CHECK IT OUT!

Thursday, December 30, 2010

Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gol Malaysia yang malatopss!

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Persembahan cemerlang penjaga gawang Malaysia Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.

Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan 'Support Timnas', yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.
 Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.
 Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 57,000 daripada peminat, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula.

Perdana menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 31 December ini sebagai CUTI UMUM sempena kemenangan Malaysia menjulang trofi Piala suzuki AFF 2010.
Sorry ya....hero kita ni dah berpunya..

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia juara Piala Suzuki AFF 2010

Malaysia menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia malam ini. Malaysia tewas 1-2 kepada Indonesia dalam perlawanan timbal balik. Separuh masa: MALAYSIA 0 INDONESIA 0

Penjaring:
MALAYSIA: Mohd Safee Mohd Sali (min 53)
INDONESIA:
Mohammad Nasuha (min 71), gol sendiri - tandukan tak sengaja Muslim (min 87) 

Penjaring terbanyak:
Mohd Safee - Malaysia - 5 gol

Pemain Terbaik:
 Firman - Indonesia

Keseluruhan:
Permainan pasukan Indonesia memang sangat agresif. Menyerang dan menyerang....Kelebihan Malaysia ialah bekal 3 gol dan 1 gol yang disumbat olah Shafee malam ini. Permainan Malaysia? Bertahan dan sekali sekala menyerang.

TAHNIAH BUAT MALAYSIA !!!

Sunday, December 26, 2010

KEPUTUSAN AKHIR PIALA SUZUKI 2010

MALAYSIA = 3      Indonesia = 0

Malaysia berjaya menewaskan Indonesia dengan 3 gol berbalas telur ayam..TAHNIAH MALAYSIA !!
Siapa sangka, telahan ini akhirnya menjadi kenyataan.
Tidak ada kata yang mampu diucapkan selain daripada tahniah kerana menyelamatkan maruah Malaysia dan memberikan persembahan yang sungguh menghiburkan. Semangat juang yang tinggi telah melahirkan 3 gol dan menyelamatkan beberapa serangan berbahaya dari pasukan Indonesia. 
Gol Malaysia diperoleh menerusi Safee Sali pada minit ke-60 dan 72, manakala Asaari Shamsudin pada minit ke-67.
Pertandingan Bola Sepak peringkat akhir pertama ini telah berlangsung di Stadium Putera Bukit Jalil pada jam 8.00 malam (26 dec 2010). Skuad negara akan bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta Rabu ini untuk final kedua.
Menyelamatkan gawang negara dengan bantuan jitu dari pemain pertahanan
Walaupun ada satu lagi perlawanan akhir yang akan berlangsung di Indonesia namun bekalan 3 gol itu sangat selesa untuk memastikan Malaysia bermain dengan jiwa yang lebih tenang dan kental.
Pasukan muda yang menjadi kebanggaan negara
BRAVO MALAYSIA !!

Saturday, December 25, 2010

Pick Up Datsun Biru Bapaku..

Minggu lalu saya mengunjungi rumah makcik untuk kenduri doa selamat dan cukur rambut cucunya yang keempat. Sebenarnya rumah lama kami terletak di sebelah rumah makcik ini namun selepas kejadian kebakaran pada tahun 2004 kami berpindah ke kawasan baru. 

Mengunjungi rumah makcik ini telah mengembalikan nostalgia lama saya semasa membesar di kejiranan ini. Terbayang2 arwah pakcik berjalan2 di laman rumahnya sambil meninjau2 pohon tarap yang ditanam. Terbayang juga kami berlari2 di kawasan lapang sambil bermain teng2, badminton, bola sepak dan macam2 lagi. Pokok rambutan yang sudah tua dan tidak berbuah lagi dahulunya sangat rimbun, subur dan menjadi tumpuan kami. Namun ada yang lebih nostalgia...iaitu bangkai Pick Up Datsun Biru Bapaku..

Suatu waktu dahulu, inilah satu2nya kenderaan yang ada di kejiranan kami. Setiap kali ada kecemasan seperti bersalin, kemalangan, kurang sihat dan mencari orang hilang, pick up inilah yang menjadi tonggak utama. Kami adik beradik belajar memandu pun dengan jasa pick up ini.

Saya pernah menabrak tiang dapur rumah lalu mengkemekkan pintu kiri pick up ini......semasa saya di tingkatan 3. Nasib baik bapa tak marah. Paling2 pun merungut sahaja.

Bila musim hujan, jalan raya tersangatlah licin. Kami adik beradik sudah terlatih menolak kereta dengan kudrat yang ada. Kalau bukan menolak kereta, bapa akan mengerah kami beramai2 naik ke atas pick up dan melompat2 sekiranya tayar tersangkut di jalan licin..Alasannya, agar bunga tayar mencengkam di tanah..Make sense ke? Tapi biasanya teknik ini selalu membuahkan hasil. Asal saja tayar tersangkut, mulalah kami melompat2 ala2 chimpanze. Bila dah sukses, mulalah kami bersorak..Rasa macam hebat je..

Bila balik kampung sebelah mak atau bapa pun rasa macam hebat je..sebab masa tu jarang2 orang mampu berkereta. Walaupun kepanasan atau kehujanan di belakang truck pick up, rasa macam 'its ok maaa..'

Namun, masa berlalu...kereta Datsun ni lama kelamaan makin uzur. Banyak penyakit di sana sini.. Badan kereta pun mula bersimen..tompok2 gitu. Merekah dan berkarat tak payah cakaplah...Utara Selatan Timur dan Barat. Bila kami dah meningkat remaja, pandai pula rasa segan  nak bertenggek kat belakang pick up tu..Rasa macam tak ayu lah pulak. Kalau nak turun pekan, sanggup bersesak2 duduk kat depan di sebelah pemandu. Duduk depan ada standard sikitlah konon.

Sebenarnya ada seribu satu macam peristiwa lagi dalam keluarga kami yang melibatkan kereta ini sebagai watak utama. Kalau nak ditulis semuanya, mesti tebal dan berjilid2 macam novel Harry Potter. Hendak dijadikan cerita, Semasa kejadian kebakaran pada tahun 2004, Ada 2 biji saja harta benda kami yang terselamat iaitu Pick up Datsun ini (telah dikeluarkan dari bawah kolong beberapa hari sebelum itu) dan Jeep Suzuki bapa. Semua memori kami yang telah tersimpan bertahun2 hangus begitu sahaja.

Hanya Pick Up  Datsun inilah satu-satunya benda maujud yang masih ada sebagai lambang memori kami sewaktu kecil dahulu.

Sunday, December 5, 2010

UNCLE SEEKERS DAN SITI AISHAH..Cinta Syyhhh??


Sudah lama saya tertanya2.. Apa khabar Ex Permaisuri Agung kita ini selepas kemangkatan Almarhum Yang Dipertuan Agung  Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj pada 21 Nov 2001. Saya terlepas beberapa sesi temuramahnya yang dimuatkan di dada akhbar. Secara peribadi saya sangat menyanjungi YAM Siti Aishah kerana Tuanku ialah Raja permaisuri Agung pertama yang memakai tudung dan masih muda orangnya..Cantik dan manis dengan mahkota diraja.

Namun, baru2 ini negara dikejutkan dengan pendedahan berani mati Uncle Seekers (pakar paranormal) yang mendakwa terdapat cinta Syhh antara dia dan YAM Permaisuri??? Walaupun saya tidak heran langsung dengan aktiviti paranormal Uncle Seekers (kat kg saya lagi ramai yang hebat2), saya geledah juga blog Uncle Seeker.
 Bersama ibu dan ayah..

Hasilnya?? Harus berfikiran terbuka dan tidak percaya melulu dengan apa saja yang dibaca mahupun dilihat..YAM permaisuri juga manusia biasa tapi tuanku manusia biasa yang punya pengalaman dan keistimewaan luar biasa. Situasi ini memungkinkan banyak anasir2 tidak elok yang ingin mengambil kesempatan terhadapnya. Yang pasti Uncle Seekers telah di saman kerana mendedahkan perkara yang sepatutnya  dirahsiakan.

Saturday, November 27, 2010

Terbalik 180 darjah

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Melihat kepada tarikh entry terakhir saya, rupanya sudah hampir sebulan saya tidak mengupdate blog ini..sebelum ini mengupdate blog setiap hari merupakan satu kemestian. 

Sekarang ini, jangankan nak update blog, nak baca blog pun tak lalu..Bukan saja baca blog, masak nasi, kemas rumah, berjalan2, menaip PUN saya malassss....Nasiblah suami sporting. Kadang2   mengomel juga dia bila stok air masak selalu kering..Tapi last2 dia beli sekotak mineral water yang bolehlah tahan seminggu untuk kami sekeluarga. Problem Solved!

Walaubagaimana pun, saya cuba lawan juga perasaan MALAS ini..Setiap kerja saya mulakan dengan laungan 'Allahuakhbar'. Tak kiralah masak nasi ke, cuci piring ke, basuh kain atau pun melayan karenah anak2. Selagi badan masih larat..tapi kalau sudah sampai termuntah2 kuning tu memang tak boleh buat apa2 lagi..Landing time lah jawabnya..

