CHECK IT OUT!

Monday, May 31, 2010

KAPAL MAVI MARMARA DISERANG ISRAEL

Dua belas rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel. Mereka termasuk dua wartawan ASTRO AWANI di Malaysia.

Mereka adalah sebahagian daripada misi 11 anggota yang dinamakan Lifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza. Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007. 
 
WINDI'S NOTE: 
Israel memang kejam dan gila. Orang tidak bersenjata pun dibunuh. Alasan, kapal itu bawa senjata?! Alasan lapuk seperti yang digunakan untuk menyerang Iraq. Terserlah sikap Israel yang sebenar dan inilah yang berlaku juga kepada rakyat Palestin.

Sunday, May 30, 2010

DEMAM KAWEN DICUTI SEKOLAH

Masa korang kecik2 dulu pernah tak korang main kawen2. Masa bersanding olok2 tu rambut penuh dengan bunga2 hutan. Lepas tu 'mak andam' tenyeh bunga raya kat bibir korang kasi merah ala2 lipstik. Yang lelaki pulak, sebagai ganti tengkolok, buat gelung dari pokok lilit, pastu tempek atas kepala, ala2 orang Rom. Kahwin 10 minit, kipas2 kejap pastu bercerai sebab emak suruh pulang makan tengahari.

Tanyalah budak2 sekarang, ada lagi kah yang main kahwin2. Mesti diorang gelak guling2. Budak sekarang main PS2. Paling tidak pun main video game kat komputer. Kecuali yang tinggal betul2 di kampung, ada harapan lagi diorang merasa main kejar2 atau polis sentri.

Kenapa saya tiba2 tulis pasal kahwin ni? Well, setiap kali menjelang cuti sekolah ada saja jemputan kahwin yang diterima. Dari jauh, dari dekat. Kawan lama, kawan baru, kawan kepada kawan dan macam2 kategori lagi. Setakat ini sudah 5 jemputan yang saya terima. Belum lagi suami saya.  Bersyukurlah orang masih ingat kita kan. Kalau orang lain sibuk kumpul kad jemputan kita pula selalu jadi mangsa kehabisan stok, nampaknya kenalah muhasabah diri. Bagaimana kita layan orang lain atau adakah selama ini kita pernah datang kalau orang jemput?
 
Hari ini saya menghadiri majlis perkahwinan seorang teman sekerja yang saya anggap seperti adik saya sendiri kerana pembawaannya yang tidak jauh berbeza dengan adik2 lelaki saya. Selamat pengantin baru buat RAMIZU ABDUL WAHID dan Pasangannya MARTENEY HJ UYUN. Semoga perkahwinan kamu sentiasa dilimpahi cahaya cinta dan kekal sehingga ke akhir hayat.

Saturday, May 29, 2010

Millatfacebook (pakistan) VS Facebook (USA)

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini. Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu. Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Windi's Note:
Selepas membaca berita di atas, saya cuba2 membuka MillatFacebook.com dan mendaftar sebagai ahli. Saya ingin merasai pengalaman 'mensurf' laman web yang di cipta orang Pakistan dan meninjau setakat mana kehebatan produk mereka ini.

Kesimpulannya, ianya produk baru yang masih banyak kekurangan dari segi aplikasi ICT. Saya sendiri pun serasa sesat dalam akaun sendiri. I don't know what is going on selepas menaip entry dan klik sharing dengan semua 24, 000 ahlinya. I felt lonely sebab semua rakan ada di Facebook. Ternyata pakar ICT mereka masih bertungkus lumus menyudahkan baby project ini.

Walaupun begitu saya rasa ini merupakan cara yang terbaik untuk mengajar si Zuckerberg cara menghormati sentimen manusia lain di dunia ini. Ianya sejuta kali lebih baik daripada perbuatan ganas seperti mengebom bunuh diri atau menumbuk orang Yahudi yang di jumpai di jalan raya (marahkan nyamuk kelambu di bakar). Biarlah genius lawan genius kan...Sebab jika tersilap langkah, sudah pasti USA akan mengambil peluang untuk campur tangan dan 'buat macam rumah sendiri' seperti di Iraq.

Bagi sesiapa yang berhajat untuk meronda2 website baru ini, silalah klik http://www.millatfacebook.com/windi/.

Friday, May 28, 2010

SITI DAN ADIK BERADIK BERDUET, SIAPA LEBIH BEST?

 Pada tahun 1997, Siti Nurhaliza sangat  fofular di negara kita. Sayalah antara peminat yang sanggup bergolok gadai (maklumlah, masih menuntut) membeli majalah jika Siti menjadi covernya. Walaupun begitu Siti tidak begitu fofular di kalangan pelajar TESL kerana mereka lebih meminati artis barat. Saya tidak peduli kerana bagi saya bakat Siti terlalu besar untuk tidak di hargai. Semasa Siti mengumumkan Datuk K sebagai cowoknya, saya the very the kaciwa lah jugak. Ingatkan cowoknya si Anuar Zain atau Fazley Yakob. Rupanya...Pak Misai. Apa boleh buat, dah jodoh kan. Hinggalah saat ini saya masih lagi meminati Siti Nurhaliza. Suaranya masih memukau  walaupun lagu dari album terbarunya tidak berapa ngam di jiwa saya. TAPI, saya masih meminatinya dan oleh itu buat kesekian kalinya saya menguploadkan video nyanyiannya di blog ini. Kali ini agak istimewa kerana 4 orang adik beradik Siti turut sama mendendangkan lagu..So, layannnn.....




Thursday, May 27, 2010

KOSMETIK POPULAR BERACUN


KUALA LUMPUR: Enam produk kosmetik keluaran empat syarikat dikesan mengandungi racun berjadual tretinoin dan hydroquinone yang boleh membahayakan kesihatan, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A Rahman.

Beliau berkata, enam produk itu ialah Khazanah White Pembersih Wajah, Gloskin Krim Malam & Siang, Reena's Astringen Lanjutan, Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk, EETYE Whitening Cream dan O'Lynn Skin Lightening Cream.

Sebelum itu, produk Felisa Gentle Peeling Solution, Krim Malam Rahsia Rimba, Biocosmet Whitening Essence Cream, H2O + Waterwhite Brightening Night Cream, Magixpress Lightening Plus, A.Vant Cream, Eriesya Spa Beauty Cream, Natasya Krim Herba, Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya, Ratna Sari Whitening Night Cream dan Chantique Whitening Night Cream turut di batalkan pendaftaran atas sebab yang sama.
 
Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit menggelupas dan hipertensif kepada cahaya matahari.

Hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi yang mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit.

Windi's Note: Wahhh..ada yang saya pernah pakai lah..check2..lihat sapa yang kena!

Wednesday, May 26, 2010

Guru paling cantik!

 My ex student. Clarynna Clemeus (Saja2 letak untuk hiasan) semasa Pertandingan Unduk Ngadau@ratu cantik khas buat gadis kadazanDusun sempena Pesta Menuai.

