Siapa pernah makan mee megi? Apa punya soalan daaa...Sudah gaharu cendana pulak kan...Sume orang pernah makanlah. Anak datuk2, Tan Sri2, jutawan2, tak taulah pulak..
Masa kat maktab dulu, saya selalu pekena megi jenama ni. Very affordable to those yang sengkek. Maklumlah, elaun masa tu, RM275 je sebulan. Dah tu, kalau elaun lambat masuk, megi pun belah empat! One piece for breakfast, 1 piece for lunch, 1 piece for dinner, 1 piece for supper. The very the suffer you..
Kalau elaun dah kena potong macam2, bayaran MGP lah, sewa biliklah, blazer lah, batiklah, bersih2 RM100 lebih je dapat. Megi inilah kitaorang layannn..The cheapest halal megi in town! Bila saya bawa balik megi ni ke asrama, kawan2 semua guling2 gelakkan Megi Murahku. Takpa korang..Lapar2 nanti jangan carik aku yea...
ASAL USUL MEGI
Pernah tak semasa anda sedang membaham megi dengan syahdunya, tetiba anda terfikir..siapa agaknya yang telah mencipta formulasi mee megi cepat dimasak sedap dimakan ni? OK, saya terjumpa artikel ini dalam blog MalaysiaKini . Oleh kerana saya ni caring so rasa nak sharinglah pulok (Oh, really?)
kekurangan makanan dalam zaman pasca peranglah yang melahirkan mi segera. Teknologi menyedikan mi segera ini dipelopori Momofoku Ando pengerusi syarikat Nissin Food. Kuasa Perikatan di Jepun pada masa itu menggalakkan rakyatnya makan roti gandum, yang perlu diimport daripada Amerika. Bagaimanapun Ando memperkenalkan mi pra-masak itu bagi membolehkan warganya terus menikmati mi, yang lebih dekat dengan selera masyarakatnya. Sehingga 2008, dianggarkan sebanyak 94 juta hidangan makanan itu dimakan setiap hari di seluruh dunia.
Windi's Note:
Lagu Iklan popular dulu2 "Mee yang mana satu yang sedap dimakan, Mee Lee Fah yang sedap dimakan"
Lagu iklan Megi spagheti yang tak berjaya menambat hati masyarakat "Tuang air dulu2x, tunggu mendidih2x, masukkan mee..Perencah sup..Tunggu lima minit..lima minit2x.."
12 comments:
maggie ni la yang mmbantu time sesak..haha
Ini lagu maggi yang masih segar di fikiran.
"Mee Maggi Cepat dimasak, sedap dimakan".. heheh. Memang favret la maggi laksa.. tetap menjadi pujaan hati
Ini lagu maggi yang masih segar di fikiran.
"Mee Maggi Cepat dimasak, sedap dimakan".. heheh. Memang favret la maggi laksa.. tetap menjadi pujaan hati
MEGGI GORENG SATTUUUU WINDIIII........
Salam.
Anak2 kami pula pelahap meegi ni Winddi. Kalau tak kontrol hari-hari mereka mau.
Hehe! perencahnya tinggi ajino...ta boleh kerap sangat makan.
betul tu etuza. ajinomoto tu yg buat megi tu sedap. tapi bahaya.
dayang : memanglah paling2 membantu sebab lambat expire n murah.
steward: haha. saya pun minat laksa ooo...
keli : jgnkan satu, dua pun boleh.
dah lama rasanya tak makan meggi...
'mee sedap i love it'
hahaks. itu baru best.
tapi kalau megi dimakan dengan sayur akan jadi berkhasiat. so tambah sayur. hik2
tehr : saya pun. burrpp..eh bau megi?
eqah : mee sedap mmg best! ada bau limau.
u mmg hebat la...
bolh kaji pasal maggie?
hye....saye singah+komen+follow++++++++trafik
Sheypull : pernah jadi tokeh jual megi masa di asrama sekolah tau...hehe
Post a Comment