CHECK IT OUT!

Tuesday, April 20, 2010

PENDIDIKAN SEKS


KUALA LUMPUR - Pendidikan seks tidak perlu dijadikan sebagai subjek khas di sekolah-sekolah kerana ia sudah terdapat dalam pengajaran agama Islam, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, subjek khas mengenai seks tidak perlu tetapi memadai dengan menjelaskannya dengan baik mengenainya supaya anak-anak faham dan tidak mudah terpengaruh dengan nafsu. Menurut beliau, dalam subjek agama Islam boleh dimasukkan perkara-perkara yang mengajar anak-anak berdisiplin dan mengawal nafsu kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam. 

WINDI'S NOTE:
saya tidak bersetuju dengan PPSMI ilham Tun Mahathir. Namun dalam hal pendidikan seks ini saya sangat bersetuju. Cukuplah isi subjek itu di selitkan sebagai salah satu chapter dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

2 comments:

anisyazila said...

sokong...ekceli PPSMI ada pro and kon..cuma rasanya lebih relevan tekankan saja BI dalam subjek tu sendiri.. pasal pendidikan 18SX mmg dalam subjek PI dah ada topik KAHWIN.. so, bleh masuk di situ..tak perlu ada topik khas..kan windi.. ;-)

windi said...

eh, masih stay up ka? pendapat jojo i sokong.

Related Posts with Thumbnails