahnya. Apa tidak megah, seluruh ahli keluarga memandang tak berkelip. Apa tak berkelipnya, gadis cilik itu menemani bapanya memburu di hutan dengan memakai gaun coklat paras lutut. Dipinggangnya juga tergantung sarung parang. Parang di dalamnya tak tajam pun. Saja je asal dia puas hati. Rasa macam best je..Lampu suluh kecil cap Harimau tu pun dah berkarat..janji ada.

Bayangkan bagaimana seorang pemburu berjalan di dalam hutan. Adakah mereka sentiasa mengacu senjata seperti di medan perang? Adakah itu yang anda bayangkan??? Maka ianya tak benar ya...sebab bapa si gadis cilik itu menjinjit senapang patah itu di bahunya. Laras senapang di depan, Kepala senapang di belakang. Adapun perjalanan malam itu mula menjadi tidak seronok bagi si cilik. Kepala senapang itu seringkali 'terketuk' di kepalanya. Tak sengaja..tapi sakit wei...benjol bah..Belum lagi nyamuk, duri, tunggul, semut merah. Paling siksa, haus dan penat..huhuhu..mana ada bawa bekalan. Ini bukan piknik.

Tapi budak pompuan tu tak merungut. Takut bapa marah. Dipaksa juga kaki  melangkah..dalam hati "ngantuklah woi.." Tapi buat2 segar je depan bapa. Kadang-kadang sambil berjalan sambil tidur. Dah jauh baru tersedar..hebat juga budak ni berjalan dalam tidur. Sudahlah langkah si bapa besar2 dan laju. Nasiblah ada lampu suluh sendiri. Harapkan si bapa, kadang-kadang jauh di depan. 

(Sambung lagi siri ke tiga..Finale..)

2 comments:

Mazidul Akmal Sidik said...

Salam, molek sudah menjadi pendidik. Kerjaya menuntut ilmu, kesabaran dan ketenangan jiwa.

...

That's what I think.

windi said...

Terima kasih..

Related Posts with Thumbnails