Selamat menyambut Chinese New year to all Malaysian..Hari sabtu (13 feb 2010) baru2 ni saya dan keluarga mengambil peluang cuti Tahun baru cina dengan bermalam di Tang Dynasty Hotel. Malam ahad kami meluangkan masa ke Centre Point. Hajat hati ingin membeli belah namun kami agak terkejut dengan kesuraman di Pusat membeli belah terkenal itu. 70% kedai bertutup rapat pintunya. Cinema, Ngiukee, KFC dan starbucks saja yang beroperasi. Lampu2 dilorong2 semuanya 'shut down'. Malap sangat!
Anak2 merengek lapar. kami membawa mereka ke restoran makanan melayu namun tidak ada makanan dijual kecuali pesanan khas. Itupun 30 minit peruntukan masa. Kami beralih ke KFC. Beratur untuk membeli makanan sampai 20 minit. Itupun dalam suhu yang punyalah panas!! Sampai giliran, saya bertanya pelayan KFC, kenapa panas ni? aircon rosak ka? Dalam sengihan dia menjawab, "pintu depan dah tutup sis..semua kedai tutup awal". Kesimpulannya mungkin air con pun dikurangkan demi penjimatan kos operasi bangunan.
Kemudian tiba masa kami menonton wayang. Ingatkan di KFC saja yang panasss..rupanya di cinema pun panasss juga! kalau saya tahun macam ni, takkan saya menjejakkan kaki ke centre point semasa malam tahun baru cina.
Esoknya, kami ke 1Borneo. Di sini ramai sungguh manusia. Air con pula 1st class..sejukkkk..Kami terpaksa meletakkan kereta di tingkat paling atas kerana di bawah sudah penuh. Untuk membeli tiket wayang suami terpaksa berbaris sampai di Lot Kedai Borneo rainforest. Punyalah panjang barisan! saya pun berbaris juga di mc donald untuk membeli aiskrim. Sampai giliran saya, pelayan Mc donald berkata, "sorry sis, aiskrim masih cair". Senaman free pula saya sebentar tadi..Terpaksa membawa diri menonton tarian singa. Begitu pun kami tidak berjaya menyelit di celah2 ratusan orang yang mengelilingi Centre Artrium.
Jam 5.30 petang kami masuk ke cinema menonton little big warrior lakonan Jackie Chan. Di sekeliling kami majoritinya ialah kalangan berbangsa cina bersama2 anggota keluarga masing2..lengkap dengan pakaian mereka yang bermacam fesyen. Tidaklah simple seperti kebiasaannya. Terlihat juga kelibat beberapa orang taukeh dari KBelud, turut sama menonton wayang bersama keluarga. Baru sekarang saya tahu, rupanya menonton wayang juga merupakan salah satu program utama mereka semasa CNY..
No comments:
Post a Comment