Satu hal lagi, bila suami pulang dari tempat kerja atau dari mana2 saja, cepat2 dia mandi sebab bau peluhnya saja cukup buat saya pening dan adakalanya termuntah tanpa was2.. Hidung saya sangat sensitif dan anak lelaki sulung saya (7 tahun) juga selalu jadi mangsa...Balik2 disuruh berus gigi, mandi dan syampu rambut..Kesian diorang kan..

Tapi syukurlah keadaan sudah bertambah baik..hari demi hari..Badan ini sudah hampir mesra dengan hormon baru yang mula merembes 4 bulan yang lalu..Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. Anak2 saya pun sudah tidak sabar menanti ahli keluarga yang baru..hehehe.

Thursday, October 28, 2010

Akhirnya...berjaya jua.


Setelah sebulan 'berpuasa' blog, hari ini hati saya terbuka untuk menulis entry pertama di bulan oktober. Sejak last entry saya tentang Nicol Ann David, tiba2 saya rasa tak sihat satu badan. Hinggalah hari ni barulah rasa bertenaga sikit nak memerah otak dan mengetuk laptop. Dalam tempoh sebulan macam2 perkara yang telah berlaku. Tapi untuk entry kali ni biarlah saya fokuskan pada HARI BERSEJARAH DALAM HIDUPKU..Iaitu KONVOKESYEN. 

Walaupun pengajian saya di UMS telah tamat setahun yang lalu tapi tanggal 11 Oktober 2010 maka rasmilah sudah pengiktirafan terhadap perjuangan yang penuh ranjau dan onak berduri. Masih saya ingat saat2 menghadiri kuliah di kala baru 2 minggu melahirkan anak kedua. Seharian di bawah air con cukup menyebabkan badan saya mengalami demam. Belum lagi baju yang habis basah lencun dek air susu. Basah kering, basah kering..sampai masam baunya. Tapi saya tidak menyesal kerana inilah jalan yang telah di pilih.


Tidak di lupakan anak2 yang telah banyak berkorban demi perjuangan ibubapanya. Apabila saya dan suami sama2 berkuliah (separuh masa - setiap hujung minggu), anak2 terpaksa di hantar ke sana ke mari. Kadang2 di jaga ipar duai, emak, adik beradik, saudara mara dan nursery. Sampaikan Boss nursery pernah bawa anak2 kami pulang ke rumahnya kerana pengasuh tidak sanggup lagi tunggu sampai lewat malam. Hati ini diruntun kepiluan yang bukan kepalang tapi itulah dia 'pengorbanan'. Maka SABAR adalah kata2 hikmat kami berdua.

Sebenarnya ada 1001 kisah lagi sepanjang 4 tahun saya menyambung pelajaran namun biarlah semuanya menjadi lipatan memori yang akan menjadi pengajaran sepanjang hayat saya. Bukan semuanya pahit..Ada juga yang manis..bertemu kawan2 sepengajian dari serata Sabah sangatlah mengujakan. Walaupun saya ni jenis 'reserve' macam Najib tun Razak tapi sebenarnya saya suka berkawan..Cuma dah kahwin ni kenalah berhemah sikit. Tidaklah boleh huha huha lagi macam dulu2.

Kawan2 dah pakat ramai2 nak ambil master. Insyallah kalau badan sihat dan keadaan mengizinkan..ijazah lanjutan itu akan ku genggam jua biarpun usia dah lanjut. Itulah azamku..

Friday, September 24, 2010

NICOL ANN DAVID JUARA DUNIA 5 KALI


NICOL Ann David mencipta sejarah apabila menyamai rekod pemain Australia, Sarah Fitz-Gerald dengan menjuarai Terbuka Dunia Wanita buat kali kelima di Sharm El Sheikh, Mesir, kelmarin. Dalam perlawanan akhir, pemain nombor dunia dari Pulau Pinang itu menewaskan pemain tuan rumah, Omneya Abdel Kawy 11-5, 11-8 dan 11-6 dalam tempoh sejam yang juga pertemuan pertama mereka dalam penentuan kejuaraan di kejohanan ini. 

Fokus saya amat kuat sepanjang pertandingan. Saya benar-benar mahukannya. Saya tidak mahu membiarkannya terlepas, kata anak kelahiran Pulau Pinang berumur 27 tahun itu . Tahun ini, Nicol, yang menjadi pemain nombor satu dunia sejak Ogos 2006 sudah memenangi semua enam gelaran Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (Wispa), musim ini.

Windi's Note: 
I am so proud of her! Kalaulah atlit Malaysia yang lain mempunyai  kekuatan mental seperti apa yang dimiliki oleh Nicol............

Wednesday, September 22, 2010

TIPS MENGURUSKAN HUTANG ANDA....

DAN HUTANGKU...hehe. Hari ini, dekat tempat kerja, saya terbuka sebuah sampul yang mengandungi 4 buah majalah nipis berkenaan RINGGIT. Isinya sangat menarik dan rasanya baik untuk di share kan bersama pembaca yang lain.

PERTAMA: MEMINJAM SECARA BERHEMAT : Pinjam ikut kemampuan. Contohnya kalau nak beli kereta, tengok2 dulu slip gaji tu. Kalau gaji bersih sekadar RM1500, baik beli Viva atau Kancil. Jangan tengok CCM RM400 rasa macam 'eh murahlah'. Hengat, kereta pun macam orang juga. Perlukan Kos penyelenggaraan. Tayar, Insurans, minyak dll. Kalau beli kereta besar macam Dmax atau Toyota 4x4 kos penyelenggaraanya 4x4 jugaklah..

Bagi yang teringin nak beli keta second hand dengan niat nak berjimat, baik tak payah sebab 2nd hand car biasanya menagih kos penyelenggaraan yang jauh lebih tinggi berbanding kereta baru. Lainlah kalau anda ada kepakaran bertukang ala2 mekanik.

KEDUA: MENGURUSKAN KAD KREDIT ANDA DENGAN BIJAK : Bayarlah kad kredit anda setiap bulan. Kalau tak bayar nanti kena caj kadar  faedah yang lebih tinggi. Kalau tak mampu nak bayar lum sum, bayarlah jumlah minima. Kalau bayaran minima RM293, baik bayar RM300 contohnya, agar baki hutang cepat habis. 

Kalau nak bayar barangan yang mahal (TV plasma 42' contohnya), anda boleh pilih skim bayaran mudah yang ditawarkan oleh pengeluar kad kredit.Skim itu membantu anda  membahagikan kos belian dalam satu jangka masa contohnya 6-12 bulan tanpa dikenakan kos kewangan jika anda membayar ikut jadual.

Elakkan ambil tunai dari kad kredit kecuali keadaan MENDESAK. Ingat, mendesak yang betul2 mendesak. Bukannya mendesak seperti nak pegi shopping atau nak beli telefon bimbit model terbaru. Itu kehendak namanya. Bukan keperluan mendesak.

Yang PALING penting, hadkan jumlah kad kredit yang anda miliki. Kebanyakan orang memiliki lebih dari 2 kad kredit. Saya ada seorang rakan yang memiliki 8 kad kredit dan fully used! Grand total hutangnya ialah RM30K ++. Terpaksalah dia meminjam di bank untuk melunaskan hutang kad kreditnya. Nasib baik masih layak..Kalau tidak, *sigh*. Adik saya juga mempunyai seorang rakan yang memiliki semua jenama kad kredit. You name it! Last2 suaminya terpaksa meminjam untuk membantu isterinya dari dikenakan tindakan mahkamah. Nasiblah dia ada suami mithali kan..

Kalaulah anda salah seorang yang memiliki kad kredit melebihi 2 keping, saya sarankan anda untuk memotong kad yang lain. Percayalah..ia sangat berbaloi! 

KETIGA: KURANGKAN HUTANG ANDA : Jika anda mendapat durian runtuh seperti bonus tahunan syarikat atau tetiba ada orang tersilap masukkan wang ke dalam akaun anda, maka dinasihatkan agar anda menggunakan separuh wang itu untuk membayar hutang kad kredit. Lagi cepat hutang langsai, lagi tenang hidup anda.

KELIMA: BUAT BELANJAWAN : Senaraikan dulu semua bayaran2 dan hutang2 yang wajib dibayar pada bulan itu. Bayar dulu SEMUA hutang dan perbelanjaan sebelum anda membelanjakan wang itu untuk perkara lain. Senaraikan barang2 yang ingin dibeli dan rekodkan perbelanjaan anda. Semua rekod ini penting agar anda boleh menilai semula tabiat perbelanjaan anda sekaligus mengambil langkah pemulihan untuk menangani defisit.

