CHECK IT OUT!

Sunday, April 18, 2010

ACHIK SPIN MENINGGAL DUNIA


ACHIK bersama sahabat baiknya, Nana.


SEREMBAN – Penyanyi Abdillah Murad Md. Shari, 27, atau Achik Spin yang popular dengan lagu Janji Kita, maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini lewat petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki Achik dikatakan terbabas ketika dia bersama seorang rakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Green Street Homes, Seremban 2 di sini.

Akibat kemalangan itu, Achik dikatakan tercampak keluar dari kenderaan sejauh kira-kira lima meter sebelum MPV itu terbakar dan meletup.Kemalangan itu juga menyebabkan Achik cedera parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah berkata, semasa kemalangan, mangsa menaiki kenderaan tersebut bersama seorang rakan dikenali sebagai Mohd. Salihin Shah Mohd. Salleh, 29.

WINDI'S NOTE:
Dia pergi dalam usia yang begitu muda. Ajal maut ditangan tuhan. Tiada sipa yang dapat menjangka apa yang akan terjadi kepada kita hari ini, esok, lusa, tulat dan seterusnya. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat olah Allah SWT. Marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah kepadanya.

7 comments:

anisyazila said...

Al-Fatihah... takziah untuk keluarga Arwah.. :-(

Unknown said...

Al-fatiha.
Benarlah kita semua berhadapan dengan kematian yang nyata. Beramallah dengan kebaikan sebagai bekalan ke akhirat sana.

Oh ya Winddi..rupanya Halimaton ka tu. dah kembali pula ke angkuan ibunya kan. HUk! tulah dalam hati saya tak ke mana tu. Harap dia kuat. Kerana manusia dan jin ada juga bertopengkan syaitan lakntullah. Berbohong dan macam2 tipu daya.

Anonymous said...

hi comelnya org sabah ke org semenanjung ni he he he jgn suka tengok gambar cina bogel tu....

windi said...

Cina bogel?

windi said...

etuza : yakan. halimahton dah pulang rumah. Dari kenyataannya seolah2 dia kena pugai.

Hot Mama said...

Takziah...td br tgk kt melodi..

isteri dia kata achik tel suruh bersiap katanya nk bw isteri dia n anak2 keluar..

huhuhu tgk2 nk bawa gi keluar tgk jasadnya di hospital..sedihnya...

windi said...

ya. itu juga yang terlintas di fikiran semasa tgk melodi tadi. rupanya suruh bersiap pergi hospital.

Related Posts with Thumbnails