Hari ini sekolah kami merayakan Hari Guru peringkat sekolah. Sangat ringkas dan sederhana namun meriah namun sangat bererti buat kami warga pendidik. Antara acaranya ialah anugerah guru dalam pelbagai kategori. Guru paling berdisiplin, tegas, penyayang, baik hati, pemurah, fofular, lucu, cantik, kemas dan bergaya. Bukan serius sangat pun. Just for fun! Penerima anugerah dipilih berdasarkan undian para pelajar.

Maka al kisahnya, tiada angin tiada ribut, tetiba nama saya diumumkan sebagai guru paling cantik. Hah? mata budak2 ni dah rabun ke..atau mereka dapat merasai my innershine..hehe..perasan betul. Ada ramai lagi cikgu yang muda2 dan still in shape. Dengan malu2 kucing siam saya pun tersengih2 mengambil hadiah. Sempat lagi pulak melambai2 bak Miss World. Saja je buat lawak...
 
Sebenarnya ada rahsia di sebalik hadiah itu. Semasa mengisi borang undian, macam2 soalan yang ditanya oleh pelajar. Dek kerana jenuh menjawab, dengan niat bergurau senda, saya menjadikan diri sendiri sebagai contoh. "Kalau kamu rasa cikgu yang paling cantik, kamu tuliskan nama cikgu di dalam kategori itu" Para pelajar ketawa tersengih2. Seolah mereka faham gurauan saya. Tak sangka pulak budak2 ni lurus bendul.

Moral of the story, rajin2 pergi facial supaya tahun depan dapat anugerah lagi. Hahaha...


Tuesday, May 25, 2010

MAKAN HIDUP HIDUP


Jessica James (kiri) dan Ellancy Ann memakan ‘ulat sagu’ atau ‘butod’ yang masih hidup di Dewan Hongkod Koisan, dekat Penampang, baru-baru ini. 


Jessica James, 23, (kiri) dan Ellancy Ann, 17, dari Kampung Hubah terpaksa memakan ‘ulat sagu’ atau dalam bahasa KadazanDusun dikenali ‘Tutod’ yang masih hidup bagi melayakkan mereka untuk mengikuti Pertandingan Menyahut Cabaran Makanan Tradisi sempena Perayaan Pesta Kaamatan di Dewan Hongkod Koisan, Penampang, baru-baru ini.
Acara ini adalah paling sukar dan bersejarah bagi mereka kerana tidak pernah memakannya sebelum ini. Bagaimanapun mereka berjaya menelan ‘Tutod’ walaupun hanya seekor dan meraih hadiah tempat keempat.

Sunday, May 23, 2010

Siapa sebenarnya ADIRA AF8?


NAMA: Siti Adira Suhaimi

NAMA PANGGILAN: Adira

TARIKH LAHIR: 19 September 1991

TEMPAT LAHIR: Hospital Ranau, Sabah
UMUR: 19 tahun

BANGSA: Kadazan/Dusun
AGAMA: Islam
TINGGI: 152 cm
BERAT: 48 kg

STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Lepasan SPM

PENDIDIKAN TERTINGGI: SPM

NAMA BAPA: Suhaimi Rajiman

PEKERJAAN BAPA: tidak diketahui kerana berpisah dari kecil
NAMA IBU: Rujinah Sarungin (59 tahun)
PEKERJAAN IBU: Bekerja Sendiri

ADIK BERADIK: 8 orang (anak bongsu)

HOBI: Dengar radio, makan, tidur & berangan
GAMBARAN PERIBADI: Pendiam, pemalu, aktif, penyayang
MAKANAN KEGEMARAN: Cheeze wedges

MINUMAN KEGEMARAN: TC ais

MUZIK KEGEMARAN: Pop Punk
PELAKON LELAKI KEGEMARAN: Farid Kamil & Apek Senario
PELAKON PEREMPUAN KEGEMARAN: Fasha Sandha & Scha Al-Yahya
PENYANYI LELAKI KEGEMARAN: Tiada
PENYANYI PEREMPUAN KEGEMARAN: Stacy
FILEM/DRAMA KEGEMARAN: Awan Dania
FESYEN KEGEMARAN: Simple
WARNA: Putih, Biru & Hitam

10 Jawapan Nakal Adira
1. Jika anda menjadi juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Siapakah orang pertama yang anda akan peluk dan apakah perkataan yang bakal diluahkan kepada orang tersebut? Mengapa?

Rakan-rakan sebab mereka je lah yang akan berada dekat dengan saya pada masa itu. Oppss..ehhehe bukan sebab itu sahaja tapi kan sudah lama sama-sama jadi kongsilah kegembiraan.

2. Sekirannya anda diberi pilihan memilih pasangan hidup dikalangan bintang Akademi Fantasia, siapakah calon yang paling anda mahu jadikan dia isteri atau suami? Mengapa?

Akim sebab akim hensem, suara sedap, relaks hehe sebab suka tengok Akim haha lagi satu aku sudah jatuh cinta sama Akim hehehe.

3. Andaikata suatu hari anda terdampar di sebuah pulau dan ada hanya mempunyai satu orang saja untuk dihubungi. Siapakah orang tersebut? Mengapa?

Abang kandung sebab dia tidak mau biar adik dia lama-lama dipantai kan hehe lagi satu sebab paling rapat lah.
4. Jika anda mahu mimpi yang indah, apakah mimpi yang anda mahukan setiap hari? Mengapa?
Berada di tengah-tengah bunga-bunga yang banyak kerana tenang dan cantik pemandangan.

5. Apa yang akan anda lakukan dalam masa sehari sekiranya anda menerima wang tunai sebanyak RM100,000. Mengapa?

Separuh darinya saya simpan lepas itu jalan-jalan cari makan, shoping hehe bawa keluarga jalan-jalan melancong sehari haha

6. Jika anda diberi peluang untuk temujanji dengan orang yang paling kacak atau pun cantik, apakah konsep kejutan yang anda akan lakukan? Mengapa?

Konsep yang sederhana, tenang, tidak ramai orang, selesa heheh.. yang penting dapat makan makanan sedap haaa di mana-mana jalan yang penting ada lagu slow..di kopitiam restoran pon boleh
7. Andai kata anda diculik dan penculik tersebut meminta anda memilih sama ada racun atau pun asid. Apa yang anda akan pilih? Mengapa?

Racun sebab tidak mengambil masa yang lama untuk bertemu ajal hehe..manakala asid mengambil masa yang lama dan juga amat dirasakan keperitan.
8. Sekiranya ada nampak seorang lelaki memakai pakaian perempuan, apakah pandangan anda terhadap lelaki tersebut? Mengapa?

Biasa ja sebab banyak yang berpakaian perempuan kan..hehe hairan juga siket tapi sudah biasa hehe

9. Jika seorang artis datang kepada anda dan mengatakan dia menghadapi masalah cinta. Sebagai doktor cinta, apakah nasihat anda sekiranya dia mahu anda menjadi pengganti kekasihnya?

Saya akan suruh dia itu mengambil masa pergi bercuti dan bagi ruang dengan diri dia sendiri. Suruh dia relaks hehe..itu jelah yang mampu aku cakap sebab aku tidak berapa teror kalau hal cinta-cinta..

10. Mungkinkah anda akan mengundur diri sekiranya anda tahu kerjaya sebagai artis tidak mendatangkan kebahagian selamanya buat diri anda? Mengapa?