KEENAM : MULAKAN SIMPANAN ANDA:  Ingat masa depan..orang yang makan gaji cenderung untuk membelanjakan semua wangnya dan bertahan hanya untuk menunggu pay day yang seterusnya. Lantaran itu bila anda yang bekerja makan gaji berbaris di pejabat pos untuk mengorek sisa2 simpanan yang ada di dalam ASB (borang merah), makcik2 yang selalu jual kuih kat gerai2 berbaris dengan borang biru (deposit wang). Mind set makcik2 tu, rezeki yang ada harus disimpan sebaik2nya kerana esok lusa belum tentu dapat lagi. Tapi orang makan gaji (terutamanya kakitangan kerajaan) sentiasa yakin bahawa tiap2 bulan rezeki tetap akan mashyuk...Last2 duit makcik2 berkoyan2, duit anda juga yang maintain 'slim'. Renung2kan lah...

p/s : Actually ayat dalam majalah tu taklah sesempoi ayat2 kat atas. Yang kat atas tu telah saya ejes mengikut kefahaman sendiri tapi isi dan maksudnya masih sama...

YANG NI SAYA COPY 100% DARI MAJALAH, KECUALI AYAT DALAM BRACKET TU : Beringat sebelum anda terjebak dalam hutang (Dah terjebak pun..hua hua hua..). Berbelanjalah mengikut kemampuan bukan kemahuan (kalau tak mampu beli handbag Bonia, beli saja handbag Alain Delon..). Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi (Better late than never). Perubahan adalah bermula daripada diri anda semua (SOKONG!).

Monday, September 13, 2010

Pembunuhan Sosilawati Lawiya


Saya sangat terkejut dengan berita kehilangan beliau kerana beliau adalah seorang tokoh perniagaan yang super duper berjaya dan sangat dikenali ramai. Malah kefemesannya semakin mencanak2 selepas berkahwin dengan NASH yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Secara peribadi saya sangat menyanjungi Datuk Sosilawati.

Namun bila terdengar berita kehilangannya, hati ini tega menebak bahawa dia bakal dibunuh. Mengapa? kerana seorang wanita seberjaya dan sekaya raya beliau selogiknya diulit dengan rasa iri oleh pesaing businessnya ataupun keirian hati untuk memiliki hartanya yang berkoyan2. Dugaan saya ternyata benar apabila mayat rentung ditemui dan polis mengagak motif pembunuhan ialah persaingan perniagaan. Cuma saya silap meneka pembunuhnya...Ciss...orang tu takda kaitan langsung!
Semoga pembunuh sosilawati dan juga 3 orang yang turut dibelasah dan dibakar, akan menerima balasan setimpal! Hukuman gantung pun molek kut..Menurut Harakah Daily, polis diminta mempertingkatkan sistem siasatan. Menurut Windi's Diary pula, orang awam pun kena bekerjasama dengan polis kerana menurut seorang kawan saya (mak polisi), sepasang selipar Jepun pun boleh kita jumpa jika ada maklumat orang ramai. Make sense jugalah kan.. (word of the day: menurut)

Akhir kata semoga keluarga mangsa bersabar menempuh dugaan dan semoga roh mangsa ditempatkan dikalangan roh orang2 yang diberkati Allah SWT. Amiiinnn...

p/s: Siapakah agaknya Peguam bergelar 'datuk' yang bertanggungjawab mengarahkan orang2nya membelasah dan membakar Datuk Sosilawati, pegawai cimb, pemandunya dan peguam peribadinya? 

Friday, September 3, 2010

Coretan Pra Raya.

Pejam celik tak sedar bulan syawal hampir menjelang tiba. Ada lebih kurang 7 hari lagi sebelum hari raya Aidilfitri. Tahun ini kami 4 beranak sempat menempah baju raya. Tidak seperti tahun lalu, dek terlalu sibuk dengan kursus pendidikan, dekat2 nak raya baru ingat nak cari baju. Akhirnya semua baju raya kami baju ready made. Bolehlah tu..

Tahun ini saya tidaklah sesibuk tahun lalu. Cuma menguruskan murid2 tahun 6 yang bakal mendudukan peperiksaan upsr. Suami pula sibuk dengan 'renovation' rumah yang baru kami beli di Taman Desa. Harap2 tahun depan bolehlah kami menghirup udara Taman Desa pula. Sudah 8 tahun tinggal di flat guru, rasa jenuh pula. Bukan pasal tak selesa..kat  flat ni selesa sangat sebab ruang tamu luas, 3 bilik luas dan dapur yang muat2 semua perkakas dapur. Dekat dengan sekolah suami pulak tu. Jimat minyak kereta. Kalau ada masalah, dia pun senang nak 'pecut' balik rumah. We'll miss this house...huhuhu.

Tapi, bak kata bapa Jennifer Lopez, sekecil mana pun rumah, jika ianya kepunyaan kita sendiri, ianya lebih bererti dan meningkatkan keyakinan keluarga. Katanya lagi, "After buying the house, we can feel the sense of belonging". Walaupun rumah pertama diorang ciput je..Kata Jennifer Lopez pula "kami sangat bangga dengan rumah kecil kami yang mempunyai 3 bilik kerana ia kepunyaan kami dan hasil kerja keras ibubapa kami". Itulah yang kami mahu anak2 kami rasakan. The sense of belonging seperti apa yang pernah saya rasai ketika kecil dulu tatkala bapa membawa kami berpindah ke rumah sendiri.

Berbalik kisah Hari Raya, tahun ini kami sekeluarga akan beraya di kampung suami yang terletak nun jauh di utara Sabah. Raya ketiga barulah kami balik ke rumah ibu bapa saya di Kota Belud. Semenjak nikah 8 tahun yang lalu inilah amalan kami. Bergilir2. Tapi malangnya tahun ini selepas raya ketiga (Ahad) esoknya saya kena datang kerja lah pulak! Sekolah kami tak ambik cutilah..alasannya UPSR dah dekat. Lebih baik mengajar daripada dok meratah biskut di rumah..Hemmm..Yang menurut perintahlah katakan..terpaksalah patuh.

Selain itu bapa dan emak mengajak kami untuk mengadakan rumah terbuka di Kampung Dudar (kampung sebelah emak) sebab rumah baru keluarga kami di kampung ini  baru siap. Tak sabar rasanya mengimbas kenangan zaman Edo kami.. Bestnya!

Akhir sekali, bagi menamatkan entry yang panjang lebar ini, Saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA BLOGGER DI MALAYSIA .. MAAFKAN SEGALA KETERLANJURAN BICARA YANG MUNGKIN SECARA TAK SENGAJA TELAH TERTAIP DI BLOG INI. Wassalam.

Wednesday, September 1, 2010

Kekuatan istimewa di bulan puasa.

Habis kerja jam 12.40 am. Susun itu ini,  jam 1.00pm bertolak dari sekolah. Sampai rumah jam 1.30pm. Rehat..zzzzz...(walaupun sebenarnya tak dapat rehat sangat sebab anak2 request macam2. Nak makan nasi lah, nak lauk ayamlah, yang seorang tu pulak tiba2 nak makan burger. Alih2 dua2 makan nasi dengan telur goreng je). 

Kat atas tu intro je. Basic of the story is...semenjak bulan puasa ni tiba2 menu diorang ni berubah. Nak puding, Ok! Nak ayam goreng, Ok! Nak Burger, Ok! Nak pizza, mama tak laratlah..hehe. Almaklumlah, pulang dari kerja saja, lepak2 setengah jam lepas tu terus masuk dapur. Kreng kring krung krong..Kabommm!! Tiba2 semuanya tersedia di meja. Laksana di bantu 'jin lampu ajaib' segalanya beres dan hanya tunggu di kunyah masa 'sungkai' nanti. *Sungkai=buka puasa bagi istilah orang Sabah.

Entah dari mana datangnya kekuatan itu. Setiap kali bulan puasa, kuat betul semangat ini untuk memasak dan mencuba pelbagai resepi. Walhal di hari2 biasa..ala kadar je. Mungkin kuasa 'lapar' kut. Sudahla rajin, masakan pun kaw2 semacam je...Lagipun setan2 di rantai jadi takda lah yang menghasut orang jadi pemalas.

Sekarang ni jam menunjukkan 5.45 pm. Bagi negeri Sabah zone Kota Belud, masa berbuka ialah 6.24pm. Kuah Dhal saya masih atas api. Puding dalam peti sejuk. Mee goreng sudah dihidang. Burger sudah lepa mayonaise dan sos. Apalagi ya..Oya..air sirap lagi belum bancuh. Saya berundur diri dulu. Nak siapkan apa yang patut. SELAMAT BERBUKA PUASA KEPADA SEMUA BLOGGER BERAGAMA ISLAM.

Sunday, August 29, 2010

Bery Bery ijih...


Peperiksaan UPSR tinggal beberapi hari lagi. Tolak cuti raya, cuti hujung minggu, Hari Kebangsaan, rasanya ada 1 minggu saja lagi. Risau sangat rasanya sebab murid2 saya masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Saya sudah buat yang termampu..bagi latihan, brainwash, nasihat, motivasi dan macam2 lagi. Pelbagai teknik yang telah saya aplikasikan. Latih tubi, ceramah, brainstorm, singing, acting, drilling, chalk and talk, talk and talk, kuak lentang, lompat katak, Polis sentri, silat sendeng dan macam2 lagi. 

