CHECK IT OUT!

Friday, April 30, 2010

Low prices everyday

Sabun cuci jenama Daia dijual di kedai XYZ = RM13.00
Sabun cuci jenama Daia dijual di kedai ABC = RM12.99

Mana satu pilihan hati anda? Mestilah anda gembira membeli di kedai ABC kan. Pertama kerana harganya murah satu sen (10 kali beli dah jimat 10sen) Kedua, setiap hari Kedai ini mengindoktrinasikan pengguna dengan slogan  Harga murah setiap hari, Sayur kacang buncis, 99 sen sahaja. Muraaaahhhh memanjang. Siapa tak happy?

Tapi, kita semua tahu, negara kita mengamalkan sistem bundar. Jika harga barang 54 sen maka automatik ia digenapkan kepada 50 sen. Barang berharga 56 sen akan digenapkan kepada 60 sen. Bagaimana pula dengan 99 sen? Semestinya harga sebenar ialah RM1.00. 

Bayangkan surirumah yang berkunjung ke kedai ABC kerana penangan RM12.99 (Nombor 12 yang kelihatan lebih murah dari 13) walhal bila membayar dikaunter, harganya tetap RM13.00. 

Adakah ini satu jenis pernyataan harga yang jujur? Memanipulasi harga dengan penggunaan nilai 99 sen? Mengapa tidak nyatakan terus harga barang itu mengikut harga sebenar? Apabila sesuatu kenyataan itu tidak benar seperti dinyatakan bukankah ia satu pembohongan dan penipuan? Kalau iya, mengapa dibiarkan?

Windi's Note:
Suka Shopping di pasaraya Gergasi? Low prices Everyday.

5 comments:

BUJANG SUSAH said...

mohon copy yer.. satu lagi nak tanya.. puan windi ni dah kawin ke?

gadis borneo said...

haha...sempat tya suda kawin ka blm...lol....

btul tu...pndai dorg kc manipulasi tu harga...adat berbisnis konon...sy sendiri kdg2 tertipu...jumlah harga...5.93. pun kena bundar jg p 5.6....3 sen rugi...adeh...ni gara2 harga..yg ada ujung 0.01 la ni...

windi said...

i ni dah beranak dua bang...

windi said...

gadis borneo: itulah bah kan..masa kena bundar tu lah frust. lari bajet.

BUJANG SUSAH said...

hehehee.. saja jer tanya.. sb tgk kat profile xder cerita dah kawin pun.. hehehhee.. ok selamat maju jaya utk blog anda.. wassalam.

Related Posts with Thumbnails