Ya...sebab bukan sampai mati mau jadi artis nanti tidak terkahwin haha
Kalau artis terus emm nanti cemburu-cemburu pula haha..

Siapa sebenarnya SHAHIR AF8

Tak malu nak mengaku, saya sedang kejar rating nih..tengah2 nama Shahir malatoppp! Astro pun sama jugak tau. Tengah2 pelajar2 ni masih panas2 macam goreng pisang panas, Astro dah siap packing CD single diorang nih. Gerenti laku!...Ok, Mari kita siasat siapa sebenarnya SHAHIR nih. Let's go!

NAMA: Ahmad Shahir Zawawi
NAMA PANGGILAN: Shahir
TARIKH LAHIR: 5 September 1988
TEMPAT LAHIR: Hospital Besar, Ipoh, Perak

UMUR: 21 tahun
BANGSA: Melayu
AGAMA: Islam
TINGGI: 168 sm
BERAT:  65 kg
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Pelajar Pusat Asasi, UIA
PENDIDIKAN TERTINGGI: Diploma (Kejuruteraan)

NAMA BAPA: Zawawi Abdullah (54 tahun)
PEKERJAAN BAPA: Guru
NAMA IBU: Mahanum Osman (45 tahun)
PEKERJAAN IBU: Surirumah & pengasuh
ADIK BERADIK: 5 orang (anak pertama)
HOBI: Merancang masa depan
GAMBARAN PERIBADI: Senang percaya orang dan akhirnya senang tertipu & bertanggungjawab
MAKANAN KEGEMARAN: Sotong Pedas
MINUMAN KEGEMARAN: Fresh Orange

MUZIK KEGEMARAN: Balada
PELAKON LELAKI KEGEMARAN: Zulhuzaimi
PELAKON PEREMPUAN KEGEMARAN: Azean Irdawaty
PENYANYI LELAKI KEGEMARAN: P.Ramlee

PENYANYI PEREMPUAN KEGEMARAN: Rossa
FILEM / DRAMA KEGEMARAN: Adnan Sempit & Balqis
FESYEN KEGEMARAN: Nusantara
WARNA: Biru

10 Jawapan Nakal Shahir
1. Jika anda menjadi juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Siapakah orang pertama yang anda akan peluk dan apakah perkataan yang bakal diluahkan kepada orang tersebut? Mengapa?

Ayah dan ibu, saya amat merindui mereka dan saya berjaya kotakan janji saya terhadap mereka untuk menjadi juara AF8 kerana ini cita-cita dan matlamat saya sebelum menyertai ujibakat AF8.

2. Sekirannya anda diberi pilihan memilih pasangan hidup dikalangan bintang Akademi Fantasia, siapakah calon yang paling anda mahu jadikan dia isteri atau suami? Mengapa?

Heliza kerana dia mempunyai perwatakan yang sesuai untuk jadi seorang teman hidup yang baik kot.

3. Andaikata suatu hari anda terdampar di sebuah pulau dan ada hanya mempunyai satu orang saja untuk dihubungi. Siapakah orang tersebut? Mengapa?

Ibu, kerana ibu orang terpenting dalam penting saya dan sekurang-kurangnya jika saya tidak lagi berpeluang untuk bertemu keluarga saya dapat menyampaikan salam terakhir buat mereka.

4. Jika anda mahu mimpi yang indah, apakah mimpi yang anda mahukan setiap hari? Mengapa?

Mimpi bercinta dan menjalani hidup bersama Rianti Cartwright kerana saya amat meminati watak dan kecantikan beliau dalam filem Ayat-Ayat Cinta.

5. Apa yang akan anda lakukan dalam masa sehari sekiranya anda menerima wang tunai sebanyak RM100,000. Mengapa?

Beli motor atau kereta impian kerana saya pernah kehilangan motor kesayangan dan saya pasti akan berusha untuk memperolehinya semula.

6. Jika anda diberi peluang untuk temujanji dengan orang yang paling kacak atau pun cantik, apakah konsep kejutan yang anda akan lakukan? Mengapa?

Saya akan bawa beliau ke rumah kanak-kanak spastik dan di situ beliau boleh melihat dan bermuhasabah diri supaya timbul rasa insaf dan syukur bahawa Allah telah mengurniakan kepada beliau kelebihan dan keindahan rupa berbanding orang lain dan semoga beliau tidak lupa diri.

7. Andai kata anda diculik dan penculik tersebut meminta anda memiliah sama ada racun atau pun asid. Apa yang anda akan pilih? Mengapa?

Racun kerana saya lebih rela mati serta merta daripada mati diseksa scara perlahan-lahan.
8. Sekiranya ada nampak seorang lelaki memakai pakaian perempuan, apakah pandangan anda terhadap lelaki tersebut? Mengapa?

Jelik tetapi tidak menghukum kerana dia tidak meminta untuk dilahirkan sebegitu rupa. Mendoakan agar dia diberi petunjuk.

9. Jika seorang artis datang kepada anda dan mengatakan dia menghadapi masalah cinta. Sebagai doktor cinta, apakah nasihat anda sekiranya dia mahu anda menjadi pengganti kekasihnya?

Saya akan menasihati beliau agar tidak terburu-buru dalam memilih pasangan.  Cuba mengenal pasti dahulu latar belakang seseorang itu dan pastikan dia seorang yang baik dan sesuai untuk menjadi pasangan hidup beliau. Jika saya rasa dia seorang yang baik mungkin saya akan cuba menerima beliau sebagai sahabat sebagai permulaan.

10. Mungkinkah anda akan mengundur diri sekiranya anda tahu kerjaya sebagai artis tidak mendatangkan kebahagian selamanya buat diri anda? Mengapa?

Ya, kerana wang atau kemewahan tidak menjanjikan kebhagian duniawi dan ukhrawi. Yang penting kita gembira dan puas dalam mnejalani kehidupan seharian.

 Untuk pengetahuan anda semua SHAHIR ialah bekas ahli kumpulan nasyid SAUJANA yang terkenal dengan lagu 'keluarga bahagia'. pada 2009 Shahir mengundur diri atas komitmen beliau terhadap pengajiannya di universiti. Sebenarnya saya tak perasan pun kewujudan Shahir dalam group tu....atau pada masa tu dia tidak sehensem sekarang kut..

Awal lagi dah tau cikgu..

Sebentar tadi saya online 'mukabuku' dan tak semena2 keluar pop up window untuk chatting. Rupanya dari ICHA GURLZ. Murid saya di tahun 6. Perbualan kami lebih kurang seperti di bawah.

ICHA : salam cikgu.
Saya: Ai? belum tido lagi? (lupa pulak saya jawab salam kan...)
ICHA: Suda biasa.
Saya : Ada tengok AF ka tadi?
ICHA : Ada. Shahir menang.
Saya: cikgu geram Adira kalah.
ICHA: hehe ya. Tapi awal lagi dah tau Shahir menang, cikgu.
Saya : camna kamu bole tau?
ICHA : Awal lagi dah tau cikgu. Suara dia best kan..
Saya : Tapi cikgu lagi suka Maulana. Mama u suka sapa?
ICHA : Adira. Tapi mama bilang Maulana buruk. Bagus lagi Iwan.
Saya : hehe. Yakah.
ICHA : Ya. hehe..