Kadang2 rasa letiiihhh sangat. Mengajar Bahasa Inggeris di sekolah luar bandar ini memang sangat meletihkan...Maklumah..pelajar luar bandar  lazimnya tidak ada pendedahan  langsung terhadap BI semasa di rumah di samping kekurangan guru opsyen BI di sekolah. Kadang2 saya hairan juga, kalau kerajaan boleh melatih begitu banyak guru BM sampai berlambak2 di sekolah, why not BI? 

Gara2 kelemahan BI yang sangat ketara dalam kalangan pelajar itulah yang mendorong Tun Mahathir memperkenalkan PPSMI. Hakikatnya, masalah utama BI ialah 'kemarau' Guru opsyen BI. Tidak dinafikan teknik pengajaran juga menjadi puncanya..Guru BI seharusnya berfikir 'out of the box'.  Teknik nyanyian, lakonan, permainan...senang cerita, apply saja apa yang di ajar semasa di IPG dulu. Gerenti beres...

Masalahnya jika guru yang memang lemah BI dipaksa mengajar BI. Yang Menurut Perintah lah katakan..Kalau guru itu memang 'champion' BI, ianya bukan satu masalah..Iniii...kesiannn Makcik Kiah. Berpeluh2 ketiak, terbelit2 lidah. Kalau guru lain melintas di kelas, terpaksa turn on 'silent' mode. Nanti terdengar pulak Slang Omputih Makcik Kiah kita ni kan...

Terus terang, anak saya pernah bertanya, "mama, apa maksud bery bery ijih?" Lama saya berfikir. Terpaksa suruh dia ulang tayang adegan di kelas untuk memahami maksud perkataan itu. Akhirnya misteri terungkai..Rupanya cikgu dia nak bagitahu bahawasanya kerja rumah yang dia bagi hari tu ' very-very easy'.

Saya respect sangat dengan cikgu tu. Walaupun  serba 'kekurangan', dia berusaha juga mengerah kudrat lidahnya yang entah sudah berapa kali terbelit dan ter'silent' mode. Tingkatkan usaha anda! (Ayat klise dalam report card). Selamat Maju Jaya!

Thursday, August 26, 2010

Tragedi semasa blackout

Hari ini saya masuk ke kelas tahun 5Bestari. Selepas memberi tugasan, saya megambil kesempatan untuk memeriksa kertas ujian mereka. Sekonyong2 saya terperiksa sehelai skrip yang jawapannya entah apa2 entah. Bahasa Jerman pun bukan, bahasa Perancis pun bukan. Jauh sekali Bahasa Inggeris. Akhirnya saya terpaksa beri markah 0%. Saya lihat nama yang tertera "Juahary". Eh..budak baru rupanya. Saya panggil namanya dengan kening yang berkerut..aisehmen...Sabarlah Makcik Bedah oiii...Bulan Posa ni..


J (singkatan) berdiri di depan saya dengan muka 'innocent'. Macam2 yang saya tanyakan. Bermula dari sekolah asalnya dan akhirnya masuk bab ibubapanya. Akhirnya terbongkar satu kisah yang tak disangka2. Nak tahu ke  apa kisahnya? Sapa nak tahu, klik nuffnang saya dulu..hehe..gurau je. Lawak ke? Kena 'banned' nuffnang karang...

Oklah, kisahnya macam ni. Ibubapa Si J ni dah lama bercerai. Sejak dia kecil lagi. Bapa dia yang jaga diorang sejak tu. Mereka cuma bertiga di rumah. Bapa, J dan adik J di tahun 4 kelas pendidikan Khas. Biasanya bapa J tidur dalam bilik. 2 beradik tu tidur d ruang tamu. Suatu malam tetiba blackout. Ada orang dengar bapa J menjerit2 panggil anak lelaki sulungnya yang tidak tinggal d rumah tetapi tinggal bersama ibu mereka di Tawau. Tapi J dan adiknya tak dengar apa2.

Menjelang pagi, J dan adiknya sudah bangun tapi hairan kerana bapa mereka belum bangun. Biasanya bapa mereka awal bangun kerana menghantar mereka ke sekolah. J dan adiknya membuka pintu tapi tak dapat sebab berkunci dari dalam. Mereka panggil sekuat hati tapi tiada jawapan. Bunyi orang bergerak dalam bilik pun tidak kedengaran. Mereka mula risau dan memanggil jiran. Jiran mula datang dan akhirnya jalan terakhir ialah memecahkan pintu bilik. 

Kamu imagine lah apa si J katakan pada saya "Saya nampak bapa saya keras sudah di bilik. Saya tau sudah dia mati sebab badan dia banyak bekas cakar2" Seorang kanak2 berusia 11 tahun menyatakan ayat itu tanpa setitis airmata pun. Saya sedikit keliru. Seolah faham apa yang berlegar difikiran saya dia menyambung "Orang bilang kucing hitam yang bunuh bapa saya sebab ada lubang kecil dalam bilik bapa saya yang muat2 badan kucing saja" 

Saya bertanya lagi "Apa ada di lantai?" Dia menjawab dengan tenang "Darah. Banyak darah tapi ada orang tolong lap kasi bersih" "Bapa kau selalu kunci pintu dalam bilik kalau tidur?" kata saya. "Ya. Ada kucing hitam selalu mau masuk rumah kami tapi bapa saya halau". Katanya lagi. Akhir perbualan saya bertanya, "Bila kejadian tu?" Dengan tenang dia menjawab "Bulan lalu..." OMG! Baru sangat tu...

Akhirnya, Saya nasihatkan  dia supaya bersabar dan menganggap itu semua adalah cabaran hidup (walaupun saya lihat dia sangat tenang berbanding diri saya yang terjegil2 mata mendengar ceritanya).

p/s : Korang rasa apa sebenarnya yang berlaku?

Masa menunjukkan jam 10.24 pm. uhhh..tak sabar rasanya nak shutdown computer nih.....

Tuesday, August 24, 2010

Misteri rambut panjang

Bermacam2 topik yang berlegar2 difikiran saya ketika ini. Nak tulis yang mana satu ah..? OKlah, kali ini biarlah saya pilih tajuk yang beza sikit..Ni pasal misteri rambut panjang.

Semenjak dua menjak ni rumah kami  diserang rambut panjang. Mana2 tempat ada rambut. Bawah kusyen, belakang TV, mob lantai..dihujung penyapu tak payah cakaplah. Berselirat! Malam tadi saya berus gigi, tetiba rasa semacam je. rupanya ada rambut panjang berselirat kat berus gigi tu. Macamana saya tak perasan ah? Suami mengadu, buku rancangan mengajarnya ada helaian rambut yang sangatlah panjang. Anak lelaki saya juga mengadu, di dalam kotak pensilnya ada rambut panjang. Anak perempuan saya yang belajar di tadika pun ada beritahu, ada benang hitam dalam begnya. Selepas periksa rupanya rambut panjang! Seramm! Oya, tidak dilupakan..Lauk pauk yang saya masak pun kadangkala terselit rambut hitam panjang!

Kadang2 tengah malam kalau rasa nak pergi tandas, ada masanya kami terserempak dengan gadis berambut panjang paras paha! Hitam lebat pulak tu. Pulak tu pandai melarikan diri masuk kat bilik sebelah. Ada masanya sempat menjeling. Berderau darah..Kadang2 semasa angin bertiup sepoi2 bahasa, kami akan menyaksikan pemandangan rambut beralun2 di tepi pintu. Roh Rapunzel ke apa ni?

Well, beginilah keadaannya selepas sepupu perempuan saya tinggal bersama kami. Dia ada bela something ke? Bukan..Actually dialah pemilik rambut hitam panjang tu! Rambutnya punyalah panjang sampai paras paha. Mak dia tak suruh potong sejak dia tingkatan 1. Sekarang ni dia dah tingkatan 6. Imaginelah dah 6 tahun..Panjang bangat.

Baru2 ni dia mungkin salah pilih syampu. Rambutnya yang mayang mengurai tu tergugur di sana sini. Apalagi, terpaksalah dia menyanggul rambutnya setiap hari. Saya bagi tahu, kalau rambutnya masih gugur sana sini, terpaksalah dia pakai topi chef setiap hari. Kesian dia..tensen dia melayan kerenah kami yang mengambil kesempatan menyakat setiap hari. Lepas ni harap2lah dia cepat jumpa syampu yang sesuai....

Sunday, August 22, 2010

Bank DNA?

Bayangkan bayi secomel ini dibuang bak sampah?

