CHECK IT OUT!

Friday, March 19, 2010

SELESAIKAN MASALAH HOSPITAL QUEEN ELIZABETH !

Hospital Queen Elizabeth KK - Cepatkanlah!

DSP Joseph Pairin bertanya, bilakah masalah Hospital Queen Elizabeth dapat penyelesaian muktamad?

Jawapan yang diberi oleh Menteri Kesihatan adalah seperti berikut:

Permasalahan HQE akan selesai menjelang tahun 2013. Pada waktu itu sebanyak 2,235 katil akan dapat diujudkan untuk menampung keperluan rakyat mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang baik. Anatara langkag yangakan diambil ialah:

1) Melaksanakan 4 kerja-kerja di bawah "darurat" di mana 2 daripada projek tersebut telah siap dibuat, 1 projek dalam perlaksanaan dan 1 projek akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Jika siap Blok Menara yang sedia ada di HQE akan beroperasi seperti sediakala.

2) Telah membeli Sabah Medical Centre (SMC) yang akan dikenali sebagai HQE2 pada bulan September 2009. Pengubahsuaian HQE2 ini akan dimulakan sebaik sahaja kontraktor dilantik. Pembelian HQE2 akan menambah jumlah katil sebanyak 284 katil untuk kegunaan orang awam.

3) Pusat jantung baru akan beroperasi di HQE2 pada April tahun 2010.

4) Blok menara Berkembar baru dalam proses tender dan dijangka siap dalam 30 bulan dari sekarang. Ini akan menambah jumlahkatil sebanyak 661 buah lagi.

5) Sementara itu, pesakit-pesakit telah dipindahkan kepada 4 buah hospital iaitu Hospital Mesra Bukit Padang,  Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, HQE2 (SMC) dan Pusat Penjagaan Lingzhi yang disewa oleh kerajaan.

Komen Abdul Rahman Dahlan (MP Kota Belud): Saya rasa kerajaan perlu mempercepatkan projek-projek ini kerana keadaan sekarang amat menyusahkan pesakit-pesakit. 30 bulan untuk membina menara berkembar agak lambat. Itu belum diambil kira jika berlaku kelewatan kerja-kerja konsultan, kontraktor dan sebagainya.  
 
Windi's Note: Sangat bersetuju dengan komen DARD. Satu lagi, nama Hospital harus ditukar kepada nama tempatan. Nama yang sesuai ialah  Hospital Besar Kota Kinabalu. Jika nama itu tidak ditukar, seolah Sabah masih di bawah penjajahan British. Malangnya, ada hati pula kerajaan untuk menamakan hospital kedua dengan nama Hospital Queen Elizabeth 2.

No comments:

Related Posts with Thumbnails