Moral of the story:
(Budak ni memang suka menyanyi. The whole family suka karaoke.) So, kecil2 jangan disangka anak. Boleh  jugak dia agak keputusan final concert tu. Sudahlah tu, free2 mama dia cakap Maulana tu buruk (Maulana is my favourite too). Walaupun  mungkin dia berselindung di sebalik nama mamanya. hehehe....

Saturday, May 22, 2010

SHAHIR JUARA AF8


Konsert final AF8 baru 2 minit berlalu. keputusannya memang di luar jangkaan saya:
JUARA : SHAHIR, Naib Juara: ADIRA, Ketiga : Daus, Keempat: Maulana, Kelima: Iwan.

CORAT CORET FINAL AF8:
1. Persembahan Kedua Adira disifatkan sebagai persembahan terbaik, oleh para pengkritik. 

2. Sebaik diumumkan juara, airmata jantan Shahir mengalir di pipinya.

3. Saya tidak melihat persembahan kedua Iwan hinggalah Shahir kerana 'tertido'. Bantal itu sangat selesa...

4. Lagu pertama ADIRA "tiru macam saya" tak sesuai untuk Final concert. Kehabisan lagu ke?

5. Tidak lama selepas ADIRA membuat persembahan terakhir, undi ditutup. Pengundi berdasarkan kualiti tidak sempat undi banyak2.

6. Norman Abd Halim sebagai pengetua tidak seharusnya come in public dan pengaruhi orang untuk undi Shahir. Tidak pernah dibuat oleh pengetua2 lain sebelum ini. Sebagai pengetua dia sepatutnya menyokong semua pelajar dan tidak pilih kasih. 

7. Gimik Shahir terkeluar, kemudian di masukkan semula dan mendapat simpati pengundi=sama macam kes MAWI. 

8. Penaja memang pulun habis! Bijak sungguh BRAND memanfaatkan peluang sebagai penaja. Sudahlah peserta AF8 nyanyi lagu generasi cemerlang, Tetiba ada segmen persembahan oleh Hafiz, Akim dan Ro Ren dengan lagu yang sama tapi lagi kaw kaw dengan baju hijau dan latar hijau.

9. Semua pelajar menampilkan persembahan yang bersungguh-sungguh dan menghiburkan.

10. Hari konsert bersamaan dengan harijadi ADLIN AMAN Ramli, pengkritik yang diumpamakan sebagai SIMON COWELL Malaysia. 

11. Rambut Norman memang happening. Rebonding you allzzz...

JUARA AKADEMI FANTASIA 8

Saya baru saja surf blog GTO. Katanya tak minat AF tapi nak cuba try test teka pemenang AF8. Dia pilih Iwan. Maka saya pun merasa tercabar untuk menyuarakan pendapat. Walaupun tahap keminatan saya tak sama seperti AF2 dulu tapi saya masih mengikuti perkembangan mereka.

Inilah pilihan saya. Juara, ADIRA (walaupun Norman KRU @ pengetua, terang2 suruh orang undi Shahir), kedua SHAHIR dan ketiga MAULANA (gepren nya telah mengamuk sakan bila Maulana di gosipkan dengan AIN) . Keempat Iwan (gepren dia ni dengar2 gila glamor)  dan kelima Daus.

Apa2 pun kita lihat malam nih..Happy watching!!! Jom pekena secawan TEH !

Friday, May 21, 2010

JAGA KUBUR

Pagi tadi saya bersembang dengan seorang rakan guru yang baru kehilangan ibu mertuanya. Saya memberi ruang padanya untuk meluahkan kesedihan. That's what friends for, kan..Semasa arwah terlantar di hospital dan di rumah, rakan tadi telah mencurahkan seluruh tenaganya untuk menjaga arwah. Bukan senang untuk melihat seorang menantu bertungkus lumus sebegitu rupa. Sampai pucat lesi bila sampai ke sekolah dek berjaga sehingga lewat malam. Namun, beliau melakukannya dengan rela hati kerana menganggap ibu mertuanya itu seperti ibu sendiri (yang juga telah meninggal dunia).

Apa yang mencuit perasaan saya, rakan tadi sempat menceritakan kisah anak bujangnya (lelaki) yang ditugaskan menemani beberapa orang lelaki dewasa lain untuk menjaga kubur neneknya. Menurut adat bangsa Bajau di Kota Belud ( bagi keluarga berada) kubur simati harus di jaga selama 7 hari 7 malam bagi mengelakkan kejadian curi mayat. Pencuri mayat ini mungkin diupah oleh bomoh ilmu hitam. Walaupun kes curi mayat sudah jarang berlaku namun adat ini tetap di amalkan sebagai tanda penghormatan.

Suatu waktu dahulu penjaga kubur akan menghabiskan sepanjang malam dengan bermain daun terup atau berbual dan juga sudah tentu membaca surah2 terpilih. Yang penting mereka tidak tertidur walaupun sekejap. Berbalik kepada rakan saya tadi, kini terdapat aktiviti terkini bagi mengelakkan si penjaga kubur mengantuk. Nak tahu apa? Anak rakan saya tadi mengangkat Laptop dan broadband ke kubur neneknya dan membuka Facebook. Maka, bersembang2lah dia dengan sepupunya yang berada di rumah (rumah arwah) untuk mengetahui perkembangan masing2. Akhirnya, semalaman pun berlalu tanpa disedari. 

Saya tergelak dengan cerita rakan tadi. Sekurang2nya dalam kesedihan, ada juga perkara yang menceriakan hari mereka. Nampaknya pengaruh teknologi sudah merentas adat resam masyarakat tempatan.

Thursday, May 20, 2010

Bung Mokhtar Radin di penjara


Bung Mokhtar dan Zizie Ezette berjalan keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur selepas didapati bersalah berkahwin tanpa kebenaran mahkamah semalam.


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam selepas berpoligami tanpa kebenaran mahkamah melalui perkahwinan kontroversi dengan aktres Zizie Ezette Abd. Samad hujung tahun lalu.

Selain itu, Bung Mokhtar juga didenda RM1,000 atau penjara enam bulan kerana kesalahan bersubahat dengan Zizie iaitu berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk. Zizie pula didenda masing-masing RM1,000 bagi dua pertuduhan iaitu kesalahan bernikah tanpa kebenaran pendaftar dan kesalahan bersubahat poligami dengan Bung Mokhtar.

Windi's Diary:

Mungkin ramai yang bertepuk tangan dengan hukuman yang dikenakan ke atas mereka. Sapa suruh kahwin tak minta kebenaran kan? Paling tidak pun ramai yang berasa gerun, insaf  dan berazam tidak akan berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran kerana takut nanti akan dipenjara seperti Bung Mokhtar.

Entah mengapa saya berasa simpati juga pada Bung kerana beliau dijatuhi hukuman disebabkan berkahwin. Berkahwin....hemmm..bukan berzina pun. Tapi setiap negeri ada peraturannya. Kenalah patuh kan...Oya, apa khabar  Rita dan Zafuan?