Semenjak dua menjak ni banyak sangat isu2 hangat yang dipaparkan media. Kisah buang bayi antara yang paling femes. Sana sini orang buang bayi..mengalahkan binatang. Siapalah agaknya manusia berjiwa setan itu? Yang pasti, mustahil ianya dilakukan pasangan yang telah berkahwin secara sah. Walau sepapa kedana manapun mereka. Cara terakhir  ialah menyerahkan anak mereka kepada keluarga angkat atau ke rumah anak yatim. Secara logik, bayi2 yang dibuang ini mungkin dihasilkan oleh ibubapa yang tidak mempunyai hubungan yang sah dan mereka bertindak kejam dengan tujuan menutup MALU.

Sedihnya ramai yang terlepas dari hukuman. Dalam erti kata lain 'tidak kedapatan'. Sudah lama saya terfikir, seandainya setiap rakyat Malaysia boleh di ambil cap jari masing2, apa kata sampel DNA juga direkod untuk setiap warga. Sekiranya penjenayah boleh menghilangkan jejak dengan memakai sarung tangan atau mengelap semula kesan cap jari bagaimana mereka ingin menghapuskan kesan DNA? 

Teringat kes Nurin Jazlin, terdapat DNA yang tidak dikenali pada tubuhnya. Sekiranya  kutipan  sampel DNA kita sama seperti rekod cap jari, saya yakin sudah lama riwayat pembunuh itu berakhir di tali gantung. Berbalik kepada kes pembuangan bayi, sudah tentu ibubapa bayi itu boleh dikesan dengan mudah kerana bayi itu adalah produk mereka. Membuang bayi bererti melangkah masuk ke alam penjara. 

Tapi saya pernah terbaca bahawa ramai yang tidak bersetuju dengan BANK DNA kerana ditakuti akan disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab. Selain itu dikatakan 'privacy' manusia akan tergugat. Sejauh mana kebenarannya saya belum fikirkan dengan lebih mendalam. Sekali dengar macam ada kebenarannya. 

Kalau itulah alasannya, banyak juga perkara lain yang harus kita fikirkan semula. Misalnya penggunaan pisau dapur harus diharamkan kerana ia selalu digunakan sebagai senjata pembunuhan. Penggunaan handphone juga harus dihentikan kerana banyak pengguna yang 'bluetooth' aksi luncai. Akhir sekali, penggunaan wang harus di haramkan dan hentikan serta merta kerana wang menyebabkan manusia sanggup merompak, membunuh, merasuah, menghasut, memfitnah dan banyak lagi. So, what say you?

Tuesday, August 17, 2010

Kenangan bersahur di zaman Edo

Hari pertama bersahur di bulan ramadhan, telefon saya berdering. Tapi saya tidak perasan pun sebab sibuk dengan persiapan bersahur. Sampai ke sekolah baru saya perasan adanya miss call. Rupanya dari bapa saya. Cepat2 saya menelefonnya semula. Risau juga jika ada sesuatu yang tidak baik terjadi. Manalah tau kan..

Selepas menelefon lega hati saya. Rupanya bapa saya menghubungi semua anak2nya secara bergilir. Saja je bertanya apa menu kami bersahur. Kesian bapa..mesti dia teringat zaman kami kecil2 dahulu..Ketika kami semua masih tinggal serumah dan mengharapkan bapa untuk mengejutkan kami . Saya yakin kesemua  adik beradik masih mengingati detik2 itu kerana ianya sangat unik dan sukar dilupakan.

Sempena bulan ramadhan ini saya kepingin berkongsi kisah kami sekeluarga bersahur. Ketika itu kami masih di alam persekolahan. Bekalan elektrik belum sampai ke kampung kami jauh sekali bekalan air paip. Oleh itu bapa menggunakan kudrat dan inovasinya untuk membina paip graviti kami sendiri. Malangnya paip getah itu tidak cukup panjang untuk sampai ke depan rumah. Maka setiap jam 3 pagi kami akan turun ke bawah bukit (rumah kami atas bukit) untuk mengambil air dan mencuci muka. Sudahlah mengantuk, terpaksa pulak mengangkat gelen air. Ada yang terpisat2, ada yang masih tertutup mata tidak kurang juga yang merengek. Bapa pula setia menjinjit lampu pam yang terang benderang tapi panas dan berat itu. Dek terlalu kerap mengangkat gelen, kesemua kami memiliki jari jemari yang agak panjang (ada kena mengena ke?).

Hidangan bersahur biasanya disediakan oleh bapa. Kenapa bukan emak? Entahlah tapi dah kebiasaan macam itu. Mungkin bapa kasihan dengan emak yang letih  dek seharian menguruskan kami dan adik2 yang masih kecil. Kami tak pernah bertanya. Hidangan yang biasa bapa buat ialah sup telur, sayur kobis dan telur masin. Kalau tiba2 bapa ada mood, merasalah kami hidangan bersahur dengan resepi ayam masak ala2 cinanya itu. 

Sehinggalah saya ditingkatan 4, barulah saya membantu bapa di dapur (semasa sahur). Itupun dia tidak pernah memaksa melainkan berkata 'kasi rasa dulu saya macamana kalau kamu yang masak2'. Semasa bersahur kami akan bercerita macam2 kisah. Selepas bersahur pun masih bersembang dan bila ayam berkokok barulah kami tidur dan bangun keesokannya dengan kepala yang fenin2 lalat. 

Kadang2 kerinduan pada kenangan itu menyapa dijiwa..aisehmen...Tapi sekarang zaman sudah berubah, status diri sudah berubah dan saya bersyukur dengan segala pengalaman itu. Jika ada kesempatan saya akan menjenguk ibubapa dan berbuka puasa bersama2. Akhir kata, selamat menunaikan ibadah puasa.

P.s - zaman edo tu apa benda ya? menurut anak lelaki saya yang sangat meminati kartun Ninja rantaro shinbe..Zaman Edo tu zaman dahulu kala..betul ke?

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-mubarak kepada semua yang beragama Islam. Tidak sabar rasanya menantikan bulan yang penuh rahmat dan mulia ini. Semasa bulan ramadhan juga hati rasa tenang semacam je..maklumlah..syaitan2 dah kena rantai..lepas tu masing2 nak dapatkan ganjaran pahala puasa di samping menginsafi insan lain yang serba kekurangan dan sering kebuluran..

Ada juga yang tak sabar menanti bulan ramadhan kerana inilah peluang menurunkan berat badan..maklumlah, nak tunggu hari biasa, tak tahan godaan. Masa puasa turun 5 kilo.Pakai baju raya pun nampak cantik je.. Lepas raya, naik 10 kilo...ish ish ish..

Sebentar tadi saya buka Facebook. Ada sebuah pesanan dari seorang sepupu yang bertugas sebagai ustazah. Agaknya baik saya kongsikan bersama pesanannya di sini;
"Bulan PUASA akan menjelang tiba.. kepada sesiapa yang beragama ISLAM faham2 lah. PUASA tu WAJIB bagi yang cukup syaratnya. yang lupa niatny biar sy tolg ingatkan.. NAWAITU SOUMAGHODIN 'AN ADA IE FARDISYAHRI ROMADHONA HAZIHIS SANATI LILLAHHI TAALA. Melayunya.... "sahaja aku barpuasa pada esok hari dalam menunaikan fardhu bulan ramadan pada tahun ini kerana Allah Taala. Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak".
 

Friday, August 6, 2010

Dapat AWARD dari MYFRIN'S STORY


Saya baru saja menerima award ini dari myfrin's story. Terima kasih, kak..kerana masih memberi sokongan kepada blog ciput ku ini..

Untuk menerima award ini, ada pula syarat2nya. Silakan baca....

Bagi siapa sahaja yang menerima award ini, diharuskan memberikan/tag kepada 5 orang lagi. Selepas itu si penerima award harus meletakkan link-link berikut di blog-artikel masing-masing (kat entri tau).

          1:   Si Itam Manis
          2:  secantikmanis
          3:  Floellen Esthy          
          4:  Myfrin's story
         5: Windi's Diary 



Sebelum korang letak link-link di atas, padamkan dulu link yang berada di no 1, kemudian semua link yang tinggal dinaikkan 1 level seperti no 2 menjadi no 1, link no 3 menjadi no 2 dan seterusnya. Selepas itu masukkan link korang di bahagian paling bawah sekali iaitu no 5..ok? faham kan..Tapi korang kena jujur dan adil ya dalam menjalankannya. Jika setiap penerima award mampu memberikan award ini kepada 5 orang dan kesemua mereka  yang ditag meletakkan link dengan betul, maka jumlah backlink yang didapat ialah:-

      Posisi 5   :   Jumlah backlink = 5
     Posisi  4   :   Jumlah backlink =25
     Posisi  3   :   Jumlah backlink = 125
     Posisi  2   :   Jumlah backlink = 625
     Posisi  1   :   Jumlah backlink = 3,125

Menurut info dari SEO (Search Engine Optimation) ramai blogger telah mendapatkan 1,923,125 backlink dan keuntungannya blog korang akan mendapatkan trafik tambahan, apalagi jika ada orang mengklik-klik ke blog korang.