Wednesday, May 19, 2010

Antara dadah, ajal dan seks

Pada pendapat anda, mana satu agaknya yang lebih menarik? DADAH, SEKS ATAU AJAL. Let me tell you my answer : 1st AJAL 2nd SEKS dan 3rd DADAH. Cerakinkan jawapan anda (teringat pula keywords soalan STPM).

Saya sedar blog ini  tak femes. Pernah saya membuka blog ini menggunakan komputer luar dengan menaip Windi's Diary. Tahukah korang, bukan Blog ini yang terpapar tapi blog Kaizen Shinobi dan Orang Muo. Saya follower blog diorang so agaknya pasal tu lah. Lagi pun page rank Kaizen level 3. Nampaknya saya kena belajar lagi teknik2 SEO. Okay, back to business.

Walaupun blog ni tak femes tapi saya pernah merasa detik2 dihujani uniqe visitors. Punyalah best! Semuanya kerana posting saya berkenaan Dadah, ajal dan Seks. Entry Dadah ialah berkenaan dengan penangkapan Benjy. Ramai orang tersesat masuk blog ni semata2 nak cari kisah Benjy. Adalah lebih kurang 500 uniqe visitor. Very mengujakan berbanding 20 ke 30 visitors sehari sebelum itu.
 
Selepas itu Entry tentang gambar seksi Suriani juga mengundang banyak visitors. Lebih kurang 700 visitors sehari for several days! Famous jugak Suriani ni kan. Sapa kata celebriti TV1 tak femes? Eleh..Harjit Singh Hullon lagi femeslah..hehe..

Hajat hati ingin berkongsi kesedihan dengan kehilangan Din Beramboi telah membawa thousands of uniqe visitors for almost a week!! Agaknya gelihati Otai blogger lihat dua batang tanda seru tu kan. Ada aku kisah? hehe...

Oleh kerana sebab-sebab yang disebutkan di atas, maka saya membuat kesimpulan bahawa  ramai orang suka nak tahu tentang berita kematian (tapi kematian orang2 yg femes je kut), Orang kita juga suka cerita panazzz dan kisah dadah. Tapi, sukacita dimaklumkan, orang kita paling suka kisah ARTIS sebab watak2 dalam kisah di atas semuanya ARTIS. Kalau Pak Kordi bergambar seksi, ada orang kisah?

Monday, May 17, 2010

Mengapa dengan BAJU MERAH?


Kacau bilau yang berlaku di Thailand sekarang ini semakin menjadi-jadi. Walaupun saya bukan orang Thailand dan tidak ada kaitan langsung dengan sesiapa dari Thailand namun setiap hari di sogok dengan berita tentang huru hara di Thailand membuatkan saya terfikir:

a) Abhisit kena belajar dari kerajaan Malaysia bagaimana untuk menangani perhimpunan haram. Sejak hari pertama baju merah berDEMO di jalan raya, sepatutnya pemerintah Thailand bertidak lebih tegas dan menangkap 'master mind' perhimpunan ini.

b) Ketika peserta Baju Merah di gempur tentera di manakah bekas perdana menteri mereka yang tersayang? Mungkin sedang bershopping sakan di timur tengah. Billionaire lah katakan.

c) Jika Thanksin betul2 sayang negaranya, perlukan dia mengapi-apikan mereka untuk membuat kacau di Bangkok? Dia tidak kisah pun kerosakan, kerugian dan kehilangan nyawa yang terjadi. Yang penting dendam kesumatnya terbalas. Baginya, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kamu gulingkan saya, nah sekarang  kamu terguling2. Rasain Loh!

d) Amat menyedihkan kerana orang Thai berbunuhan sesama sendiri. Dalam hal ini saya tabik dengan rakyat Malaysia. Walaupun nampak begitu taksub dengan politik, belum ada kes berbunuhan sesama sendiri. Baling2 selipar ke, botol mineral ke, biasalah tu...senaman tangan.

d)  Ada khabar-khabar angin mengatakan bahawa kebanyakan peserta Baju Merah adalah orang-orang kampung yang dibayar 500 baht. Oleh itu mereka merasakan Thaksin ini adalah penyelamat ekonomi mereka. Kesian...

e) Kalau tak silap, Tragedi Tak Bai terjadi semasa pemerintahan Thaksin. Pembunuhan ramai orang muslim di selatan Thai adalah pada zaman pemerintahan Thaksin. 

f) Apa yang Baju Merah mahu sebenarnya? wang? demokrasi? Thaksin? Perubahan angin politik? Siapa sponsor baju merah mereka itu agaknya ya? Kedai baju mana yang beruntung dapat kontrak membekal t shirt merah tu?

g) Lebih baik Abhisit call Najib malam ni dan minta tips menangani perusuh. Malu bertanya sesat jalan.  Ramai otai di Malaysia ni. 

h) Last but not least, saya bangga jadi Rakyat MALAYSIA. 





Sunday, May 16, 2010

Terkejut lihat caj baru

Nampak tak menu di atas? Inilah menu kegemaran kami sekeluarga. Affordable and reasonable dengan harga RM34.90. Tapi...emmm..sebelum ini rasanya menu sayur, fish kek dan tauhu ayam tak ada. Kalau mahu terpaksa buat side orders. So, ketika mengunjungi restoran ini hujung minggu lalu kami pun excited habis. Murah hati sungguh restoran ni. Mungkin diorang nak fight restoran lain yang ada di Malaysia. Sambil makan, kami tak habis2 memuji kemurahan hati restoran ini. Walaupun dalam hati saya terdetik juga "It's too good to be true".

Kemudian, perut dah kenyang..Bill Time! Saya berlenggang ke kaunter. Dah total dalam kepala RM34.90 + 5% gov tax = RM36.65. tot tet tit tut...cashier mengira jumlah dan RM 42.00 muncul di skrin. Eh? Why the because? Bila saya cek bill rupanya ada caj baru iaitu Servis caj. Eh sejak bila ni? Patutlah tiba2 baik hati tambah extra menu. Rupanya ada caj baru. Pada waktu itu saya rasa ditipu dan di paksa beli menu yang kita tak nak kemudian mencaj harganya dengan berselindung di sebalik nama servis caj. 

Bak kata Liyana Jasmay (semasa wartawan komplen harga makanan kat restoran bapanya mahal sangat), "kalau rasa mahal jangan paksa diri datang". Maksudnya, kalau tak mampu buat cara tak mampu. Dalam hal  ini, bukan saya tak mampu cuma saya terkejut dengan pelan pemasaran terbaru restoran ini. Kemudian  saya teringat semula tujuan perniagaan iaitu "menjana keuntungan maksimum".

Friday, May 14, 2010

MALAYSIA KEMPUNAN PIALA THOMAS

Sokongan hebat rakyat Malaysia

Juara olimpik Lin Dan (No2 dunia) menewaskan Chong Wei (No 1 Dunia) dalam perlawanan separuh akhir badminton Piala Thomas sebentar tadi. Pertandingan itu diumpamakan seperti Clash of the Titans kerana China menundukkan Malaysia selaku tuan rumah. Lagipun perlawanan itu adalah perhitungan 2 manusia terhebat dunia di pentas sukan badminton.

Apabila Lin Dan berjaya menewaskan Chong Wei, seolah2 sudah tertulis bahawa Malaysia kempunan piala Thomas pada tahun ini. Doubles world No 8 Cai Yun dan Fu Haifeng membenam Koo Kien Keat and Tan Boon Heong , 21-15, 21-10. China membunuh harapan Malaysia selepas  No 3 dunia, Chen Ji membuktikan keunggulannya berbanding  Wong Choong Hann,  21-16, 21-7.

Apa lagi yang boleh dikatakan? Choon Han dan beregu KKK&TBH telah berjuang bermati-matian. Chong Wei pula kelihatan pucat dan resah. Berbeza dengan Lin Dan yang seolah tidak sabar2 masuk gelanggang. Walau bagaimana pun pujian juga untuk mereka yang telah berjuang sehabis baik untuk sampai ke peringkat separuh akhir.

Ada kata2 nakal peminat bahawa perlawanan tadi adalah antara China lawan Cina. Bezanya ejaan sahaja. Bukankah 4 pemain Malaysia sebentar tadi kebetulan berbangsa Cina? Dan saya sangat bangga kerana SUKAN badminton menyatukan hati rakyat Malaysia. Tak kira apa bangsa dan agama, semuanya melaungkan nama pemain dengan gegak gempitanya. Betul kata Tony fernandes (ketua pegawai eksekutif AirAsia) bahawa ada tiga perkara yang  rakyat Malaysia bersatu hati. Pertama, sukan, kedua, makanan dan ketiga..lupa daaaa....

Lepas ini  Perebutan Piala Thomas adalah pada perlawanan akhir Indonesia VS China. Rasanya saya tidak ada mood lagi menontonnya. Anda bagaimana?


SELAMAT HARI GURU

Klise tapi sangat bermakna, terimalah : SELAMAT HARI GURU. Tema hari guru pada tahun ini ialah GURU PEMBINA NEGARA BANGSA. Siapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang HARI GURU boleh KLIK SINI.

Ucapan Hari Guru telah saya panjangkan di dalam Facebook. Pening otak memikirkan point2 menarik untuk  dipaparkan dalam blog ini. Kalau excited sangat nanti berjela2 pulak. Humble sangat kompom Boring. Mahu cerita apa ya?
 
Dulu saya tak pernah mimpi nak jadi guru. Tapi bila cikgu tanya "apa cita2 kamu?" dengan selamba menjawab "Guru". Cikgu tanya lagi "Kenapa nak jadi cikgu?" Dengan malu2 kucing saya menjawab "Malu mahu bagitahu cita2 sebenar..hehehe" Ish ish ish... Sebenarnya bukan malu beritahu cita2 sebenar. Memang tak ada cita-cita pun..Lagilah teruk! Masin mulut jadi cikgu juga akhirnya. Padan Muka.

Tanggal 17 Julai 2010 nanti genaplah 10 tahun saya bergelar guru. Sepanjang 10 tahun ini macam2 yang telah saya lalui (pengalaman saya tidak seberapa. Ramai rakan sekerja yang telah menjadi guru semenjak saya belum dilahirkan lagi). Disayang pelajar, dimaki hamun, difitnah di puji, disindir dan macam-macam lagi. Karenah pelajar juga pelbagai. Terberak, terkencing, terpengsan, terpandai, terlembam, tercantik, terhensem dan macam2 lagi 'ter'.

Apa yang pasti, mereka dan keluarga mereka ada ciri2 yang sama. Apa ciri2 itu? Zassss...
a) Pelajar yang suka cari gaduh selalu datang dari keluarga porak poranda, bapa kaki pukul, minum arak, emak suka mesyuarat tingkap, selalu tidak cukup duit.

b) Pelajar bijak selalu datang dari keluarga aman, ibubapa masih bersama, ekonomi stabil, kawasan petempatan berselerak dan setiap malam buat ulangkaji bersama ibu atau bapa.

c) Nampak nama bapa sudah tahu prestasi pelajar. Biasanya kalau kakak lembam, adik2 pun sama. Kalau kakak/abang bijak, adik2nya paling koman pun 5C UPSR.

d) Pelajar bermasalah Disiplin selalu di pertahankan sekeras2nya oleh ibu bapa. "Anak saya baik, kamu tak pandai tackle perasaan dia, kalau di rumah dia baik, keturunan kami orang baik2, mahkamah bla bla" dan macam-macam lagi helah bela diri.

e) Pelajar yang kurang masalah disiplin biasanya tidak di backing oleh keluarga "Cikgu buatlah apa yang patut. Jangan cedera sudahlah. Nanti saya nasihatkan dia, tegurlah dia, Bagaimana dia di sekolah?" dan macam2 pertanyaan yang berbaur ingin tahu.

f) Pelajar pandai belum tentu akan menegur cikgu jika terserempak di mana-mana. Pelajar sederhana prestasi biasanya lebih ramah dan gembira bertemu Ex guru. Walhal semasa di kelas selalu kena leter. Kenapa agaknya ya?

g) Jangan sangka pelajar slow akan gelap masa depannya bila dewasa kelak. We will never know the future. Ramai pelajar suami saya (he is a teacher too) telah berjaya  make money. Jawatan pun mantap2. Siapa sangka kan?

h) Budak pompuan dan budak lelaki yang comot dan tak hensem masa sek rendah biasanya lebih cantik dan hensem bila dah naik sekolah menengah. Tak percaya? Tengok kat cermin. hehehe...

Oklah, setakat ini saja buat masa ini (teringat pula ending surat dulu-dulu). Berjela2 jugak akhirnya. Saya copy pastekan sebuah sajak yang berjaya memukau hati ini untuk menyertai bidang perguruan suatu waktu dahulu.

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) 
 
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Tuesday, May 11, 2010

DEBARAN PIALA THOMAS

Pada ketika ini Malaysia sedang dilanda demam Piala Thomas. Pada ketika saya menaip entry ini Pasangan bergu KKKiat dan TBHeong baru memenangi perlawanan menentang Jepun. Yang menariknya, pasangan bergu negara di latih oleh Rexy Mainaki dan pasangan bergu Jepun dilatih oleh adik Rexy. 

Malangnya pemain wanita Malaysia (Piala Uber) tidak begitu menyengat. Namun ramai pemain wanita Malaysia yang muda remaja telah muncul. Ada yang baru berusia 17 tahun. Harap-harap 5 tahun akan datang dia akan muncul sebagai juara dunia.

Teringat kali terakhir Malaysia merangkul Piala Thomas ialah pada tahun 1992. Ketika itu saya baru berusia 16 tahun. Gandingan pada masa itu ialah Rashid, Foo Kok Keong, Cheah Soon Kit dan Soo Beng Kiang. Rashid sangat handal dan tidak pernah kalah walau sekali pun. Foo Kok Keong dianggap kuda tua tapi sangat gigih berjuang. Sampai termuntah2 dia di tepi gelanggang dek terlalu penat. Akhirnya bergu Cheah Soon Kit dan Soo Beng Kiang yang memutlakkan penguasaan Malaysia. Mereka menewaskan Rexy Mainaki dan Ricky Subagja.