 Amacam, menarik juga bukan. Baiklah, sekarang tibalah giliran saya menjalankan tugas. So, saya nak sampaikan award ini kepada 5 rakan blogger yang lain pula. Mereka ialah:-

          1:  Ayumi            
          2:  aku bukan puitis
          3:  kauakuduniaku
          4:  voice of heart
          5: idalara

Mereka ini semua ialah my follower. Sebagai tanda penghargaan kerana sudi menjadi follower blog saya maka tag ini kutujukan untuk mereka... sekiranya anda sudah pun menerima tag yang sama, sila abaikan saja tag saya ini ya. Asta lavista!

Raja Azura bercerai?

Apabila terbaca berita ini di akhbar dan menontonnya di berita tv3, rasa sedih pun ada..terkejut pun ada. Sedih sebab dialah antara artis yang mampu kekal lama hingga sembilan tahun. Terkejut sebab selama ini tidak pernah pun terbaca kisah2 tentang pergolakan mereka. Apa2 pun semoga mereka sukses menangani masalah ini..dengar khabarnya sikap sang suami yang kurang prihatin menjadi punca masalah.. Tapi saya pun cuma mengutip info dari majalah hiburan. Tidak taulah kebenarannya setakat mana.

Sibuk2 dengan rumahtangga orang lain, rumahtangga sendiri jangan lupa. Baru2 ini saya terharu dengan kegembiraan suami bercerita dengan anak2 sebuah kisah. Kisah apa ya? Ehem..kisah zaman silam..masa dia sibuk 'mengorat' mak budak2 tu. Anak2 punyalah teruja..Berkali2 diorang minta diulang siar. 

Bila dengar skrip ni diutarakan, 'mama kamu dulu cantik, peramah, baik hati...' saya jadi risau pulak. Mungkin dia menegur saya secara berhikmah kut..Am I loosing my X factor after all these years? huahuahua...Yelah tu x factor..Tapi apa2 pun kena muhasabah diri juga kan...manis2kan senyuman yang masam, kemas2kan apa yang serabai dan kempis2 kan apa yang kembang..hehehe..

Friday, July 30, 2010

nasi lemak dulu dan sekarang


Awal pagi tadi tiba2 saya teringin nak makan nasi lemak. Setiap hujung bulan, selera makan saya memang menggebu2..pengaruh hormon kut. Bermacam2 bayangan hidangan yang meng'kecur'kan air liur. Hari ini Hidangan nasi lemak lah yang selalu melintas2 di depan mata..

Bagaikan ter'hipnotis', tiba2 saya berada di kantin sekolah. Eh, bila masa saya berjalan tadi ya..(menunjukkan how 'kemaruk' i am). Selepas buat scanning dan skimming ke atas para makanan maka saya pun mengambil dua bungkus nasi lemak dengan harga 50 sen sebungkus. Lepas tu saya beli sepaket kecil kacang goreng berharga 50 sen dan sebiji telur rebus berharga 70 sen. Maka saya pun berjalan keluar dari kantin, balik ke office, keluarkan piring, campurkan kesemua bahan2 tadi dan makan...aduhhhh...sedapppnya.. Makcik kantin sempat lagi bertanya, 'cikgu awal pagi beli kacang dan telur? ' dalam hati saya "korang tidak perasan ka, semua benda saya beli ni sepatutnya dalam satu pakej?"

Teringat zaman persekolahan saya 15 tahun yang lampau..Alangkah mewahnya sepaket nasi lemak 50 sen ketika itu. Bilis segar bertempek2 dalam tu. Pastu telur rebus gred A setengah kerat. Kacang pun berkoyan2. Nasinya pula memang di masak dengan santan kelapa. Timun juga bahan wajib. Itupun ada hati lagi minta subsidi sirap oren? Sekarang ni, jangan harap nasi lemak dijual dengan pakej lengkap. Bilis pun adalah 3 ekor sepaket. Sambal nasi lemak pula cili semata2. Jangan haraplah ada bawang besar di blender atau dihiris2. Kalau adapun yang dijual dengan pakej lengkap, harganya melambung2..tak larat budak2 dari keluarga susah nak membelinya.

Moral of the story, Masaklah nasi lemak sendiri...rajin ke?

Tuesday, July 27, 2010

I am back with UPSR

Dah lebih seminggu saya menyepi..rindu rasanya nak berblogwalking dan menaip entry baru namun apakan daya kesihatan tak mengizinkan. Sudah lebih seminggu saya berada dalam keuzuran dan alhamdulillah sekarang sudah 99% pulih...Sekarang ini dalam proses meng'clear' semua tugas2 tertangguh yang bertimbun2. Apatah lagi UPSR sudah hampir maka banyaklah latihan2 dan ujian2 yang perlu dibereskan beserta analisis serta laporannya sekali.

Isu hangat sekarang ini ialah samada UPSR harus di mansuh kan atau tidak? Kalau fikir sekali, memang seronok sangat jika dihapuskan. Maka pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas pun tidaklah terlalu berorientasikan peperiksaan. Guru2 tahun 6 pun tidaklah separuh mati buat kelas tambahan dan berhabis wang ringgit demi meningkatkan prestasi pelajar sekaligus menampilkan imej yang lebih baik terhadap diri sendiri.

Fikir kali kedua, macam ada yang tak kena jika UPSR di mansuhkan. Timbul persoalan, apakah penilaian yang sewajarnya untuk mengetahui keberkesanan 6 tahun pembelajaran mereka di sekolah? Oleh itu, walaupun UPSR di hapuskan, penilaian mesti ada. Mungkin penilaian yang berasaskan sekolah? Kalau macam itu, bersedialah wahai guru2..Jangan gembira sangat jika UPSR dimansuhkan. Malahan tugas akan lebih banyak berdozen2 kerana semua tugas yang dipikul oleh  LPM akan dipikul oleh guru jua...

Perkara yang saya saya kurang senang dengan UPSR  adalah ianya mengabaikan subjek lain yang tidak kurang pentingnya seperti Sivik, Kemahiran Hidup, pendidikan Islam dan banyak lagi sedangkan semua ini sangat penting untuk survival pelajar di masa depan selaku 'modal insan' yang bakal menggantikan kita 10 tahun akan datang.

Bagi pendapat saya, UPSR harus diteruskan dengan penambahbaikan dari segi perlaksanaan contohnya  penilaian 30% exam dan 70% Folio. Siapa ada masa, bolehlah menyelak buku2 teks sekolah rendah (selain maths, sains dan bm) dan anda akan dapati isi pelajaran subjek yang tidak termasuk dalam UPSR ini terlalu berguna untuk diabaikan.

Monday, July 19, 2010

Review 'INCEPTION'


Sabtu yang lalu saya menonton filem 'Inception' lakonan Leonardo De Caprio. Sengaja saya memilih filem ini kerana Leo memang aktor kegemaran saya. Tapi risau juga sebab filem2 lakonannya selalu pelik2 dan seolah tidak berpenamat. Selepas habis menonton inilah review ringkas saya:

a) Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki (Leo) yang mampu memasuki minda separuh sedar orang@mimpi dengan tujuan mencuri data, mengorek rahsia dan mempengaruhi mereka untuk mengubah pendirian.

b) Umpama mimpi dalam mimpi. Itulah yang terjadi dalam filem ini. Leo dan pasukannya mampu memasuki mimpi seseorang dan kemudian memasuki 1 layer lagi mimpi dan sampailah tiga layer mimpi. Karut sungguh tapi terpaksa tengok sebab dah alang2 beli tiket.

c) Lakonan mereka memang hebat tapi cerita yang terlalu komplikated tu yang buat penonton bengang seketika. Terlalu cepat pulak tu. Kalau penonton tak bagi 100% perhatian memang terlepas keretapi..

d) Ada skrip antara seorang Jepun dan Leo. Lelaki Jepun tu minta Leo memasuki minda seorang pewaris harta dan mempengaruhinya agar tidak menggabungkan semua syarikatnya agar syarikat si Lelaki Jepun ini mampu survive. 

e) Skrip lebih kurang macam ni "Untuk mencapai matlamat, kita harus mengubah minda dan persepsi seseorang agar keputusannya selepas ini menyebelahi kita" Tiba2 saya teringat kaedah yang Israel gunakan  untuk  menguasai dunia iaitu melalaikan manusia dengan hiburan dan mengeksploitasi NGO untuk mengubah persepsi manusia.

f) Keseluruhannya, saya beri 2.5 bintang out of 5. Aksi2 yang dipaparkan agak best dan gempak tapi kerisauan saya akhirnya menjadi kenyataan, ending cerita ini tergantung dan terpaksalah kita figure out sendiri..

Friday, July 16, 2010

Tak ada berita lain ke?

Saya memang minat tonton berita dan dengar berita radio. Terutama semasa memandu ke tempat kerja memang wajib dengar radio. Tapi sejak akhir2 ni agak kecewa rasanya sebab berita yang dipaparkan berulang2. Pagi kisah FELDA tak bengkrap, Thari, petang , malam, esok dan sampailah ke lusa pun felda! Pastu kes Anwar, Kes Selangor, keluar parti, masuk parti dan macam2 lagi. Sudah2lah tu...sakit kepala dengar benda berulang ni..I want something new and fresh yang membina minda. 

Buka berita TV pun sama. Dulu saya ralat sangat bila tak dapat tengok berita tapi sekarang, Aiman tak kisah...Channel berita pilihan saya sekarang ini ialah Astro Awani. Walaupun beritanya pun berulang2 tapi at least takdalah banyak sangat kisah persengketaan kerajaan dan pembangkang. Amboi..berterus terang nampak! Well, terus terang, undi PRU saya hanya untuk kerajaan tapi janganlah sampai hari2 kutuk mengutuk..Sudah2la tu...

Kesimpulannya, bagus saya tune in to 712, Kimora life in the Fab Lane..at least bersemangat juga tengok  ciri2 keusahawanan Kimora yang bossy tu.

Wednesday, July 14, 2010

Apabila anak kecil bertanya soalan 18SX.

Sebentar tadi seorang rakan meng'sms'  "Apa u akan jawab bila anak perempuan u tanya, mama are you having sex with dad?" untuk pengetahuan, anak perempuan si kawan baru berusia  8 tahun. Saya terkejut juga dan meng'sms' semula si kawan "so, apa u jawab? d mana agaknya dia dengar tu ah?" Manalah tahu dia dengar kat sekolah sebab budak2 sekarang ni sudah advance lebih dari yang kita sangkakan.

Si kawan membalas sms saya "Actually, she saw us ...malu saya..tapi i really tak perasan  she awake at that time" hahahaha....saya tergelak besar. Sebenarnya simpati juga dengan si kawan. Saya dapat bayangkan betapa malunya dia. Harap2 lah anak pingitannya itu tak story2 kisah tu kat sekolah..Kalau tak..lagilah double triple maluuuu...

Moral of the story (yang belum kawen tu pi main jauh2),   lu pikirlah sendiri....Hasta lavista...

Sunday, July 11, 2010

Siapa menang perlawanan akhir Bola Sepak dunia?

Sotong kurita pilih Sepanyol. Najib safe play, sapa2 menang dia happy yang penting pasukan yang menang itu is the best. Muhyiddin terus terang pilih Sepanyol sebab Spain dah belasah pasukan favouritenya, German. Menteri2 lain pun buat choice juga. Nasib baik tiada yang memilih Argentina atau Brazil. Kalau tak, nampak sangat tak mengikuti perkembangan semasa.

Suami saya pilih Sepanyol sejak awal lagi. Dia sanggup belikan anak kami sebiji bola dengan bendera sepanyol walaupun pada masa itu Sepanyol baru kalah dengan Switzerland. Teringat pula seorang rakan, dia cuba2 tanya siapa masuk separuh akhir (dia memang kaki bangku). Seorang kawan bergurau dan menjawab, Malaysia. Ingatkan dia tergelak. Tak kusangka, kepalanya terhangguk2 dan berkata, 'hebat jugak Malaysia ya...'

Kakak ipar saya menceritakan sebuah kisah benar tentang 3 orang rakan suaminya. Mereka sedang menonton perlawanan Bola Sepak. Tak semena2 seorang dari mereka mengajak bertaruh pemenang bagi game yang sedang mereka tonton. Bukan sikit, RM800 keseluruhannya. Dua orang pilih pasukan A dan seorang lagi tu pilih pasukan B yang dah mendahului sebiji gol. Entah macamana, Pasukan A menang juga dan dua orang yang memilih pasukan A pun mendapat habuan masing2....Tapi ada rahsia di sebalik kemenangan itu..Sebenarnya game yang mereka tonton tu, SIARAN ULANGAN!!! Diorang dah tonton 2-3 hari yang lalu. Si kawan yang pilih pasukan B ni tak ikut sangat Bola Sepak ni tapi saja2 nak show off yang dia pun mengikuti perkembangan semasa. Tak adalah nanti orang cakap dia ni 'nerd' ka, kaki bangku ka..Tapi kesiannnn...terkena pula.

Apa2 pun, Selamat menonton PERLAWANAN AKHIR BOLA SEPAK DUNIA 2010. Saya pilih Sepanyol jugak sebab suami pilih Spain..Isteri mithali lah katakan...merapu lagi...(terus terang jelah kalau ko ni sespesies dengan kawan yang pilih pasukan B tu...hehe)

Thursday, July 8, 2010

cikgu tak sesuwei kawen artis

Ajaran sesat sungguh ejaan 'sesuwei' tu lah. Suka ati je taip camtu. Anyway, terbaca tentang maya dan Ali yang tengah hot turun naik mahkamah. Hei hei..bukan Luna Maya tau. Maya Karin, pontianak tercantik  dan tertebal bedak di nusantara @ pontianak rebonding. Mula2 kawen, mereka  kelihatan sangat bahagia dan sepadan. Namun akhirnya badai melanda...

Mula2 tau si Ali ni seorang cikgu Math, I've got the feelings that they will not gonna make it. Bukan niat saya mengharap mereka berpisah namun sesungguhnya artis glamer tak sesuai  kawen dengan cikgu walau seBrad pitt manapun cikgu itu dan walaupun dia ada iras2 Tom Kurus. 
Mereka datang dari dua dunia berbeza dan perjalanan hidup yang berbeza. Hidup artis sangat over expose tambahan pula Maya Karin ini sangat cantik, buruan VIP dan sangat fofular gitu. Lainlah kalau Maya sekadar artis mak pacak atau suam2 kuku. Sebagai primadona, hidupnya tentulah sangat sibuk (selagi masih laku dan larat), terdedah pada godaan Datuk2 kaya raya dan perlukan wang yang banyak untuk kehidupan sehari2 (keta mewah, penjagaan kecantikan, fashion dll).

Manakala hidup seorang cikgu sangatlah low profile. Hari2 bergelut dengan murid2, kertas, komputer, rekod ujian, ceramah, masalah disiplin, mesyuarat dan macam2 lagi. Gaji diterima adalah tetap setiap bulan. Paling banyak pun RM 4 ribu bagi guru biasa yang masih muda seperti Ali. Tak taulah pulak kalau guru di sekolah antarabangsa ini menerima RM 10K sebulan. Back to Ali, dia pulang rumah Maya tak ada, masih kerja. Maya pulang rumah, Ali pula di sekolah, mengajar. Hari demi hari, tahun demi tahun macam ni...So, korang imaginelah...
Kesimpulannya, cikgu dan artis fofular memang tak sepadan. Korang setuju tak? Tapi kalau cikgunya perempuan dan Sang suami yang artis fofular agaknya boleh go on lagi. Apalah aku merapu ni...


Wednesday, July 7, 2010

Blogku bersawang


Accchooo!! Alahai...banyak betul sawang labah2 bergentayangan di blog saya ni. Rupanya dah 7 hari saya tidak datang menjenguk. Terabai sungguh kau semenjak dua menjak ni kan, Windi's Diary...kesiaaannn...Sangat busy lah lately..Mula2  English camp, lepas tu kursus pengajaran dan pembelajaran English, analisis data ujian, minggu depan ujian excel lagi....dan macam2 lagi.. Nasib baik saya ni rajin menjaga pemakanan, so berat badan tak terjejas langsung....(terus terang je lah ko kuat makan).

Anyway, dah alang2 masuk bab kursus ni, Kadang2 hairan jugak dengan situasi kurang guru terlatih English. Masalah ini telah berlarutan sejak zaman persekolahan saya hinggalah ke hari ini..Tak selesai2 jugak..Still guru terlatih English juga yang kurang. Pada zaman dahulu, semasa saya belajar di maktab perguruan Keningau, bilangan pelajar TESL sangatlah ciput. Kemudian junior baru masuk, Kami langsung tak dapat junior TESL. Bukan kami saja, kawan2 di maktab lain pun serupa. 

Bagaimana hasrat kerajaan  memartabatkan Penguasaan English di sekolah akan berjaya jika tenaga pengajar sangat terhad? Setiap kali kursus BI, muka2 yang sama saja muncul. Opsyen sebenar dua tiga kerat saja. Yang lain, bidan terjun semata2..

Harap2 kilang memproses guru BI akan lebih produktif kerana retorik semata2 tidak akan menghasilkan apa2. Back to basic. Back to reality. We need MORE English teachers! Actions speaks louder than words.

Windi's note: 
Jutaan terima kasih kepada rakan blogger yang masih sudi menyinggah blog ku ini walaupun sunyi sepi dan ditumbuhi lalang...Million thanks...

Tuesday, June 29, 2010

Kempen Hari tanpa Plastik yang 'plastik'


Saya sangat gembira kerana akhirnya kerajaan  mengambil berat isu kebersihan . Banyak laut yang tercemar akibat timbunan plastik. Taman perumahan pun di banjiri hamparan plastik sampah yang berwarna warni. Akhirnya hari Isnin diistiharkan sebagai hari tanpa plastik dan gedung membeli belah mula menyahut langkah kerajaan dengan tidak membekalkan beg plastik pada hari Isnin. Syabas! 