Saya, adik beradik dan sepupu menangis kegembiraan. Yang lucunya, setiap kali iklan, kami akan menutup TV bagi menjimatkan cas bateri (masa tu Kg kami belum ada bekalan elektrik). Malah sanggup mengecas bateri menggunakan kereta pikap bapa. Paling ekstrem, kami menghidupkan enjin kereta semasa menonton TV agar cas sentiasa reload. Masalahnya, paparan skrin akan bergegar. Tapi kami tak kisah yang penting TV terus ON.

Akhir kalam, semoga Malaysia berjaya merangkul Piala Thomas (walaupun nampaknya seperti sukar). Dengan aura Rosmah Mansor dan Siti Hasmah yang turun gelanggang, harap2 pemain Malaysia akan lebih bersemangat.Oya, kebanyakan kulit wajah pemain badminton wanita sangat halus dan bersih. Agaknya hari2 keluar peluh semasa berlatih tidak memberikan peluang kepada 'blackhead' untuk bertapak di liang roma mereka kan.

Sunday, May 9, 2010

SURIANI ABDUL RAHMAN bela diri



KUALA LUMPUR: Pembaca berita dan pengacara TV1, Suriani Abdul Rahman meminta masyarakat jangan menyalah tafsir berhubung penyebaran beberapa gambarnya di Internet yang didakwa dilakukan individu dikenalinya.
TERSEBAR... gambar Suriani di Internet.
TERSEBAR... gambar Suriani di Internet. 
 “Bagaimanapun, tidak ada satu pun gambar menunjukkan saya berpeluk erat atau bercium dengan lelaki. Malah, kebanyakan lelaki ‘mat saleh’ dalam gambar itu kenalan saya dan beberapa daripada mereka pemain import bola sepak Indonesia. Rasanya tidak salah jika saya bergambar kenang-kenangan dengan mereka,”
 Adiknya, Murni pula memakai rantai dengan loket berbentuk salib.

Nama Suriani dan adiknya menjadi bahan bualan hangat di laman web, blog dan forum tertentu, malah turut mendapat pelbagai komen daripada pembaca yang melihat aksi panasnya berpeluk dengan sekumpulan lelaki ‘mat saleh’ di kelab malam.

Dia juga berkata, Murni menafikan memakai rantai dengan loket berbentuk salib. “Dia ada ramai rakan bukan Islam. Namun saya pasti dia tidak akan memakai rantai berkenaan semata-mata untuk mendapatkan perhatian atau terikut-ikut cara hidup rakannya.

KONSERT AF8 MINGGU KE8

Baru selesai menonton Akademi Fantasia 8. Saya tahu ramai yang sudah  bosan menonton rancangan ini namun..saya tidak begitu. Saya masih meminati rancangan ini kerana ia melibatkan pertandingan menyanyi (my hobby..hehe). Oleh kerana pelajar tinggal 6 orang, saya akan mengulas persembahan mereka satu persatu.

Peserta pertama:
DAUS - Mula2 macam buat lawak bodoh tapi lepas seminit dua best pulak. Suara bagus dan lawak menjadi. Tambahan pula Aznil begitu sporting menari bersama semasa Daus turun ke bawah. I like Aznil.

Peserta Kedua:
AIN - Rambut tak best. Tidak menyerlahkan kecantikannya. Suara OK. Muzik latar sudah mantap. Tak payahla pakai gitar. (SUCI DALAM DEBU)

Peserta ketiga:
IWAN - Muka comel. Suara hensem. Tapi asyik2 toleh Maulana dan Ain. Betul cakap Adlin, pergerakan kurang kreatif.

Peserta keempat:
ADIRA - My favourite: Menari best. Mantapp! Tapi suara teramatlah nyaring dan terjerit2. Macam orang menjerit  nampak ular masuk rumah (Lagu: kitalah bintang). Betul cakap Erra, rock bukan genre ADIRA.

Peserta kelima:
FARINA - Awal2 lagi pengacara siap2 cakap, adakah farina akan terkeluar? Tak pandai simpan rahsia langsung. Kalau ya pun korang tau dia akan terkeluar tak payahlah sebut balik2. Sama kes semasa kakak ADIRA terkeluar, sebelum itu berkali2 Sarimah tanya perasaan Adira sekiranya perkara itu terjadi. Nak buat ala2 kebetulanlah agaknya. The truth is memang Farina yang TERSINGKIR.

Peserta keenam:
MAULANA - My favourite: Suara best! Tapi melankolik sangat tak sesuai dengan outfit yang ala-ala rock. Prop payung lutsinar langsung tak membantu mencantikkan persembahan.

Pengacara:
JIMMY - Kelakar habis tengok serbuk kuih tersembur dari mulutnya. Berkali2. Tak pasti gimik atau takdir. Macam real je..
SARIMAH - No doubt dia memang Pro. 
ADAM - Tarian memang GEMPAK!




Saturday, May 8, 2010

Saya ingin berada di dalam blog list kategori HIJAU kerana ..

Untuk kategori HIJAU :

Saya ingin berada di dalam blog list kategori HIJAU kerana ...itu saja list yang layak dengan saya (follower under 300). Harap-harap lepas URL saya melekat kat blog Ben  yang femes ini maka para blogger akan lebih familiar dengan blog WINDI'S DIARY. Trimas.

SELAMAT HARI IBU

Tengah malam tadi saya dikejutkan dengan bunyi SMS. Bimbang ada sesuatu yang tidak elok terjadi, saya bingkas bangun lalu memeriksa inbox. SMS berbunyi

"Ya Allah, wanita yang membaca sms ini adalah seorang ibu yang cantik, kuat, sabar & saya menyayanginya. Kau tingkatkanlah kehidupannya dengan rezeki yang berkat, kau rahmatilah setiap langkahnya dalam mencari rezeki untuk keluarganya. Kau bersihkanlah hatinya..kau kuatkanlah hatinya...kau kuatkanlah imannya..kau peliharakanlah dia dari fitnah. Amin Ya Rabilalamin. SELAMAT  MENYAMBUT HARI IBU. 9 MEI 2010."  sender: Mol Terkini.

Sender itu ialah sepupu saya yang paling saya rapat dan kini bertugas di Kunak, Sabah. Thanks Mol! Dalam keadaan terpisat-pisat saya mengirim semula mesej itu kepadanya sebagai tanda Terima Kasih.

Bercakap tentang hari ibu, SUDAHKAH ANDA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI IBU kepada ibu anda atau isteri anda? Jika belum, bak kata Nabil Raja lawak, "Lu pikirlah sendiri.." Ucapan ringkas dengan ciuman dipipi atau sekadar sebuah senyuman sudah cukup untuk meluahkan rasa sayang pada seorang ibu. Seorang ibu yang melahirkan akan dapat menilai kasih sayang anda dengan melihat dua biji mata anda yang memandangnya dengan penuh kasih sayang.

Langit tidak selalunya cerah. Memang ramai 'insan' di luar sana yang tidak sebulu dengan ibu sendiri. Masing2 punya 'history' sendiri dan punya kronologi dalam melayari hidup. Ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Kita akan memahaminya bila masing2 sudah mempunyai anak sendiri. Sungguh sukar untuk menjadi seorang ibu yang hebat, bijak dan gagah menghadapi segala cabaran. Oleh itu 'maafkanlah kesilapan' Sang ibu. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Tanpa ibu, kita tidak wujud di dunia ini (Kecuali Adam dan Hawa). Selemah-lemah ibu, dialah yang bertarung nyawa melahirkan kita di dunia ini. Lupakan hal silam (kalau tak dapat lupa, buat2 lupa) dan pandang ke depan. Esok yang cerah menanti kita. Anak2 perlukan ibu yang baik hati, hebat dan tabah menghadapi cabaran. SELAMAT HARI IBU...

UNTUK ANDA SEMUA, KU UPLOADKAN VIDEO INI. PESANANKU : SAYANGILAH IBU ANDA...


Wednesday, May 5, 2010

Anang Cium Syahrini Dahsyat Awards 2010

Foto Video Anang Cium Syahrini Dahsyat Awards 2010 jadi bahasan banyak media gosip artis belakangan ini. Saat menyanyikan single duet, Jangan Memilih Aku, penampilan keduanya sangat mencuri perhatian. Mulai dari pegangan tangan selama bernyanyi hingga kecupan manis dari mantan suami Krisdayanti ini pada pelantun lagu Bohong itu. Aksi ini jelas membuat penonton menjadi heboh.

Menanggapi selentingan yang beredar tentang Syahrini pengganti KD, penyanyi kelahiran Jember ini membantah dan mengaku hanya sekedar tanda persahabatan. “Ah nggak, sebenarnya apa yang aku lakukan dengan Yanti lebih jauh lah karena aku kan suami-istri.” “Tapi ini kan lebih ke hubungan pertemanan dan persahabatan,”

Gambar Mesra Anang Hermansyah & Syahrini :

Syahrini Anang

Syahrini Anang Ciuman



Windi's Diary:
Try baca gosip dalam Bahasa Indonesia. Sekali sekala mencari kelainan.

Tuesday, May 4, 2010

Takziah kepada rakan blog


http://unrestmind57.blogspot.com

Saya pernah masuk blog ni beberapa kali. Kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Hisham. Beliau meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Sumber: Rakan blog.

Monday, May 3, 2010

CINTA LUAR BIASA



HUBUNGAN Crystal (kiri), Hefner(pengasas Playboy) bermula 18 bulan lalu. "Saya cintakannya dan saya tidak berniat mengikis hartanya,” tegasnya. Malah Crystal sedia menandatangani perjanjian pra-perkahwinan bagi menafikan haknya terhadap harta Hefner yang dianggar bernilai £27 juta (RM131.35 juta)


PEKAN: Penantian seorang lelaki kurang upaya (OKU), Mohd Khairi Othman, 34, untuk mendirikan rumah tangga, akhirnya tercapai apabila dia berkahwin dengan Zaleha Mohd Nafis, 35, semalam.  “Saya mengucapkan terima kasih kepada Zaleha (ibu tunggal anak 3) yang sanggup menerima saya sebagai suaminya walaupun saya seorang OKU" kata beliau. Beliau merupakan seorang penternak ikan sangkar di Kampung Tanjung Pulai.  

Windi's note: 
PIC 1 - Korang percaya kah Cinta Si Crystal kepada Hefner adalah setulus dan sesuci embun pagi?
 PIC 2 - Semoga rumahtangga mereka kekal aman bahagia selama-lamanya....

Ada apa SEMASA TAHUN BARU CINA?

SEMASA TAHUN BARU CINA. Ada apa dengan tajuk ini? Semasa saya pertama kali published entry tu, tak ada seorang pun bagi respon. Maksudnya tak menariklah  kut. Sampai sekarang pun masih tak ada  yang  sudi komen. Tapi entry tu saya tulis bukan untuk tujuan komersil. Saja je untuk sharing my experience.

Hinggalah baru2 ini saya terperasan traffic saya lain macam je  anginnya. Rupanya  ramai orang  minta tolong Pakcik Google cari tajuk SEMASA TAHUN BARU CINA. Penjelasan terlogik setakat ini, mungkin ada cikgu2 bagi tugasan pada pelajar dan tajuknya berkaitan dengan perayaan di Malaysia. Bila saya try google, entry itu dalam senarai ke tiga.  Fatutlah orang senang reach. Makaseh Pakcik Google...


Sunday, May 2, 2010

Pelajar AF8 tersingkir konsert ke7

 ialah ADIRA. uhukkkssss...Gimik je tu. Actually the unlucky one is SHAHIR. Gudbai Shahir...Nampaknya kehenseman mu tidak mampu menyelamatkan mu...Yang tinggal setakat ini ialah Adira, Ain, Maulana, Farina, Daus, dan Iwan. Who's going to leave AF8 next week ya?

Di mana ada Nuffang, disitu ada Blogwalking.

Today is the worst day for my blog. Sehingga jam 6 petang, visitors windi's diary cuma 18 orang. Malu nye nak sebut tapi thats the fact. Tak ada 'Ong' lah hari ni. Bagus tukar nama blog pegi windi's Dairy..Manatau ramai peminat susu yang tersesat masyuk. 

Rasain loh. Perasan diri tu fofular sangat ke? Malas blogwalking ni lah akibatnya. Dahlah entry pun main copy paste jer. Benda yang orang dah baca beratus kali kat paper itu juga di tempel balik kat blog awak. Sapa nak baca. Padan muka. Tau takpe. hahaha...(eh..senget ke?)

Pastu barulah krem-krem jari tu blogwalking sana sini. Hello2lah, ziarah petanglah, up trafficlah, follow u lah, nice bloglah..Takde maknanya. Awak takkan dapat kejar target 100 visitors sehari tu. Setakat jam 7.45 pm visitor baru 35 orang. Syukurlah nak..

Hekeleh..Awak tu bukannya apa, kepingin sangat nak merasa cek nuffnang. Betul tak? Betul tak? Apa ni smile-smile goat ni? Ngaku je lah...hehe. Oklah, sudah2 lah bermonolog tu. Cut the crap. Shoh!shoh! Pegi blogwalking. Jam 10 nanti stoplah. Baju belum iron lagi tu. Esok nak pegi kerja. Blackout karang, ada orang pakai baju keriting pegi kerja. 
Oklah, Asta lavista...



Rashid, anak disahkan positif H1N1


KUALA LUMPUR 1 Mei - Jurulatih badminton perseorangan lelaki negara, Abdul Rashid Mohamed Sidek disahkan positif influenza A (H1N1). Pengarah Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz berkata, perkara itu disahkan oleh hospital swasta yang kini merawat Rashid dan seorang anak perempuannya yang juga disahkan positif jangkitan tersebut.

Rashid dan anak perempuannya yang berusia lima tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan petang tadi setelah menunjukkan simptom-simptom dijangkiti H1N1. Zolkples berkata, kemungkinan besar wabak H1N1 tidak akan berjangkit dengan pemain negara kerana Rashid dipercayai mendapat jangkitan itu di rumah.
Related Posts with Thumbnails