Oleh itu sesiapa yang degil juga nak guna plastik pada hari Isnin, kenalah membayar 20 sen. Disinilah 'keplastikan' nya bermula. Takkan orang nak dukung semua barang2 yang dibeli? Setakat 50 sen semua orang sanggup bayar. Inikan pula 20 sen? Nampaknya ada kegiatan mengambil untung di sini. Sudahlah syarikat berjimat kos membekalkan plastik, malahan dapat pula menjual plastik yang di HALALkan atas nama KEMPEN HARI TANPA PLASTIK. Pengguna juga yang rugi...Pemegang saham syarikat juga yang untung.

Teringat zaman kanak2 saya dahulu. Plastik beg ini belum wujud. Yang ada cuma bakul kertas macam yang selalu kita lihat di filem barat. Selepas itu diinovasikan dengan pemegang dan tanpa disedari mak dan bapa mula membawa pulang barangan dalam bakul plastik. Apa kata pusat membeli belah bekalkan pengguna dengan bakul kertas macam dulu2? Mestilah kertas kitar semula agar tidak banyak pokok2 yang di tebang.

Selain itu bukankah sudah ada plastik mesra alam? Yang boleh terurai sendiri dalam tempoh 2 minggu sahaja. Malahan saya sendiri selalu membeli plastik sampah mesra alam kerana prihatin dengan alam sekitar kita yang semakin tercemar. Pernah juga plastik mesra alam itu tertinggal di luar rumah selama seminggu dan bila saya ingin melipatnya,  ianya reput dan hancur sendiri.

Kesimpulannya, berkesankah kempen hari tanpa plastik jika pengguna disuruh membeli plastik bernilai 20 sen? Atau ada agenda tersembunyi oleh pemegang2 saham yang mengharapkan 'keuntungan maksimum' dengan berselindung disebalik kempen HARI ISNIN TANPA PLASTIK?




Tuesday, June 22, 2010

Mengapa sperma bergerak secara rawak?


Suami saya tersenyum2 semasa memeriksa kertas soalan Sains Tingkatan 3. Tidak mahu ketinggalan, saya mengambil kertas soalan di tangannya. Soalan di kertas berbunyi: Apakah bahan merbahaya di dalam asap rokok? Jawapan pelajar: Asap hitam, asap putih, campuran asap hitam dan asap putih. Suami memberikan satu lagi skrip jawapan pelajar ; bahan merbahaya pada asap rokok ialah sperma dan ovum. Ish ish ish..nampak sangat kurang ulangkaji budak2 ni.

Teringat pula kisah lampau saya (retro lagi..). Semasa di tingkatan tiga, saya sangat meminati subjek sains.  Isi pelajaran yang menarik di tambah pula dengan cikgunya yang rajin memberi latihan membuatkan saya selalu dapat markah yang baik. Ditakdirkan pada suatu hari cikgu memberi ujian secara mengejut (Topik pembiakan) Terpaksalah menjawab ikut kefahaman. Tapi ayat yang digunakan memang kurang standard. 

Ada satu soalan yang menjadi kemusykilan saya untuk menjawabnya dengan ayat yang tepat. Soalan berbunyi ; Mengapakah sperma bergerak secara rawak? Memandangkan masa sudah tamat terpaksalah saya menulis apa yang terlintas difikiran. Jawapan saya berbunyi: Tak payah bersesak-sesak dengan sperma yang lain. 

Saya tahu jawapan itu tidak tepat tapi itu saja penjelasan yang terlintas difikiran saya. Keesokannya, Cikgu Kosim menyerahkan kertas yang sudah diperiksa kepada kami. Semasa giliran saya, dia memandang saya sambil tersengih2. Saya agak, ini mesti pasal jawapan itu. Saya termalu-malu kucing dan kembali ke tempat duduk. Semua jawapan saya betul kecuali soalan tadi yang di tuliskan pembetulan oleh cikgu  "bergerak cepat untuk sampai ke Ovum".

Sunday, June 20, 2010

Spa gosip

Esok sekolah2 akan kembali meriah dengan pelajar dan warga kerja sekolah. Traffic akan kembali sesak di kawasan sekolah. Ibu bapa akan mula memikirkan belanja anak, alat tulis, kenderaan dan macam2 lagi.  Jadual akan berubah 180 darjah. Musim kahwin pun akan reda dan akan kembali meriah di hujung tahun.

Kami sekeluarga juga tidak terkecuali. Baju kerja dikeluarkan semula, begitu juga baju anak, digosok licin2, buku2 di susun dalam beg dan bagi cikgu2, ada yang masih bertungkus lumus memeriksa kertas soalan. Maklumlah, berehat sampai terlupa 3 kotak kertas soalan masih terperap di bonet kereta..hehe..ada yang terkena ke?
 Semalam, saya sekeluarga bersantai2 di bandaraya Kota kinabalu. Mengambil keputusan 'memanjakan' diri,  saya dan suami memasuki sebuah pusat rawatan badan di pusat membeli belah. Suami mengambil rawatan facial (atas galakan saya) manakala saya pula mengambil kesempatan mendapatkan rawatan foot scrub dan pedicure. 

Melihat pekerja rawatan foot scrub, saya  rasa kasihan kerana orangnya sudah agak berusia (perempuan). Agaknya lebih kurang 40 tahun ke atas. Tidak sampai hati melihat seorang wanita yang sebaya dengan kakak saya mengikis kulit mati di tumit ku ini. Orang Sabah cakap 'bikin tulah'. Tapi nak buat macamana, itulah periuk nasinya.

1 jam 30 minit dalam pusat rawatan macam2 topik yang mereka perbualkan sesama mereka. Biasanya pekerja pusat rawatan tidak banyak cakap tapi salon yang kami singgah semalam sangat berbeza. Mereka tidak menapis topik dan  laras bahasa yang digunakan. Bermula dengan boss kedai  melenting "mana sudah di Ajah? Sudah matikah!" dengan pekerjanya yang menggelar bossnya 'mama anjing'. Belum lagi pekerja yang sedang mem'facial' suami saya menjerit ditelefon "saya kerjalah, bodoh!" dan diakhiri dengan seungkap kata "saya malaslah buat kening. Komisen Rm3 saja!". Berlegar juga gosip penyingkiran pekerja yang tidak disukai. Belum lagi mereka mengmpat seorang pelanggan yang selalu datang kat situ. Gatal konon.

Kami buat2 tidak dengar tapi dalam hati tidak sabar untuk keluar dari situ..

Friday, June 18, 2010

azrinaz bercerai


Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah telah menceraikan isteri baginda (talak satu), Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim (Bekas wartawan penyiaran TV3) yang telah dikahwininya sejak 5 tahun yang lalu.  Ingatkan kes cerai berai ni hanya berlaku di kalangan selebriti saja tapi nampaknya ia pun turut berlaku di kalangan keluarga diraja. 

Pengumuman penceraian ini dikatakan telah pun dibuat melalui web televisyen Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei, malam semalam. Dalam pengumuman itu juga, Sultan Brunei dikatakan telah menarik balik pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 dengan serta-merta.

Apapun, sepanjang tempoh 5 tahun hidup sebagai suami isteri, Sultan Brunei dan Azrinaz telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel,4, dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 2. Mereka bernikah pada 20 Ogos 2005 dalam satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Pada ketika itu, Azrinaz berusia 26 tahun, manakala Sultan Brunei pula sudah pun berusia 58 tahun.

Windi's note: Mesti ramai yang nak tahu sebab-sebab di sebalik perceraian Azrinaz ini kan?  Apalah agaknya yang akan berlaku pada Azrinaz selepas ini? Adakah dia akan kembali aktif menjadi wartawan penyiaran di stesen televisyen tempatan semula macam aktu dulu-dulu ?

Tuesday, June 15, 2010

Saiful Apek penagih dadah?


Baru2 ini kita dikejutkan dengan berita penangkapan pelawak terkenal bersama 5 orang rakannya (Dalam keadaan khayal dadah). Bila terbaca saja perkataa 'Pelawak terkenal' saya mengagak orangnya ialah Saiful Apek yang saya minati kerana dia mempunyai susuk tubuh yang mencurigakan (Kurus kering). Lagipun pernah tersebar berita angin bahawa beliau seorang penagih dadah. Bak kata Zubir, '90% dari gosip adalah benar'.

Kaciwa jugak rasanya sebab Saiful Apek ialah pelawak yang saya minati. Walaupun lakonannya dikatakan 'slapstik' tapi itulah sumber ke'lawak'annya. Semenjak dua menjak ini ramai artis yang ditahan kerana dadah.  Mungkin itulah yang mendorong Wardina Saffiyah mengeluarkan kenyataan bahawa 'artis tidak sesuai dijadikan idola' yang menyebabkan orang-orang dalam industri ini melenting dan panas hati.

Harap2 pembabitannya dalam hal ini adalah yang terakhir . Semoga  dia menginsafi perbuatannya demi anak, isteri, keluarga, karier, diri sendiri dan para peminatnya.
Related Posts with Thumbnails